"Dia tak suka awak... tahu tak? Dia marah bila saya berkawan dengan awak."
"Ooooo.. mengapa?" saya tersenyum, sebab dah boleh agak jawapannya. Orang di hadapan saya itu memang saya sayang, dan saya percayai.
"Jangan marah, Aliya bila saya cakap. Dia kata tak payah berkawan dengan mualaf tu. Tapi saya tak kira, saya nak kawan gak. Ni antara sebab dia marah dengan saya."
"Hahahaaa... dia kata begitu? Sebab saya ni mualaf?"
"Cam suami saya kata, mualaf pun ada yang lebih baik dan lebih pandai bab agama daripada yang lahir Islam, bukan?"
"Ya, alhamdulillah... so apa isu dia dengan saya ni, yang buat dia marah awak berkawan dengan saya?"
"Dia tak suka sebab awak isteri kedua. Dan cara awak berpakaian, dengan tudung labuh dan baju labuh.... faham-faham sajalah dia tu jenis berfesyen..."
"Hahahaaaaaa.... " saya terus ketawa. Mujurlah kami berada dalam bilik rehat yang agak jauh daripada orang lain.
"Lantaklah dia suka ker tak suka saya. Lagipun saya dah agak dah, sebab daripada mimik mukanya. Tapi luculah bila dengar dari mulut awak, hehehee."
"Betul tak marah?"
"Tak..."
"Saya lega sungguh bila tak lagi bersama mereka tu. Syukur sangat-sangat bila dah dipindahkan ke bilik besar ni. Bebas nak berkawan dengan siapa saja."
"Semuanya atas kehendakNya, alhamdulillah. Dia kan Maha Mengetahui dan Maha Mendengar?"
"Betul. Alhamdulillah."
Ahhhh.... patutlah sekarang ni ada beberapa insan yang bermasam muka dengan kami.
Rupa-rupanya usaha menghasut Wardah [bukan nama sebenar] untuk tidak berkawan dengan saya tidak berjaya.
Ada juga manusia beragama Islam berfikiran sempit begitu, sehingga cara berpakaian seseorang juga dijadikan perkara yang menentukan sama ada layak berkawan atau tidak. Nampaklah mereka tu bergaya sehingga boleh masuk dalam kategori tabarruj. Kawan-kawan rapat mereka pun jenis yang berfesyen seperti itu. Saya tak kisah sangat sebab saya bukanlah jenis yang suka berpakaian terlalu menonjol. Saya lebih selesa berpakaian sederhana di pejabat; pakaian menutup aurat yang membolehkan saya bebas bergerak tanpa memikirkan harga baju tersebut beratus-ratus ringgit.
Tapi bila ada orang yang disuruh jangan berkawan dengan saya sebab saya ni berpakaian 'kurang menyerlah dan bertudung labuh, tak seperti mereka, dan ditimbulkan pula status perkahwinan saya, memang dah dikira melampau. Belajar tinggi-tinggi tapi ....
Bagi saya, hanya orang bodoh saja yang akan ikut kata-kata mereka tu, dalam isu siapa yang layak dijadikan kawan.
Bagus juga bila diberitahu. Fahamlah saya mengapa ada segelintir mereka yang kurang selesa bila saya berada dalam kelompok mereka. Lagilah saya nak sertai mereka, hehehee.. [ikut falsafah The Art of War]
nota: maaf sebab lama menyepi, ada masalah nak buka emel google saya baru-baru ni. Alhamdulillah, sekarang dah ok.
ya... kadang2 ada mualaf yg lebih faham islam berbanding yg lahir dalam islam.. tp aliya bukan mualaf lagi.. mualaf tu istilah utk org yg baru2 peluk islam.. yg baru belajar..
ReplyDeletewe're all same... xsepatutnya dibeza2kan..
Hiraku Yui, menurut pekeliling bagi kebanyakan jabatan agama Islam negeri, status mualaf adalah selama 5 tahun, dan saya kini masih dalam status mualaf itu, hahahaa. Saya pun masih belajar bab-bab agama Islam, insyaAllah sehingga ke akhir hayat :)
DeleteAssalamualaikum warahmatullah sister Aliya,
DeleteUsah dipedulikan apa yang manusia kata, instead pedulilah apa yang Rabbul Jalil kata. Sabar, Allah SWT akan bersama dgn org sabar. Mereka tu yang masih "mualaf" bukan kamu. Doakan mereka diberi hidayah.
haih. ada lagi orang camni.
ReplyDeleteada, kalau tak ada orang camtu takde la terbitnya cerita ini :P
DeleteNilah satu dugaan bila berkawan. Akan ada yang tak suka status dan pakaian kita. Berkawanlah dengan penjual minyak atar, nescaya kita juga akan berbau wangi
ReplyDeleteJika berkawan dengan yang minat one million money drop(juga tabarruj)tentulah tak sama hasilnya(ilmu dan kefahaman) yang rajin mengaji dan beramal dengan ilmunya.
Bukannya dikira lamanya sesorang itu islam, tetapi sejauhmana amal dan taqarrubnya kepada Allah. Wallahu a'lam
Sekadar mengingat diri sendiri dan orang lain. Itu saja
Joe, setuju sangat-sangat. InsyaAllah semoga kita semua teus mendapat hidayah dan rahmatNya.
DeleteAhad ni Paksi Kerian jemput Ust Don mai ceramah ahad ni 9-11 pagi di Nibong Tebal(tempat Alia ceramah dulu). Pakat-pakat share poster(dalam blog saya) kat wall fb dan blog masing-masing ye. Kalu free mai la bagi peramai
ReplyDelete