Sunday, September 5

SURAU, PENGETUA & IKLAN - APA NAK JADI?

Ramadhan sepatutnya bulan mulia yang penuh keberkatan dan ketenangan tetapi nampaknya Ramadhan tahun 2010 banyak menguji tahap iman rakyat yang beragama Islam di negara ini. Banyak perkara yang kurang menyenangkan timbul spanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Isu surau yang dikatakan tercemar kerana masuknya seorang wanita nonMuslim yang tidak menutup kepalanya, ke ruang solat surau mencetuskan kontroversi. Ia dijadikan isu politik. Cuma bagi saya yang jahil ini, mengapakah wanita bukan Islam yang berpakaian sopan [baju kebaya, pakaian tradisi Melayu] harus dijadikan mangsa sedangkan pihak yang bertanggungjawab di surau adalah ajk surau berkenaan?

Isu 2 orang pengetua sekolah yang dilabel sebagai racist kerana memarahi pelajar nonMuslim semasa perhimpunan pagi turut menarik perhatian masyarakat. Ini sangat sensitif kerana melibatkan pelajar di sekolah. Pada pendapat saya, tindakan kedua-dua pengetua berkenaan memang tidak patut dilakukan, maka berserahlah kepada pihak kementerian dan SPA untuk menyelesaikannya.
Cuma harapan saya, tiada lagi kenyataan sebegitu disebut oleh mana-mana pengetua mahupun mereka yang bergelar guru.
Bagaimanakah pelajar bukan Islam dapat menghormati orang Islam dan bulan Ramadhan sekiranya mereka didiskriminasikan dan hak mereka sebagai nonMuslim dinafikan di institusi pengajian sepanjang bulan ini?

Terkini pula, timbulnya kontroversi tentang iklan hari raya TV3 yang dikatakan berunsur syirik. Saya yang memang jarang menonton televisyen [baru tonton drama 'Ar-Rayyan malam tadi setelah 2 bulan tak duduk depan tv, hahaha] hanya sedar akan hal ini apabila meninjau facebook dan blog kawan-kawan lain. Hmmm... apa nak dikatakan?
Sah iklan tersebut bukanlah iklan biasa yang menimbulkan keinsafan kerana dosa atau kerinduan pada keluarga di aidilfitri. Iklan itu mungkin berkonsepkan 1Malaysia tetapi ternyata terpesong kerana tidak mengambilkira sensitiviti serta pegangan aqidah umat Islam.
Mana mungkin beca terbang dan bunga teratai di alam khayalan menjadi konsep Aidilfitri? Kalau dikaji betul-betul, nampaknya produser iklan itu bersungguh-sungguh mewujudkan konsep 1Malaysia, iaitu dengan menggabungjalinkan lambang-lambang dari budaya lain ke dalam iklan ini. Ya lah, kini banyak pihak nmpaknya tergila-gila mewujudkan konsep 1Malaysia sedangkan apa sebenarnya konsep 1Malaysia itu tidak difahami!
Tak fahamkah mereka bahawa konsep 1Malaysia itu tidak boleh dicampuradukkan dengan perayaan agama Islam seperti Aidilfitri dan Aidil-adha?



Iklan itu ada:
beca terbang = kereta santa claus [kristian]
pakcik penarik beca = santa claus [kristian]
bunga teratai = unsur agama Buddha
lampu pelita = unsur agama Hindu
mengacau kuih dodol = unsur budaya Melayu
Tiada langsung nilai-nilai yang boleh dijadikan teladan untuk dihayati oleh umat Islam, seperti kebaikan berpuasa, mendekatkan silatulrahim dan bersedekah.

Aduh, sedihnya kerana tatkala Ramadhan tinggal lagi 5 hari, masih ada pihak yang nampaknya begitu jahil tentang apa sebenarnya yang menjadikan Aidilfitri itu suatu perayaan yang begitu istimewa kepada umat Islam yang berpuasa.
Siapalah agaknya yang membuat iklan ini ? Kalau orang Islam, betapa sedihnya!
Siapalah yang meluluskan iklan ini untuk siaran di TV3? Tak malukah semua staf TV3 yang beragama Islam kerana anda akan dikaitkan dengan iklan ini yang boleh menyesatkan orang Islam dan memberi imej yang salah kepada nonMuslim tentang Hari Raya Aidilfitri?
Ishhh... ishhhh... ishhh..

nota: dengar kata Tv3 dah tarik balik dari facebook, dalam TV tak tahu la, sebab saya memang jarang tonton TV. Tapi kalau dah ditarik balik pun, TV3 patut memohon maaf kepada umat Islam kerana kesilapan menayangkannya sebelum ini. Kalau nasi dah jadi bubur, bubur tetap perlu diuruskan supaya tak basi dan berkulat.

11 comments:

  1. assalammualaikum

    betul aliya, tentang ayat yang akhir tu... setuju

    ReplyDelete
  2. Bagi saya ini salah satu percubaan puak2 liberal ingin meracun masyarakat. Tak berjaya cara ni, depa guna cara yg lain plak.
    Maksud hadis " Akhir zaman Alllah akan mencabut satu persatu teras islam dari umat. Yang akan mula dicabut ialah hukum hudud.
    Banyak lagi yg dah xde cam sistem kewangan islam, sistem khalifah dll yg merupakan komponen wajib dalam agama islam.
    Bukan nak provok. Namun inilah hakikatnya di akhir zaman

    ReplyDelete
  3. sangat terkejut masa first time tengok iklan tu..sangat pelik....

