Wednesday, February 17

BUKAN TAK ADA TAPI....

"Aliya, orang Cina tak dengar pun kes-kes buang bayi.. kenapa ya?"
Saya menghirup air milo ais yang kaw itu sambil memikirkan jawapan terbaik.
"Sebenarnya kes mengandung anak luar nikah ni tak mengira bangsa, cuma bagi kebanyakan orang Cina, anak tu tak sempat lihat dunia. Awal-awal lagi dah ditamatkan," jelas saya.
"Cuci?"
Saya mengangguk. Walaupun saya sendiri tidak pernah melakukannya, saya tahu melalui perbualan dengan pihak tertentu, memang wujudnya tempat-tempat yang memberikan perkhidmatan tersebut kepada mereka yang terdesak. Asalkan kandungan masih kecil dan mereka sanggup membayar.
"Duit dah tak kisah masa tu, terutamanya untuk menutup malu keluarga anak-anak remaja yang termengandung. Jarang kita dengar cerita tentang anak-anak Cina ini melahirkan anak luar nikah, kecualilah mereka sangat miskin dan kandungan sudah lanjut."
"Kira berdosa juga."
"Ya, dosa memang dosa dan mereka pun tahu. Cuma dalam keadaan terdesak tu, mereka tak fikir panjang, asalkan masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah dan rahsia itu tidak diketahui umum. Hanya apabila mereka dah tua atau tak dapat mengandung selepas berkahwin, barulah tindakan mereka menggugurkan kandungan kembali menghantui mereka. Timbullah kisah-kisah mereka diganggu hantu anak-anak yang sengaja digugurkan itu.. entahlah, banyak juga cerita begitu yang saya dengar."
"Tapi jika mereka teruskan kandungan, mereka buat apa pula?"
"Yang saya tahu, bagi yang meneruskan kandungan sehingga bersalin, mereka akan menyerahkan anak itu kepada pasangan yang sanggup membayar saguhati untuk mendapatkan anak angkat yang akan diberikan nama si suami sebagai bapa anak itu, walaupun hakikatnya ia satu penipuan."
"Ooo, cara orang Cina sama ada gugurkan atau serah anak kepada orang lain. Orang India pula mungkin akan meminum racun apabila termengandung, takut malu."
"Kalau ikut cerita Bollywood, mungkin begitulah gayanya..."
"Kasihan anak-anak tidak berdosa tu... inilah ujian bagi kita semua sebenarnya. Selagi kita tak isi jiwa kita sendiri dan jiwa anak-anak dengan ilmu dan amalan agama, selagi itulah maksiat dan kes-kes begini akan semakin menjadi-jadi."

6 comments:

  1. Assalamualaikum kak aliya

    lagi satu sebab kenapa melayu nie kecoh2 sgt pasal anak luar nikah nie ialah ianya berkaitan dgn status dara anak gadis 2.

    org cina agak kurang sensitif kalau isteri yg baru dinikahi 2 dah x dara, kak aliya. sbb dorang nie blom kawin pun dah biasa buat benda 2. ala.... nak test test dulu. aku dah buat ko pun pernah buat, so apa kecoh2.

    tengok cam kes teoh beng aper tah..... ala yg mati jauth bangunan kt selangor 2. kan tunang dier dah mengandung entah berapa bulan tp blom kawin2 laie.

    org india nie pun agak particular jugak bab dara nie. psl 2 dorang sanggup bunuh diri minum racun bila dah termengandung.

    melayu nie psl xder duit jer nak cuci kak aliya. masa sy belajar u dulu ada pun kawan2 yg buat benda2 nie. klu ada duit dorang wat jugak. klu anak org berada cepat dorang buang bila dah lekat 2. klu anak org kebanyakan....huhuhu sendiri mau ingat ler. psl 2 melayu nie banyak guna khidmat bidan kg yg x bertauliah. ramai jugak yg mati masa proses memcuci 2 kak aliya.

    tp biasa ler kan x sume yg berfikiran cam2.

    peace

    ReplyDelete
  2. assalamu`alaikum
    bila dah terkwna, baru tahu rendah tinggninya langit.
    baru pagi tadi dengan kuliah ustaz fauzi, ada sahabat ajar anak saudara dia sebelum tidur sentiasa sebut "Allah memerhatikanku, Allah bersamaku."
    kalaulah kita semua berfikiran sebegitu, nak buat itu terfikir Allah tahu, Allah ada.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam olyyn,
    Itulah bezanya antara mereka yang kaya[tak kira bangsa/agama apa] dengan yang tidak kaya. Sama ada cuba sembunyikan kandungan sehingga bersalin ataupun buangkan terus melalui abortion. Dua-dua dosa besar.
    Kasihan pada bayi yang dibuang, terutama yang dijumpai mati. Kerana terdesak rahsia mungkin terbongkar, takut ditangkap polis dan malu dengan cacian masyarakat, bayi-bayi ditinggalkan begitu sahaja di tempat awam tanpa jaminan keselamatan sehingga mereka dijumpai.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Ummi Auni Afif,
    Bagus juga peringatan itu. Tapi macam pepatah Inggeris,'the heart is willing but the flesh is weak'... huhu,biasanya yang terkena itu kerana kehendak hawa nafsu lebih kuat mempengaruhi tindakan daripada ihsan dan rasa takut pada Allah pada ketika itu.

    ReplyDelete
  5. Salaam sis,

    I guess in the Chinese community, especially the 'old fashioned' ones, they would marry the children off ASAP, so ppl would think they 'bunting pelamin.'

    However, if this is practised amongst the Muslim community, it is actually haram, kan? They would need to wait for the child to be born, before they are married..

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam Rayhana,
    Some Chinese don't really care about this anymore.In fact, a few I know would wait till their children are 'in the family way' to ensure that they'd get grandchildren within months, huhu.
    As for nikah during pregnancy, well.. depends on which mazhab you're referring to. According to mazhab Syafie, it's allowed and the nikah is halal IF THE COUPLE TAUBAT NASUHA. Refer here for more information: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=469&Itemid=95

    ReplyDelete