Penat. Itulah yang saya rasa setiap kali bila selesai tugas mengawas spm.
Penat berjalan dan penat menahan sabar. Mengawas peperiksaan awam perlu meronda. 2 jam 30 minit pun merondalah.
Alhamdulillah spm telah selamat berjalan selama 4 hari. Tiada insiden yang mencemaskan. Tidak perlu dikuarantin [insyaAllah tiada sehingga tamat spm]
Pelbagai ragam boleh dilihat. Ada calon yang serius. Ada yang datang lewat. Ada yang tak datang langsung. Ada yang tidur. Ada yang balik awal.
Namun mereka sama; mereka harapan ibu dan ayah. Setiap ibu bapa berharap anak-anak yang sudah besar panjang itu lulus spm dengan cemerlang. Harap mereka mendapat pekerjaaan yang baik yang dapat menjamin masa depan yang lebih baik, lebih baik daripada kehidupan ibu bapa sendiri.
Saya hanya mampu memerhati. Nak bantu tak boleh. Nak betulkan jawapan yang nyata silap sudah tentu melanggar peraturan. Hanya mampu senyum, angguk-angguk geleng-geleng. Sekali-sekala mengingatkan calon untuk membaca arahan dengan teliti untuk menjawab kertas-kertas tertentu.
Sungguh...
Kelalaian calon membaca arahan dengan teliti boleh membawa padah.
Kecuaian calon yang tidak membaca soalan dan menjawab mengikut kehendak soalan boleh menyebabkan perbezaan antara lulus dan gagal.
Remaja memang remaja. Mudah gopoh. Mudah terpengaruh. Kelam-kabut.
Teringat saya, seorang kawan saya pernah mengaku, dia akan mengambil cuti setiap kali anak-anak mengambil peperiksaan awam. Terutamanya pada hari-hari subjek penting.
"Mengapa?"saya bertanya.
"Nak baca yassin untuk anak supaya dia tenang jawab soalan," begitulah jawapannya.
Itulah pengorbanan seorang ibu. Alhamdulillah sehingga kini, anak-anaknya cemerlang dengan straight-As.
Selamat mengambil peperiksaan spm bagi pelajar tingkatan 5, dan bagi ibu bapa yang anak mereka calon spm tahun ini, teruskan doa dan usaha anda. Semoga Allah kabulkan doa dan permintaan kita, ameen.
p/s: Alhamdulillah, saya mengawas di dewan sekolah. Ada bilik persalinan yang bersih dan selesa untuk mengepam susu badan :)
wuuu..terigt time siswi jwb spm dulu..
ReplyDeletetidur..blur..xbace arahan..hihi..
cinta siswi,
ReplyDeleteblur masa spm pun dah boleh masuk ipg, kira ok la tu.. hahaha (jangan pecah rahsia ni kepada pelajar anda nanti)
p/s: ipg mana?
rindunya masa exam... walaupun pahit masa lalu tapi sekarang rindu pula selepas bekerja di masyarakat.
ReplyDeleteIkhwan Ng, rindu sebab dah lama tak perlu ambil exam, hehehee...
ReplyDelete