Wednesday, September 22

SOLAT ATAU BELAJAR

"Kenapa lambat?" saya menyoal beberapa orang pelajar yang masuk ke kelas lewat 15 minit.
"Kami dari surau, cikgu,"jawab salah seorang daripada mereka dengan selamba.
"Buat apa di surau?"
"Solat zohor, cikgu... kalau cikgu tak percaya, boleh tanya ustaz Zamri (bukan nama sebenar)."
Saya memandang wajah mereka satu persatu.
"Cikgu percaya kata-kata kamu, sebab kalau kamu tipu bahawa kamu mengerjakan solat sedangkan kamu belum, Allah Maha Melihat. Tapi kamu sudah lewat 15 minit ke kelas. Sekarang masih waktu belajar. Tugas kamu sekarang adalah belajar ikut jadual waktu, selepas tamat waktu persekolahan, bolehlah kamu solat. Lagipun waktu zohor panjang lagi," saya menegur mereka.
"Tapi kami pergi solat zohor, cikgu.. bukan buat salah," salah seorang kurang puas hati.
"Persoalan di sini, kamu sepatutnya berada di dalam kelas sekarang, bukannya pergi ke surau untuk solat tanpa kebenaran guru yang sedang mengajar di kelas kamu ni. Tak masuk kelas tanpa kebenaran guru dianggap ponteng dan boleh dihukum. Kamu faham maksud cikgu?"
Mereka diam, mengangguk tanda faham.
Saya menasihati mereka supaya bertanya kepada kawan-kawan yang lain kerana telah ketinggalan pelajaran akibat lewat masuk ke kelas.

Sekolah menengah satu sesi tamat waktu persekolahan di antara jam 2.00 hingga 3.15 petang.
Oleh itu, para pelajar dan guru-guru beragama Islam yang berada di dalam kelas hanya boleh mengerjakan solat zohor selepas waktu persekolahan.
Namun begitu, ada juga pelajar Islam yang masuk lewat ke kelas pada waktu zohor dengan alasan mereka pergi ke surau sekolah untuk sembahyang.
Entah betul entah tidak.
Surau sekolah biasanya terletak jauh daripada blok bilik darjah.
Sudah banyak kali saya tegur mereka supaya pergi ke surau selepas waktu persekolahan tetapi perkara yang sama tetap berulang.
Entah apa lagi yang boleh dibuat, kerana kelewatan mereka masuk ke kelas hanya akan merugikan mereka yang ketinggalan pengajaran guru. Tindakan mereka yang masuk lewat juga mengganggu pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas itu.

Salahkah saya kalau meminta mereka menangguh solat sehingga tamat waktu persekolahan?
Pada para pelajar ini, mengerjakan solat adalah ibadah dan perlu dilakukan ikut waktu.
Mungkin mereka anggap tugas mereka belajar di dalam kelas itu bukanlah ibadah, maka boleh ditinggalkan sementara?

2 comments:

  1. oohh.
    masalah ni pernah jadi kat sekolah saya..

    ada org pertikaikan, "belajar, belajar juga, redha Allah jangan lupa.."

    disebabkan waktu persekolahan yang tamat antara 2.50-3.30, tambah pulak dengan kelas2 tambahan, masa untuk solat, rehat n makan sangat suntuk..

    2-3 tahun yg lepas, jadual pernah dianjak sampai ada 2 waktu rehat, 1 rehat biasa, 1 rehat untuk zohor sebelum mula semula sesi pembelajaran n sekolah tamat jam 4 lebih. langsung tiada peluang untuk kelas tambahan.

    xsampai sebulan, ramai ibu bapa komplen, jadual jadi macam biasa.

    tapi mulai tahun ni, pk hem baru, kami semua akan berhenti solat..
    1.30 untuk plajar menengah rendah, 2.00 untuk pelajar menengah atas. tp terpaksa korbankan waktu2 PK, SVK, kadang2 sejarah dan bm 1 masa.. lepas solat, blajar spt biasa.
    tamat kelas dekat2 pukul 3, masa tu semua org dah solat, tinggal nak makan je sebelum ke xtra classes..

    tapi mungkin sbb skolah saya semua muslim, senang jalan.. :)

    ReplyDelete
  2. Eluk bawa masaalah ke Kementerian melalui saluran yang di tentukan sebab masaalah seperti ini melibat semua sekolah. Kalau tak selesai apakan daya. Semoga satu hari dapat kepimpinan yang peka dan memahami hukum hakam dan fiqh aula. Saya dulu bekerja di Kem Pendidikan.

    ReplyDelete