Wednesday, September 29

BANGUNAN DAKWAH KEPADA NON-MUSLIM

Assalamu Alaikum Warrahmatullah

Saudara dan saudari Muslimin dan Muslimat sekalian,

Dewasa ini dunia Islam dilanda pelbagai musibah dan badai fitnah yang datang dalam berbagai bentuk dan rupa. Antaranya ialah:

1) Isu akidah yang melibatkan murtad dan kewujudan ajaran-ajaran sesat yang semakin menular di dalam masyarakat,

2) Isu akhlak seperti zina yang berleluasa, kes membuang bayi, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang semakin menjadi-jadi,

3) Isu antarabangsa yang mencabar maruah umat Islam seperti Islamofobia, pengharaman pemakaian purdah oleh wanita Islam dan seumpamanya.

Antara NGO Islam yang telah mengambil inisiatif dan langkah proaktif untuk menyahut cabaran ini ialah pertubuhan Islamic Propagation Society International (IPSI) atau Pusat Penyebaran Islam Antarabangsa.

Ditubuhkan sejak 18 tahun yang lepas, IPSI kini diterajui oleh pengasas dan Presiden Tuan Haji Kamarudin Abdullah PKT, PJK yang dulunya beragama Kristian Katolik dan kini telah menjadi pendakwah Islam sepenuh masa.

Misi suci IPSI dalam membentuk peribadi manusia yang cintakan Allah dan Rasul-Nya telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari mereka yang beragama Islam dan juga yang belum Islam. Segala pujian kepada Allah, Tuhan Alam Semesta yang memberikan petunjuk kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya.

Menerusi pelbagai program umum seperti ceramah, seminar, forum, simposium, pameran, kuliah ilmu, bantuan orang miskin dan saudara baru, wajah Islam yang sebenar telah berjaya ditonjolkan sebagai sebuah agama yang selari dengan fitrah manusia dan dapat membawa mereka mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Dalam usaha untuk mengembangkan lagi misi dakwah sejagat, IPSI sedang berusaha untuk memiliki sebuah bangunan 4 tingkat di pusat bandar Georgetown. Bangunan tersebut yang berharga RM1.7 juta akan menampung segala program dan aktiviti dakwah IPSI dimasa hadapan, insha’allah.

Maklumat lanjut tentang projek ini boleh diperolehi dari laman web rasmi IPSI – www.ipsi.com.my dan dalam Facebook – sila taip Islamic Propagation Society International.

Dengan itu saya ingin meminta jasa baik saudar dan saudari untuk memberikan sumbangan derma demi menjayakan hasrat murni dalam memiliki bangunan ini. Insha’allah, segala amal jariah yang dilakukan dengan penuh keikhlasan demi mencari keredhaan dan pengampunan dari Allah Yang Maha Pengasih tidak akan sia-sia.

Sumbangan anda juga boleh dalam bentuk wakaf sebanyak RM300.00 untuk setiap kaki persegi. Salurkan sumbangan anda ke dalam akaun bank IPSI seperti berikut:

Bank Islam Nombor Akaun 07025010021464

Maybank Nombor Akaun 557380300023

Sekian, terima kasih.

Hanya Allah s.w.t. yang dapat membalas jasa baik saudara dan saudari untuk melihat syiar agama tersebar luas dibumi ini. Bantulah kami demi kegemilangan dakwah Islam.

Rayuan ikhlas dari,

Mohamed Sirajudin PJM

Naib Presiden

IPSI

2 comments:

  1. TK atas info ini. Semoga ramai yg menunaikan t/jwb bersama utk menyumbang.
    Dalam masa yg sama kita berdoa agar dakwah yg sama akan berterusan di USA (khususnya di New York).
    Imam Feisal Abd Rauf sangat aktif dlm aktiviti menubuhkan Masjid Islam berdekatan dgn "Ground zero". Tempat ini juga akan membuka ruang sebagai pusat komuniti kpd non-muslim.

    (Feisal adalah anak kpd Prof Rauf, mantan rektor UIA. Feisal pernah belajar di Victoria Institution, KL.)

    ReplyDelete
  2. Sama-sama nas. Saya cuma membantu menyebarkan maklumat ini [sebagai seorang ahli IPSI], semoga ada pihak yang sedia membantu menyumbang kepada dana ini.
    Terima kasih kerana berkongsi maklumat tentang penubuhan Masjid Islam tersebut.Kalau ada maklumat tentang masjid itu, bolehlah berkongsi di sini atau di blog lain, ya.

    ReplyDelete