Thursday, April 12

CUTI REHAT YANG BUKAN UNTUK REHAT

"Banyak dah kanak-kanak sini yang kena campak, kak," kata pengasuh Ihsan pada bulan lalu.
"Ihsan seorang yang tak kena lagi ni dalam bilik dia."
"Yakah? Oooo..'"saya terdiam. Menghitung hari, dengan harapan jikalau terkena jangkitan campak pun biarlah pada musim cuti sekolah.
Bulan Mac tiba, dan lalu begitu saja. Alhamdulillah Ihsan tak dijangkiti demam campak. Saya lega.Nampaknya Allah belum mahu menguji kami melaluinya.

Sehinggalah pada hari Jumaat 6hb April. Ihsan demam. Ikram pula demam secara tiba-tiba. Saya dan suami bergilir-gilir mengelap badan mereka.
Hampir tengah malam itu, badan Ikram mula naik bintik-bintik merah.
Arrrgghhh... rupa-rupanya demam campak. Chickenpox.
Pada Sabtu pagi, seluruh muka dan badannya dah penuh dengan bintik-bintik merah. Syukurlah jatuh pada hari Sabtu yang saya tak bekerja.
Ubat demam dan tahan gatal segera diberi. Doktor turut memberikan antibiotik.
Alhamdulillah, Ikram anak yang baik, tak banyak meragam melainkan cuba menggaru badannya yang gatal.
Adiknya Ihsan pula dah sihat, dan semakin aktif. Bukan mudah nak asingkan mereka berdua yang sudah semakin mesra dan suka bermain bersama. Akhirnya saya mengalah; jikalau ditakdirkan Ihsan turut dijangkiti, terima sajalah nanti. Lagipun ada kebaikan juga jika anak kena campak semasa kecil. Tak pening lagi ketika mereka bersekolah kelak.

Setiap hari, saya rendamkan Ikram dalam larutan serbuk oat dan tekap badannya sehingga kering selepas itu. Alhamdulillah rawatan ini lebih mujarab daripada calamine lotion yang perlu disapu selepas mandi. Ikram tak garu-garu lagi selepas mandian itu. Daun semambu yang menjadi amalan biasa untuk pesakit demam campak juga kurang berkesan baginya. Hancur daun-daun itu dicarik-cariknya atas katil; terpaksalah saya juga yang bersihkan bilik.

Kini dia dah ok, cuma masih belum boleh dibawa ke taska sebab masih ada bekas lagi di badannya. Takut nanti berjangkit kepada anak-anak lain; lagipun saya tak percaya taskanya mahu terima dia dalam keadaan begini, hahaha..Maka saya dan suami terpaksa bergilir bercuti rehat untuk menemaninya di rumah.
Kasihan lihat wajahnya yang penuh dengan bintik-bintik campak yang belum tanggal. Saya juga risau, tkut-takut nanti berparut pula wajah sebab dia suka garu. Harap-harap losyen vitamin E dapat menyembuhkan parut-parut nanti.
Ahhhh... nama saja cuti rehat, tapi sebenarnya bukan untuk berehat. Itupun atas budi bicara ketua jabatan, jika dia tak ok, tak dapat juga cuti itu.
Itulah masalah bila anak sakit dan tiada bibik di rumah untuk tolong jaga.
Bersabar sajalah... sekurang-kurangnya lega Ikram dah terkena measles serta chickenpox sebelum usianya 2 tahun lagi. Ujian Allah padanya seawal ini tentu ada hikmahnya. InsyaAllah Ikram sihat walafiat hendaknya selepas ini, ameen.

Alhamdulillah... pada mulanya pening bila memikirkan bahawa Sabtu 14hb April in hari sekolah ganti, siapa nak jaga Ikram di rumah...rupa-rupanya hari sekolah ganti itu telah ditunda ke minggu depan 21hb April.. hooorey, selamat kami semua. 

