Tuesday, November 1

ITU DAN INI

Minggu-minggu yang sibuk.
Macam-macam kerja perlu diselesaikan dalam tempoh yang diberi.
Di samping itu, perlu layan hero ini yang semakin aktif dan mahukan 100% perhatian Umminya.
Sengih sebab dapat makan biskut kegemarannya.. diamlah sekejap

Perlu juga melayan adiknya yang semakin membesar.
baru kenyang minum susu.. mulalah bersembang

Ditambah lagi dengan kertas-kertas peperiksaan yang perlu ditanda dan dimasukkan markah ke dalam komputer pada minggu ini juga.
4 kelas = 8 set kertas soalan termasuk 4 set esei untuk disemak

Hujan dan ribut petir pada waktu petang menyulitkan saya untuk terus online.
Maaf sebab saya tak sempat nak update blog ini yang sudah bersawang.
InsyaAllah akan kembali blogging selepas selesainya beberapa kerja sekolah.

2 comments:

  1. Salam Cikgu...saya ucapkan tahniah kpd Cikgu kerana berusaha gigih cuba menanggulangi ("cope")dgn urusan berat "penyurian"-rumah tangga sambil juga bekerja/berkarya.
    Bersabarlah!
    Ganjaran sebenarnya tentulah akan diketahui & dibalas olehNya.
    Saya salut kpd semua suri rumah yg tak berkarya tapi menjalankan kewajipan anda di rumah 24 jam sehari, tanpa menggaji pembantu rumah!

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam nas,
    InsyaAllah... terima kasih atas kata-kata dorongan anda :)

    ReplyDelete