Friday, September 17

MENGAPA 'JEM'

Saya mengambil keputusan untuk mengambil jalan lama, dengan harapan tidak akan berlaku kesesakan lalulintas yang teruk. Maklumlah, hari raya Kedua. Saya dan Ikram baru pulang dari rumah kawan di Sg Petani. Sudah masuk maghrib, dan perjalanan yang sepatutnya setengah jam itu sudah berlarutan sehingga hampir 40 minit. Masih belum sampai rumah.
Lebuhraya sesak.
Kenderaan berderetan sehingga hampir 200 meter jauhnya. Tiga lorong lebuhraya penuh dengan kereta dan bas persiaran.
Dalam keadaan kesesakan yang teruk itu, mash ada pihak yang mahu mengambil kesempatan.
Mereka menyusuri lorong kecemasan di kiri lebuhraya dan memotong kenderaan lain dari arah kiri. Kemudian apabila mereka mahu masuk ke lorong utama, mulalah mereka berebut-rebut dengan kenderaan lain yang berada mematuhi peraturan, untuk masuk ke lorong yang tengah semula.
Kenderaan yang besar membuli kenderaan yang kecil.
Keadaan bertambah teruk apabila tiada penguatkuasaan undang-undang diambil.

Semuanya berpunca daripada sifat tamak dan tergesa-gesa sesetengah pihak yang tidak memikirkan hak pengguna jalan raya yang lain.
Sedangkan jikalau semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan tiada siapa yang 'jump queue' mencelah masuk dan memotong dari kiri, insyaAllah takkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang begitu panjang dan lama.

Itulah gelagat pemandu-pemandu yang mementingkan diri sendiri.
Mereka nak cepat sampai.
Mereka sanggup melanggar peraturan jalanraya untuk lebih awal tiba ke destinasi. Awal 5 minit pun jadilah, asalkan keretanya dapat mendahului orang lain.
Tak sedarkah bahawa tindakan mereka itu membahayakan pengguna jalan raya yang lain?
Jangan kerana pemandu sebuah kereta yang hendak lebih cepat sampai ke destinasi, ia akhirnya terlanggar kenderaan lain dan menyusahkan para pengguna jalan raya tersebut.

5 comments:

  1. jgn bg muka pd pmandu cmtu.. jgn bg dia celah masuk aliya

    ReplyDelete
  2. "penjenayah jalan raya" spt ini tdk terfikirkan ttg "dosanya" kpd Allah & manusia lainnya....

    ..sedangkan tuhan tetap akan membalas dosa2 ini wlpn sebesar zaharah....!

    Tuhan itu adil...cuma manusia sentiasa dlm kelalaian mengingatiNya...

    ReplyDelete
  3. Salam SyerAgh,
    Bagi saya, tak ada gunanya berkeras berebut dengan mereka yang bersikap'kurang ajar'di jalanraya, tambahan apabila adanya baby di dalam kereta saya. Jikalau hari ini mereka membuli kita, esok lusa mereka akan dibuli oleh mereka yang lain-lain pula... berkemungkinan juga berakhir di hospital dan workshop kereta :P

    ReplyDelete
  4. Salam nas,
    Itulah lumrah dunia. Mereka itu kadang-kadang berebut-rebut untuk sampai ke destinasi di dunia sementara ini, tetapi tidak pula berebut-rebut mendapatkan pahala untuk ke syurga.

    ReplyDelete
  5. kini mengikut statistiks terbaru, M'sia telah memecah rekod antarabangsa....
    M'sia di kedudukan pertama dlm dunia bagi Kadar Kematian Jalanraya, 2009...
    ...diikuti oleh Argentina...

    UK menduduki antara tangga yg paling rendah!!

    ReplyDelete