4 comments:

  1. Assalamualaikum wbkth, I'm your silent reader, tk pernah komen pun dalam mana2 entri awak sblm ini. Mgkin kita ada persamaan pada entri kali ini, anak saya pun terkena chicken pox beberapa bulan yang lalu. Terbaca ragam Ikram dan Ihsan mengingatkan saya tentang anak saya. Begitulah menjadi ibu kan, tk lps dari bimbang dan gusar, sedih dan pilu melihat anak begitu, walaupun chicken pox tu bukan lah penyakit luar biasa. Anak saya baru masuk 2 tahun bulan 2 lps, mmg kecil sgt utk hadapi sakit2 begini. InsyaAllah, Ikram dan Ihsan akan tabah lalui ujian ini, setabah ibunya lalui ujian hidup :), mgkin blm jumpa apa hikmahnya, tetapi harus percaya hikmah itu pasti ada, apabila diuji kita akan tahu Allah memberi perhatian kpd kita, salam ukhwah untuk awak :)

    ReplyDelete
  2. salam, kak aliya. mmg sy rasa selama ni, mcm mana ujian pn akak boleh tmpuh... abg n kak ipar sy pn penah alami mslh sama, bergilir2 cuti sbb anak x sihat. bos marah pn xpe. janji tau anak dijaga depan mata. nk harapkan bibik, bibik lari sbb nkkan rm1000 sblm nk kerja balik.. mmg susah la mcm ni...

    ReplyDelete
  3. Azi81,
    Waalaikumussalam warahmatullah,
    Sememangnya ada pelbagai ujian khas dariNya semenjak bergelar ibu, hehehee... apa-apapun sabar saja, lagipun saya kira saya lebih bernasib baik berbanding ramai isteri lain yang masih belum mempunyai anak kandung.Umur 39 tahun baru bergelar ibu kandung bukan satu pengalaman yang mudah; tatkala rakan sejawatan sudah boleh relaks dan fokus pada kerjaya sebab anak dah besar panjang, saya masih berbincang tentang mana jualan murah susu anak, hehehe..
    Bila Ikram dapat demam campak ini, baru saya sedar rupa-rupanya banyak lagi ilmu merawat pesakit campak, yang sebenarnya boleh mempercepatkan proses penyembuhan secara semulajadi, tidak diamalkan oleh orangtua kita. Seperti mandian dengan serbuk oat [elak gatal dan cepatkan penyembuhan kulit], minuman air jus sayuran dan buah-buahan, pengunaan vitamin E/limau/lemon/duan lidah buaya untuk rawat paru,dll telah lama diamalkan oleh masyarakat lain dan terbukti berkesan selain amalan berpantang seperti tak makan telur,ayam, daging dan kekacang.
    Masalahnya, Ikram tak nak semua tu, yang 'nak,nak' hanyalah berendam dalam larutan oat selama 5 minit sebab boleh mandi tuang-tuang air, hahahaa..

    ReplyDelete
  4. ati,
    Saya masih perlu uruskan si Ihsan yang belum dijangkiti penyakit measles dan chickenpox tu... entah bila, wallahualam.
    Waktu kerja suami saya sebenarnya agak fleksibel berbanding saya yang tidak boleh keluar sekolah tanpa kebenaran pengetua. Namun ada hari-hari tertentu, dia tidak boleh diganggu kerana urusan rasmi; masa inilah kami berdoa agar anak-anak sihat dan tidak timbul apa-apa masalah lain.
    Prinsip saya,lebih baik hantar anak ke taska daripada ke rumah pengasuh atau menggaji bibik di rumah. Lebih banyak mata melihat, insyaAllah lebih selamat dan lebih pandai bercampur dengan orang lain. Apatah lagi hantar anak untuk dijaga orangtua di kampung. Susah memang susah bila sendiri jaga anak di rumah, tak ada orang lain untuk bantu, tetapi berbaloi bila anak membesar di depan mata, bukan?

    ReplyDelete