Friday, February 5

ALAHAI, MASUK HOSPITAL PULA

Saya ditahan di hospital. Rayuan saya untuk kembali keesokan harinya tidak diterima.
Doktor wanita itu tidak langsung membenarkan saya pulang ke rumah untuk mengambil barangan. Alasannya takut saya pening atau jatuh kerana tekanan darah tinggi. Pelik sungguh, setiap kali ke hospital bacaan B/P akan naik sedangkan bacaan berkala yang diambil di klinik elok sahaja.
Pemeriksaan di hospital yang dijangka mengambil masa beberapa jam akhirnya berakhir dengan saya ditolak di atas kerusi roda ke wad geneakologi pada pagi semalam. Alahai!

Saya dimasukkan ke dalam wad yang sama seperti 2 bulan lalu. Betul-betul 2 bulan lalu.
Rasa-rasanya si kecil yang nak masuk wad, sebab sejak masuk ke tempat menunggu untuk berjumpa doktor, dia mula menendang dengan kuat. Lebih kuat daripada biasa, huhu.
Alhamdulillah, scan ultrasound yang diambil setelah saya dimasukkan ke wad menunjukkan si kecil sangat aktif. Keadaan sihat dan normal.

Saya dimasukkan ke dalam wad Kelas 3 kerana tidak membawa guarantee letter ketika pendaftaran masuk wad. Karenah birokrasi, hanya suami atau orang lain yang boleh menukar kelas wad dengan mengemukakan surat tersebut di kaunter pendaftaran. Jururawat pula menyatakan bahawa saya dimasukkan ke dalam bilik wad kelas 3 untuk memudahkan mereka mengawasi bacaan tekanan darah saya. Kerana menjangkakan bahawa saya tidak lama di situ, saya bersabar sahaja.

Saya berehat di wad selama 2 hari. Pesakit yang berada dalam wad itu tidaklah seramai dulu. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Sederet katil mereka yang bermasalah tekanan darah tinggi, sederet lagi di hadapan katil saya pula mereka yang bermasalah kandungan tidak kuat. Ini memudahkan jururawat mengawasi keadaan pesakit.
Syukur, layanan doktor bertugas dan jururawat sangat baik. Saya yang dimasukkan ke dalam wad dengan tangan kosong [tidak langsung membawa apa-apa untuk tinggal di wad] kecuali beg tangan tetap berada dalam keadaan selesa.

Tba-tiba saya dikejutkan dengan kehadiran 3 orang lelaki Bangladesh/Pakistan yang lalu di hadapan katil menuju ke pintu yang letaknya dihujung bilik wad. Tak sempat nak capai tudung kerana menyangkakan tiada pelawat lelaki yang masuk pada waktu itu. Maklumlah bukan waktu melawat, dan keadaan agak panas dalam bilik Kelas 3 yang hanya ada 4 kipas siling menyebabkan pemakaian tudung agak merimaskan. Mereka tidak mengambil apa-apa dari bilik wad tetapi sekadar keluar melalui pintu exit yang terletak di antara bilik air dan tandas pesakit.
'Eh, takkan tak ada pintu lain? Perlu sangatkah gunakan pintu exit di wad pesakit wanita?' bisik hati saya.
Saya kira setiap hari hampir 3-4 kali pekerja lelaki kontrak itu melalui bilik kami untuk keluar melalui pintu exit tersebut. Suka hati mereka untuk lalu-lalang tanpa ditegur mahupun dihalang. Mengapa mesti gunakan pintu kami sedangkan mereka boleh dan wajib[ pada pendapat saya] untuk menggunakan pintu awam sahaja tanpa menganggu pesakit wanita yang berehat di dalam wad?

Saya terkilan sungguh. Bagaimana pesakit wanita hendak menjaga aurat ketika berehat dalam wad sedangkan pekerja kontrak lelaki itu dibenarkan keluar masuk sesuka hati mereka dengan alasan mereka bekerja? Saya bertanya kepada jururawat bertugas; mereka memberi alasan pekerja itu mengambil barang di bilik lain. Kalau begitu mengapa tidak keluar melalui pintu lain sedangkan pelawat yang menziarahi pesakit ketika waktu melawat perlu menggunakan pintu lain? Bukan tak ada pintu exit lain, hanya perlu berjalan jauh sedikit.

Alasan pesakit perlu sentiasa memakai tudung walaupun bukan pada masa melawat tidak boleh diterima kerana sepatutnya pekerja lelaki tidak dibenarkan berada di wad wanita kecuali dengan alasan kukuh, seperti merawat pesakit atau untuk kerja pembersihan. Itupun sekiranya boleh, ada amaran supaya pesakit Muslimah sempat menutup aurat dengan sempurna. Bukan untuk lelaki lalu-lalang sedangkan masih ada pintu alternatif.
Saya tidak tahu sama ada layanan sedemikian hanya dialami oleh para pesakit Kelas 3 yang berada di bilik wad saya sahaja kerana tidak pernah pula saya alami keadaan sedemikian ketika dirawat di hospital lain di negeri lain semasa menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid pada tahun 2008 [Wad kelas 1]. Tak ada seorangpun pekerja lelaki yang masuk ke dalam wad wanita selama 4 hari saya di situ.
Tak pastilah sama ada berlaku kelonggaran peraturan atau pun pekerja kontrak lelaki tersebut mengambil kesempatan daripada ketiadaan tindakan dispilin ke atas mereka di hospital kedua ini.

Tak sanggup rasanya saya mahu terus berada di dalam bilik wad tersebut pada masa akan datang. Walaupun ia kelihatan seperti perkara kecil, bagi saya seorang Muslimah, kejadian itu tidak patut berlaku. Prosedur yang banyak karenah untuk saya berpindah ke wad Kelas 1 [yang sepatutnya kerana saya layak] menyebabkan saya terpaksa bersabar sahaja berada di bilik itu sambil melihat pekerja-pekerja lelaki tersebut keluar masuk melalui pintu exit yang ada.
Syukurlah katil saya yang terletak di hujung bilik menyebabkan saya agak terlindung daripada pandangan mereka berbanding para pesakit lain. Saya juga tidak bertembung dengan mereka semasa keluar/masuk bilik air dalam keadaan tidak menutup aurat dengan sempurna.

Mungkin kerana terdapatnya pesakit Muslimah sendiri yang tidak bertudung semasa mereka menjalani rawatan di dalam wad menyebabkan pihak hospital kurang mengambil berat akan perkara ini. Entahlah. Yang pastinya, saya sangat bersyukur kerana dapat keluar daripada wad hospital pada petang tadi. Tak sanggup rasanya untuk mendedahkan diri kepada pandangan mereka yang bukan muhrim walaupun tanpa kerelaan diri sendiri. Surat aduan tentang perkara ini sudahpun saya tulis dan hantar secara online kepada pihak yang berkenaan. Terpulanglah kepada mereka yang bertanggungjawab sama ada untuk mengambil tindakan pembaikan atau pun tidak.

Ya Allah, izinkanlah saya dirawat di wad Kelas 1 yang lebih tertutup dan selamat daripada gangguan mereka pada masa akan datang...

10 comments:

  1. http://www.pcb.gov.my/
    Wishing you a safe (and fun) pregnancy

    Jason

    ReplyDelete
  2. Thanks for the information, Jason :)

    ReplyDelete
  3. hopefully pihak hospital dpt ambil perhatian ttg perkara tersebut..

    moga kondisi akak & baby sihat & selamat.. ameen...

    ReplyDelete
  4. alahai kesiannya kak aliya. hmm.. biasanya tak ada masalah walaupun GL tak bw bersama. harap kak aliya bersabar dengan mereka.
    ttg lelaki yg masuk ke wad tu, perkara begitu mmg tak dpt diduga.. kdgkala, cleaner hosp pun bukanlah dikhaskan perempuan untuk wad perempuan. saya nasihatkan kak aliya gunakan tuala kecil untuk menutup kepala ketika tidur. (tapi berdasarkan cerita akak, sehelai sepinggang saja) mungkin di masa akan datang, kak ya..
    moga Allah lindungi kak..

