Syukur alhamdulillah.
Dalam kesibukan seharian, saya masih mampu membaca emel yang dikirim oleh ahli-ahli Muslim Reverts Club yang ditubuhkan dalam alam maya. Tidak pernah berjumpa mereka kerana jarak jauh di antara bandar. Internetlah yang menemukan kami, dan melalui internet juga kami berhubung.
Saya gembira kerana diberitahu bahawa seorang saudara baru yang belum pun setahun jagung usia Islamnya dan masih belum memberitahu keluarga tentang perubahan agamanya, telah berjaya membawa masuk lagi seorang kawannya ke dalam pangkuan kita baru-baru ini. Kesemuanya atas kehendak dan hidayahNya yang Maha Berkuasa. Saya doakan semoga kedua-dua saudara itu terus mendapat rahmat dan diperkuatkan keimanan mereka pada Allah swt.
Saya juga gembira kerana seorang lagi saudara baru berjaya membantu pihak masjid di kawasannya menubuhkan Unit Ukhwah untuk saudara baru. Di salah sebuah masjid di Selangor. Alhamdulillah. Akan lebih mudahlah mereka yang memerlukan bimbingan agama Islam di kawasan tersebut mencari ustaz yang dapat membantu mereka. Semoga usaha murni mereka itu diberkatiNya.
Malam tadi saya menghadiri sebuah ceramah di surau taman perumahan saya. Penceramahnya seorang kenalan, yang juga seorang pendakwah dan penceramah. Ketika berbual selepas sesi ceramah, beliau memberitahu bahawa beliau baru sahaja membantu seorang saudara baru mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum ke sesi ceramah itu. Alhamdulillah. Begitu mudah untuk membantu seorang memeluk Islam dengan izinNya.
Kini cabaran hebat menanti saudara-saudara kita yang baru mengucapkan dua kalimah syahadah. Mereka merupakan umat Islam, walaupun ada di antara mereka yang masih merahsiakan pengislaman mereka daripada ahli keluarga.
Masalah mereka pelbagai. Ada yang masih memikirkan cara terbaik untuk memberitahu keluarga. Ada yang tinggal sehelai sepinggang setelah dibuang keluarga dna tiada tempat tinggal serta wang untuk sara hidup. Ada pula yang tidak tahu mana hendak mendapatkan bimbingan agama Islam kerana tempat tinggal yang agak jauh daripada PERKIM atau NGO Islam lain. Ada yang takut untuk masuk ke bangunan PERKIM kerana tidak mahu rahsia pengislaman mereka diketahui keluarga.
Apa yang kita sebagai saudara mereka boleh buat?
Kalau kenal mereka, bantulah setakat mana yang boleh. Berikan buku agama kepada mereka. Bagi yang Muslimah, boleh hadiahkan set telekung, terutama kepada mereka yang tidak bekerja dan belum mendaftar di pejabat agama. Kalau kita boleh sedekah kepada peminta sedekah di kaki jalan, mengapa tidak sedekahkah sedikit rezeki yang Allah berikan kepada kita itu kepada mereka yang kini daif kerana cintakan Islam?
Palign tidak, kita boleh doakan untuk saudara baru kita setiap hari agar Allah kuatkan iman mereka, permudahkan penghidupan mereka sebagai orang Islam, dan murahkan rezeki mereka agar mereka boleh berdikari dan terus mengembangkan syiar Islam, InsyaAllah.
Marilah kita beramal selagi kita boleh, di dunia yang sementara ini.
Salam kak aliya, am really interested to help but am not a volunteer to any of the organisation above, if somehow you know any muslimah that needs help in Seremban-PD-KL area, pls let me know.
ReplyDeleteThis is I guess one way of helping myself to know my religion better as well. InsyaAllah.
Untuk internet
ReplyDeleteSaya ada mengupload video pengajian agama kwsn parit buntar. videoagama.blogspot.com. Saudara lama pun digalakkan mengambil manfaat
Untuk kwsn utara
Sekiranya ada saudara baru yg ingin memohon bantuan kewangan boleh hubungi saya. Cuma anda perlu bercakaplah dalam 30 minit. Ceritalah bagaimana anda dapat hidayat dan ingin memohon bantuan kewangan. Insya Allah dptlah cikit. Call sy dulu 019-5176476
sampaikanlah salam (assalamualaikum)dari saya kepada saudara baru... insyaallah.. sila rujuk surah an-nisa' ayat 69 dan 74 untuk insyaallah menambah kekuatan. diharap dapat membantu...
ReplyDeleteSalam. Jika ada yang perlu bantuan di kawasan SS 1/24, Petaling Jaya, sila hubungi saya 019 216 0064. InsyaAllah saya bantu seberapa yang boleh.
ReplyDeleteSalaam ukhti. I love this post. I can't do anything for them but I make du'a that Allah guides them closer to the religion, that they learn knowledge that is useful, granted sustenance and deeds that are acceptable. Ameen!
ReplyDeleteWaalaikumussalam knitfreak-to-be, joe penang,ngasobahseliman,tenang_aku,
ReplyDeleteTerima kasih. InsyaAllah saya akan hubungi jika ada yang meminta bantuan.
Waalakumussalam Adib,
ReplyDeleteThanksfor your prayer, ameen.
Salam ukhti,
ReplyDeleteI tried to google muslim reverts club malaysia.
However, I fail to find it.
Please help me & others to get connected to this address.
NAS
Waalaikumussalam nas,
ReplyDeleteWe communicate online, and membership is by requests and invitation. Anyone who wish to be a member must summit their names, address, email, occupation, phone number and if possible, photos for identification because we don't want 'fakes'. Please email me. Thanks.
Ukhti, I'm not sure if I'm of any help but may I know what me as a college student could do to help? I could show him some Aqeedah and Fiqh classes around my area in gombak if that helps. Or if I could give him quick basics about the deen and slowly pull him to my Fardhu 'Ain classes (for teens and adults).
ReplyDeleteAdib,
ReplyDeleteIt's always a challenge for Muslims who want to help new reverts - wanting to help but too soon and too pressing, or waiting for reverts to ask which might never take place due to their shyness.
If you know anyone, just be friendly. Invite to join you for activities, inform about classes but don't insist if he's not ready. Be a good listener. Offer to teach iqra and simple doa. Focus more on Aqeedah if he's new to Islam.Be patient.
Thanks for the advice. If anything I'll try my best to assist anywhere close to Greenwood, Selangor, inshaAllah.
ReplyDeleteassalamualaikum kak aliya
ReplyDeletesaya juga mahu membantu. jika ada kesulitan, 100-200 boleh lah anytime.
juga, jika anak2 sekolah rendah mahu tuisyen free subjek sekolah rendah, jika dalam area sg buluh, du, bu dan kota damansara boleh saya uruskan
0175560323