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Saya juga setuju tentang isu surau tersebut.Seharusnya AJK surau yg perlu dipersalahkan,kerana mereka lebih arif tentang peraturan surau.

    Sampai kini,AJK surau tersebut tidak rasa bersalah dan tidak mohon maaf kesilapan yg dilakukan.Malah,tersenyum sumbing seperti berjaya buat isu di mata masyarakat.

    Tp saya kagum pd nonmuslim tersebut kerana sudi mohon maaf utk mengelakkan isu ini terus berterusan.

    ReplyDelete
  5. Salam sister,

    I got this info from another blog.
    http://aulakalimah.blogspot.com/2010/09/kebenaran-di-sebalik-penipuan-dan.html

    Please read this carefully analysed post about the advertisement.

    ReplyDelete
  6. #sdr ahong
    Iklan ini mggugat aqidah islam secara serius spt tusukan jarum yg halus!

    Saya brsetuju wujudnya trlampau byk "kebetulan" !
    Apakah tdk mgkn ianya disengajakan...?

    Kepercayaan/iman/pendirian sebenar ssorg itu hanya Allah yg mahatahu....(meskipun tampilan luarannya "muslim")

    Mereka yg brperanan secara aktif & secara langsung dgn iklan ini, perlu disiasat aqidah mrk secara serius.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam warahmatullah semua,
    Kl citizen: setuju :)
    joe penang: setuju juga :)
    mahfudz: memang pelik, iklan tu idea siapa?
    sungai: MUNGKINKAH IA DISENGAJAKAN? maklumlah rambut sama hitam, hati hanya Allah yang tahu
    ahong: Yes, I've read that. Good analysis

    ReplyDelete
  8. nas,
    Setuju, mereka perlu disiasat tapi adakah mereka akan disiasat?

    ReplyDelete
  9. Assalamu Limanit Tabi'il Huda

    peace be upon to those who follow the guidance

    woe to you acxxman

    did i have to advertized my Ibadah to public? i don't have to tell the world my good deeds. when RasullulLah S.A.W. recieving the Najran christian he ws the leader of Islamic state. and he did challanged the christian to do Mubahalah. did that surau ajk doing that today?

    whay are defending those kuffar by slendering other Muslim? i don't subcribe your western style political correctness.

    democracy is huge disbelieve.

    what are you telling is the creed or Mur'jiah.

    read below fatawa. it not from taliban website.

    on calling kafir a kafir

    http://www.islamicnetwork.com/index.php/weblog/comments/confirmation_that_judaism_and_christianity_are_forms_of_disbelief1/

    http://islamic-forum.net/index.php?showtopic=12278

    http://www.islamicnetwork.com/index.php/weblog/comments/who_is_the_kafir/

    http://www.islamicnetwork.com/index.php/weblog/comments/the_preventions_of_making_takfeer/

    on democracy is Shirk

    http://www.fisabeelillah.org/books/aqeeda-tawheed/Democracy-A-Religion.pdf

    peace be upon those who follow the guidance

    ReplyDelete
  10. peace be upon to those who follow the guidance

    woe to you again

    i'm NO umno. umno and pas are on the same boat that is democracy. don't you understand?

    and Nik Aziz is indeed heretics. just take a look below. did our Rasul S.A.W. does the same? btw that photos from harakah so its not super imposed.

    democracy is huge syirik (Shirk Al Akbar)
    http://2.bp.blogspot.com/_eWPpahEC2ZM/Ssh7N2fA7XI/AAAAAAAAAFA/8Y3B0XB94xg/s1600-h/nikazizandsinga.jpg

    http://1.bp.blogspot.com/_eWPpahEC2ZM/SU4b_TPbp0I/AAAAAAAAADg/AiV6kkKEDys/s1600-h/NikAzizDiKetikKuilTokCha.jpg

    http://2.bp.blogspot.com/_eWPpahEC2ZM/SU4b_fBgmRI/AAAAAAAAADo/mjoyYKoHoKY/s1600-h/NikAzikDalamKetikTokChai.jpg

    "To you be your religion, and to me my religion" (Al Kafirun 109:6)

    if Allah will, you will find the truth one day. HadakalLah.

    Allahuhumma Qad Balagtu Fas'had

    ReplyDelete
  11. la ilaha illa allah

    yes, clearly you are doing takfeer. Which is exactly the opposite of what you posted about the link saying not to do takfeer. Saying something and then doing something totally opposite? I can smell a munafiq in you.

    Who is raising any points about the photo being superimposed? I said you are imitating what UMNO claims that she is giving "tazkirah" or reminder, she wasn't giving any tazkirah or teaching muslims of our own religion at the surau like you claimed, she was talking about the donation to the surau, and we don't know what else did they talk about behind the lenses. This is another clear fitnah by you. Check the facts when any story reaches your ear, Quran hujuraat 49:6

    You see, you like to create a strawman argument, meaning you like to create a false premise and attack that point created( by you) in order to divert attention, clearly making fitnah

    Stop lying about my points. I never defended democracy in its pure sense.

    You're a liar, hypocrite, bigot,and slanderer. Na'uzubillah,

    Indeed
    To you be your religion, and to me my religion" (Al Kafirun 109:6)

    I invite you to ad-deen Islam, I pray you will receive guidance insya Allah taala as our Rasul saw prayed for two of the biggest enemies of Islam at one time, Umar al Khattab ra and Abu Jahal. May you receive the same fate as Umar ra and not Abu Jahal.

    Wallahualam bisawwab

    ReplyDelete