    ReplyDelete
  5. kak aliya. salam.

    buat surat komplen-lah, kak. geram pulak nani baca post akak yang ni. *muka marah*

    oh, kak, nani ada sikit kekeliruan. baru2 ni ada sorang kawan nani kata..cerita2 inggeris fantasy adventure (contoh, percy jackson and the lightning thief - coming out in a few days' time) adalah doktrin org2 kafir utk menyesatkan kita. kata dia lagi, cerita2 mcm tu adalah usaha 'mereka' (dia tak explain mereka ni siapa) untuk memberi gmbaran yg sesat supaya kita ni di-brainwash utk percaya yg saviour kita nnt mcm hero-hero itulah rupanya. what do you think?

    he also kept reminding me that if i were to start to see the truths, i should start watching the arrivals. i've done several episodes..and i dont know what to believe because most of the things revealed never occurred to me as disturbing or anything. i'm unaware-lah kot. tp subliminal messages yg ditunjukkan dlm one of the episodes (it mentioned stuff from disney's productions) semua tu nani tak pernah perasan pun, nani tak ada syak wasangka..and i dont know how to say this, i dont wanna sound like a jerk..but..really..there are good moral values in the productions, kan, kak? are we to like ignore them values and discard them as masks over the 'real intentions', which aren't yet proved to exist?

    i'm scared, kak aliya. what if all these times i really was blinded and brainwashed? is it bad that i see the good sides of things and terus tak nmpak the bad ones?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum MyzwaR,
    Harap-harap begitulah. Saya pilih hospital itu kerana ada pakar O&G, lagipun ia yang paling dekat dengan rumah.
    Ameen..terima kasih. Baby dah mulakan gerakan silat :P

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam Humyrah,
    Bila kenang semula, terasa nak gelak pun ada.Tup-tup-tup dalam tempoh tak sampai 5 minit selepas ditahan oleh doktor, datang jururawat dengan kerusi roda.Hah, tak boleh lari pun,ditolak terus ke wad, huhuhu.
    Saya memang bertudung[pakai yang ada di kepala]tetapi selepas beberapa jam, basah tengkuk dan baju hospital berkain cotton itu dengan peluh. Panas berbaring di atas katil.
    Lega bila suami tiba dengan beg dan barangan selepas asar.Dapatlah tukar tudung dan mendirikan solat.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam Nani,
    Surat komplen dah dibuat. Tapi kebiasaannya pesakit Kelas 3 ni tak banyak cerewet kerana mereka pekerja swasta.Tidak seperti pesakit Kelas 1&2 yang ramai adalah pekerja perkhidmatan awam. Mungkin sebab itulah pekerja lelaki tersebut berani keluar masuk melalui bilik Wad tersebut. Kejadian bukan kali pertama;ketika saya tinggal di wad yang sama pada bulan Disember 2009 pun kejadian yang sama berlaku. Ketika itu saya diam saja kerana berpendapat ia sementara.
    Tentang pendapat rakan itu, dah lama hujah itu dikemukakan. Dulu cerita Harry Porter,national treasure, ada yang katakan ia agenda orang kafir. Semuanya terpulang kepada kita untuk menilai. InsyaAllah jika iman kita kuat dan kukuh, cerita sebegitu tidak akan menyesatkan akidah kita.
    Personally I think it's ok to watch movies even by kafirs, as long as we are not influenced to believe in everything we watch. In fact, if we are knowledgeable enough, we can even study and compare, find the hidden meanings and agenda in the films[makin bijak la kita nanti, makin kuat iman].To do that,you'd need to be more alert and know what to look out for. Otherwise just enjoy the movies and dramas.Oh, give me Harry Potter and yang sewaktu dengannya anytime compared to those no-sense jin pontianak movies produced by some u-know-who producers :P

    ReplyDelete
  9. salam balik, thanks, kak aliya. that was enlightening. i feel better now. i seriously thought i was..being jahat after i read those comments my friend made. =( but i'm ok now. yg penting kita letak Allah nombor satu dan tak lalai, kan kak aliya? *hugs*

    ReplyDelete
  10. Salam,

    I saw some of the episodes from 'the arrivals' too and I like the idea presented. How far is the truth is unsure but one thing which is clear, we are not aware of many things around us. We even let it control our mind (subconsciously) and without fail it have played us many times over.

    I believe that as muslim it is our responsibility to be alert of what is good for us and what is bad for us. Many things spread by the media is bad for us, but we still allow it to be a part of our life. For example, music videos of women (half naked) singing is considered to be inspiring and refreshing? Women showing their aurat on TV is suppose to be entertainment? Western stories focusing on sex and love before marriage is a norm in the society? The killings of Arabs is nothing because they are terrorist (as reported in media).... The list goes on and on.

    This is how we are colonized today (penjajahan minda). Children and teenagers exposed to them for a long time will be corrupted. They will become the enemy's soldier without knowing it.

    ReplyDelete