Wednesday, February 1

BUKAN TAK MAU POTONG LAAAA..

"Daripada Abu Hurairah katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada lima perkara yang dikategorikan sebagai fitrah (sifat semula jadi) seseorang manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Errr, doktor.. sini ada buat khatan tak?"
Saya memandang doktor lelaki itu dengan wajah serius. Kesempatan berada di klinik sebab demam dan batuk perlu digunakan sebaik-baiknya. Bertanya untuk nak dapat ilmu dan bantu orang lain.
"Ada.. saya sendiri yang lakukannya untuk orang dewasa dan kanak-kanak," kata Dr.Aziz [bukan nama sebenar].
"Berapa harga untuk berkhatan?"
"Antara RM250 hingga RM300. Untuk kanak-kanak separuh harga."
"Mengapa sampai Rm200 lebih, doktor? Guna laserkah?"
"Di sini kami buat cara biasa aja, tapi untuk orang yang nak berkhatan terutama lelaki dewasa, saya suruh buat appointment dulu. Kena buat pemeriksaan fizikal. Mahal sikit sebab ubat bius yang diberikan lebih banyak berbanding dewasa dan ubat-ubat juga perlu lebih kuat dan mencepatkan penyembuhan. Maklumlah orang dewasa mesti kerja, paling lama pun cuti seminggu untuk sembuh.," doktor itu tersenyum. Suaranya tenang saja.
Saya angguk tanda faham.
"Kanak-kanak biasanya buat masa cuti sekolah, dapatlah berehat lebih lama di rumah. Orang dewasa, susahlah sikit. Sebab itu ubat yang kami berikan di sini lebih kuat dan mahal.Lepas seminggu, suruh dia datang semula untuk periksa keadaan."
"Mana lebih baik, guna pisau biasa atau laser?"
"Bergantung, tetapi jika cara klamp, susah nak tengok sebab tertutup.. bila dah klamp terlebih potong, kena pergi hospital pula. Jika guna pisau, masih boleh betulkan sedikit," terangnya lagi.
"Hmmm, pernahkah lelaki muallaf buat di sini?"


"Ada, kami biasa terima lelaki dewasa dari kalangan saudara baru yang mahu berkhatan. Ada kawankah yang nak buat?"
"Ada juga yang bertanya.. biasalah, kami ni kumpulan kecil tetapi sering berkomunikasi dalam internet."
Kini gilirannya pula senyum. Saya mengucapkan terima kasih sebelum meninggalkan bilik consultation.

Hmmm, RM300 untuk berkhatan? Mahal juga rupanya... maklumlah bukan mudah nak lakukan untuk orang dewasa.. tentu ubat bius dan sebagainya pun lebih banyak berbanding untuk seorang kanak-kanak.Jikalau clamp, dengar kata mencecah sehingga RM600!
Jikalau seorang muallaf lelaki dewasa tidak mampu untuk membayar harga yang sesuai [Rm100 hingga RM600] untuk amalan wajib ini, apakah yang perlu dibuatnya? Tak tahu pula saya sama ada pihak jabatan agama Islam sediakan majlis berkhatan beramai-ramai untuk muallaf lelaki di Malaysia, huhu.. sebab tak pernah saya baca/dengar tentang hal ini ketika melawat ke sana.

Tatkala ramai orang Islam yang suka bertanya saudara baru lelaki 'sudah sunat ker belum?' berapa orangkah yang benar-benar ikhlas nak tolongnya jika dia mengaku belum bersunat?  
Temankan dia ke klinik? Bantu dia semasa dia sedang sembuh daripada luka? Bantu dia dari segi kewangan, makanan, pengangkutan ke klinik dan sebagainya?
Atau sekadar menggelengkan kepala apabila si muallaf baru itu berkata,"belum lagi la abang, saya belum cukup duit nak berkhatan." lalu memarahinya dengan kata-kata "Tak sah solat jikalau tak berkhatan tau! Issshhh buat apa tunggu lagi, pergi la klinik, minta doktor potong! Sakit kejap je! Takkanlah awak takut?"


Syukurlah saya tidak dilahirkan lelaki, tak peninglah saya dengan perkara ini.
Kasihanlah saudara seagamaku yang miskin harta.. bagaimana nak lakukan amalan wajib ni? Ada siapa nak sponsor jika terdapat mereka yang memerlukan?

maklumat lanjut tentang jenis khatan, risiko berkhatan dari sudut pandangan seorang doktor perubatan: sini

6 comments:

  1. Assalamualaikum..
    entry ni membuka sedikit minda saya..yes to help saudara baru..may be kewangan sy xbegitu kukuh skrang..but InsyaAllah,one day, when i got good career,and money of course, sy akan tolong golongan yang dimaksudkan di atas..but if utk jaga masa berkhatan ke..nk berpantang(khatan pun kene pantang jugak)..haha..bukan bersalin je..haha..InsyaAllah..sedaya upaya..=)..btw,berkhatan tidaklah sesakit seperti mana digambarkan org2 yang tidak melaluinya..(I got experience la..haha)..insyaAllah..mudah saje..dan Allah akan ringankan bebanan itu..InsyaAllah...=)

    ReplyDelete
  2. jarang ada org bg buah fikiran pasal perkara ini... entry ni mmg bagus =p

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Bagi saudara baru (mualaf) yang mempunyai masalah dari segi kewangan untuk melakukan khatan, sila hubungi kami. Insya Allah boleh dibincangkan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. KLINIK NAJAT, Shah Alam, Selangor. Tel: 03 55664256 atau 019 252 4842.

    ReplyDelete
  4. Jabatan Agama Islam biasanya dapat menolong dari segi kewangan dan introduction ke klinik-klinik berkhatan. Hubungi lah Jab Agama Daerah atau Negri kamu.

    ReplyDelete
  5. up utk tahun 2014... baru selesai mghantar saudara baru berkhatan... lama jugak..dr kul 8.30 mlm smpai pkl 10 mlm baru siap..harga rm300..tp bg yg x mampu... jabatan agama islam boleh tolong.. sahabat aku .. dpt call dr jabatan agama nk sumbang duit utk berkhatan... cume diorg lmbat sikit... aku dah bayarkn dulu..ape2 pun...bantulah saudara baru dri segi apa pun yg korang ada... insyallah berkatnya byk... jgn dok tnjuk pndai cam ayat "Tak sah solat jikalau tak berkhatan tau! Issshhh buat apa tunggu lagi, pergi la klinik, minta doktor potong! Sakit kejap je! Takkanlah awak takut?" ubah mentality ni...just nasihatkan agar berjumpa dgn jabatan agama... kalau korang ahli masjid... boleh pg jumpa imam... insyallah ada jln penyelesaian..

    ReplyDelete
  6. blog ni banyak info...kepala tengah buntu fikirkan cara nak buat...bila ada saudara baru nak peluk islam.

    ReplyDelete