Saturday, February 6

DIA YANG DICARI-CARI

Satu tradisi orang Cina yang masih diamalkan tetapi semakin mahal kosnya, adalah amalan menggaji seorang pui-yi untuk mengasuh bayi yang baru lahir serta menemani si ibu yang baru bersalin. Tempohnya tidak lama - hanya 30 hari sahaja iaitu sehingga bayi tersebut berumur genap sebulan.
Kosnya? Mengikut kawasan dan permintaan semasa.
Saya tahulah sebab ibu kepada bekas suami merupakan bekas seorang pui-yi. Tugasnya tidaklah terlalu susah; memasak makanan berkhasiat untuk si ibu, menjaga dan memandikan bayi serta menjaga kesihatannya sehingga bayi itu berumur genap sebulan. Untuk berbuat demikian, dia perlu tinggal dengan keluarga bayi. Makanan dan tempat tinggal disediakan untuknya.

Kini giliran saya pula mencari seorang pui-yi Muslim. Maksud saya, seorang bekas bidan ataupun wanita berpengalaman menjaga wanita yang baru bersalin serta bayi yang baru lahir. Tempoh untuk sekurang-kurangnya sebulan. Tempat tinggal yang selesa disediakan.
Setakat ini, saya dan suami masih belum menemui yang sesuai. Kami tidak bercadang mengambil pekerja luar negara.
Kami juga tidak mahu membebankan kedua-dua orang tua yang semakin lanjut usia mereka dengan tanggungjawab yang berat ini. Mereka pun sibuk dengan urusan sendiri. Lagipun Mak saya pula masih belum Islam. Biarlah mereka menjenguk cucu ini sekali-sekala apabila rindu.

Kami masih mencari sambil berdoa agar dapat menemui yang sesuai dengan kehendak dan keperluan kami.
Sekiranya anda mempunyai saudara mara atau kenalan yang memang berpengalaman dalam bidang ini dan bersedia memberikan khidmatnya, tolong hubungi saya melalui blog ini atau emel saya. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment