Ya Allah! Apa ni?
Saya menggeleng kepala. Salinan kad pengenalan si Zamri amat memeranjatkan saya. Apatah tidaknya. Nama penuh di dalam MyKad itu berbeza dengan namanya dalam salinan sijil kelahirannya. Yang manakah yang betul ni?
Something fishy is going on... begitulah komen seorang cikgu apabila saya menyuarakan masalah
"Kamu tahukah ada beza nama kamu di antara Kad pengenalan dengan sijil kelahiran kamu?" saya bertanya padanya.
Zamri mengangguk perlahan. Badannya besar, lebih besar daripada saiz biasa pelajar Tingkatan 2.
"Tau, teacher..." jawabnya.
"Bapa kamu tak tanya pegawai yang keluarkan MyKad kamu, mengapa nama penuh kamu ini berlainan?"
"Ada, tapi mereka cakap tak boleh buat apa.. tak boleh ubah."
Saya menyuruhnya kembali ke tempat duduk. Pening. Kes yang agak berat sebab selama ini, semua rekod persekolahan Zamri menggunakan nama penuhnya dalam Sijil kelahiran, iaitu Mohd Zamri bin Mohd Ariffin Tan [bukan nama sebenar].
Mungkinkah pihak JPN tersilap, sebab bapa kandungnya seorang mualaf Cina, yang memegang kad pemaustatin tetap? Pelik juga, pemastautin tetap yang negara asalnya Malaysia? Ibunya seorang warganegara Malaysia berbangsa Melayu.
Saya bandingkan salinan surat beranak Zamri dengan salinan pelajar-pelajar lain. Hmmm, ada sedikit perbezaan rupanya.
Tandatangan pelapor dalam sijil kelahiran Zamri mempunyai 2 tanda tangan, iaitu ibu dan bapanya. Terdapat juga cop yang tertera,'permohonan seksyen 13.'
Setelah selesai meng-google seksyen 13 itu, rupa-rupanya sangkaan saya ternyata benar.
Zamri adalah anak sulung ibu bapanya,kemungkinan besar dilahirkan kurang daripada 6 bulan setelah mereka bernikah. Zamri anak ltak sah taraf.
Oleh sebab itulah, pihak JPN telah memasukkan nama bapa kandung Zamri dalam ruang bapa dalam sijil kelahirannya. Lahirlah Mohd Zamri bin Mohd Ariffin Tan.
Namun begitu, apabila Zamri memohon Kad Pengenalan semasa berumur 12 tahun, dia telah diberikan nama baru, iaitu Mohd Zamri bin Abdullah.
Kasihan dia. Bayangkanlah sekiranya anda di tempat Zamri, selama 12 tahun diajar menulis nama sebagai AA, kemudian bila mendapat MyKad, disuruh pula tulis nama sebagai AB. Tentu akan tertanya-tanya. Mungkin juga kawan-kawan serta guru turut bertanya, yang manakah namanya yang betul?
Saya diberitahu, itulah polisi Jabatan Pendaftaran Negara. Kononnya untuk mengelakkan anak itu malu sebab sebelum ni, dalam ruang bapa, akan ditulis "Tiada Maklumat" walaupun bapa kandungnya telah bernikah dengan ibunya semasa dia dalam kandungan ibu.
Bagi anak luar nikah beragama Islam yang dilahirkan sekarang, ada pihak memberitahu saya bahawa mereka akan diberikan nama bapa kandung juga tetapi tanpa perkataan 'bin'. Misalnya Noranita Abdul Halim sahaja. Bukan lagi Noranita binti Abdullah atau Noranita binti Abdul Halim.
Apa-apapun, saya berharap biarlah hanya satu nama saja dalam kedua-dua surat beranak dan kad pengenalan si anak itu.Tak perlulah sehingga anak itu mempunyai 2 nama. Menyusahkan dirinya dan memeningkan pihak sekolah.
Kasihan Zamri.
Sijil UPSRnya tertera nama penuhnya mengikut surat beranak, sebab ketika itu dia belum mendapat kad pengenalan.
Semua rekod persekolahan Zamri sekarang masih mengekalkan nama mengikut sijil kelahiran sebab dia didaftarkan di sekolah menengah mengikut nama dalam sijil kelahirannya itu, dan sebab itulah namanya dalam data PPD serta Kementerian Pelajaran berbinkan bapa kandung.
Kini pihak sekolah pula pening.
Zamri perlu didaftarkan untuk PMR pada tahun hadapan, menggunakan nama penuhnya dalam kad pengenalan, yang tidak sama dengan namanya dalam sijil kelahiran.
Ini bermakna dia mungkin menghadapai masalah memohon kerja kelak sebab nama dalam kad pengenalan dan sijil PMR/SPM berbeza dengan sijil berhenti sekolahnya [jika masih dkekalkan namanya mengikut sijil kelahiran]
Semua hanya sebab ibu dan bapa kandungnya membuat satu kesilapan - mereka 'bersama' sebelum bernikah!
Walaupun mereka tetap berkahwin kemudiannya, kesilapan lama tetap memberi kesan sepanjang hayat pada diri anak sulung mereka.
Walaupun mungkin mereka telah bertaubat..
Kesannya masih ada..
Anak sulung mereka yang menjadi mangsa keadaan.
Malunya dia, Allah sahaja yang tahu.
Fikir-fikirkanlah...
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang menyatakan tentang status anak yang dikandung ibunya di luar pernikahan yang sah, iaitu:
‘Perempuan yang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya’.
‘Anak zina atau anak luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak, hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah’.
Past is the past... let bygones be bygones..
ReplyDeletenapela anak yg tak bersalah tu kene terima hukuman sbb mak ayah .. cian dia ngan masalah birokrasi.. haiiii....
My Putri, kesian memang kesian... dia agak nakal sebab nak perhatian, bapanya pemandu lori dan jarang di rumah..tak tahulah keadaan pendidikan agamanya di sekolah sebab saya baru guru kelas itu selama 3 bulan.. birokrasi, bila dah kena sendiri baru mereka tahu
Deletehurm... mangsa keadaan~
ReplyDeleteThis is not an isolated case about children, their names and parents' names. Different authorities stick to their rules and interpretations. Just sweep it all under the carpet and face it when the time comes!
DeleteThe ones facing the problem won't be the parents who started all these, but the innocent child.. and the national fatwa is no help at all.. I heard that some parties are trying to get the father's name in the child's IC but some religious groups are opposing due to the fatwa :(
DeleteWallahualam
cik aliya,
ReplyDeletesaya sedang mengusahakan beberapa jaringan untuk dakwah.
tadi saya ada baca pasal revert muslim dan terus ke blog ini.
jadi bolehkah saya tahu apa maklumat agar saya bersama-sama rakan saya dapat menbantu.
terima kasih
q_fakhrul@yahoo.com
saudara faqrul,
Deletemaklumat apa yang diperlukan?
kesian..minta izin share ya
ReplyDeletedipersilakan
Deletebaru jumpa blog ni,,dan saya tertarik utk membaca posting yg lepas2.
ReplyDeleteseronok membaca blog awak
Terima kasih, Irfa. Selamat datang.
DeleteSila baca pandangan Mufti Perlis & DrMAZA dalam hal ini.. Dan saya bersetuju dgn pandangan mereka.. Wallahua'lam..
ReplyDeleteMyzwar, boleh kongsikan apa pandangan mereka?
DeleteAnak saya bakal menghadapi masalah yang sama sebab saya hamil 4 bulan sekarang ni dan masih dlm proses nk mempercepatkan hal nikah dengan pasangan. Yg jadi msalah pasangan saya org luar mmg mkn masa. Die nak juga anak kami ada nama dia. Berkenaan menamakan nama anak tanpa bin/binti abdullah dlm ic mmg menjadi pencarian saya selama ni. Memang kami bersalah. Bagaimana nasib anak kami nanti. Berkenan fatwa dr. Asri itu belum pasti lagikan. Pasal seksyen akta 13 tu biar sajalah dlm cip mykad. Pada surt beranak x jadi isu klau tertera disitu. Memang tak perlu satu dunia tahu status anak ni nanti bila nama bapa berbeza dri surat beranak dan mykad.
Deletehttp://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=42
ReplyDeletehttp://www.hmetro.com.my/articles/2012022603190320120226031903/Article/artikelMA
http://drjuanda.com/?p=695
Saya sendiri pernah nampak sijil lahir anak yang ada muslim name+surname+bin abdullah.
ReplyDeleteSaya rasa hairan juga sebab ruang bapa ditulis "tidak berkenaan". Ayah dia ialah cina dan mak indonesian, sehingga sekarang saya masih tak faham apakah maksud sebenarnya.
Ikhwan Ng,
ReplyDeleteJikalau ada tertulis di atas sijil lahir itu, 'seksyen 13' bermakna anak itu disyaki anak luar nikah [lahir kurang 6 bulan lepas tarikh nikah ibu bapa]..
jika tertulis 'tidak berkenaan' dalam ruang bapanya, maka kemungkinan ibunya belum bernikah semasa dia dilahirkan, ataupun tidak diketahui siapa bapa kandungnya.
Tak patut betul..Anak pulak yg kena tanggung "masalah"...Aku rase ni bukan soal malu. Sebab tu la orang buang anak kot...Mungkin depa pikir kalau di biar idup dah tentu anak tak bersalah tu menanggung derita. Kalo di buang lalu mati dah tentu budak tu ke SYURGA...Complicated gak benda ni..kisah budak ni bagi satu "jawapan & pengajaran" pihak JPN kena kaji dan nilai smula ni...rase2 aku la...
ReplyDeletebetu yat hayati tu cakap...dr anak menanggung tekanan emosi baik buang jew bayi tu....
Deletedunia makin maju..akta sekyen 13 patut perbaharui yg baru,,jangan menganiayai anak yg x bersalah....jangan salah kan jika ada kes buang bayi..aya yg yat hayati cakap tu betullll...
ReplyDelete