Saturday, October 22

HIMPUN OH HIMPUN

Komen seorang saudara seagamaku di FB,
Salam saudara-saudara yang dirahmati Allah sekalian :)

Saya ingin bertanya kepada diri saya sendiri, dan setiap kita, 4 persoalan, sebelum kita beriya-iya nak cakap pasal HIMPUN, murtad, masalah umat Islam dll...

1. Sudahkah kita menghadiahkan terjemahan Al-Quran, dengan bungkusan yang special dan senyuman manis kepada saudara kita yang bukan Islam?

2. Sudahkah kita bercerita tentang Islam, sekurang-kurangnya kepada seorang bukan Islam, sekali seminggu?

3. Sudahkah kita membantu saudara-saudara baru yang terdekat yang kita kenali? Bantu mereka (hantar/memandu) ke pusat pengajian, belikan buku-buku, tudung, Quran dan lain-lain keperluan?

4. Sudahkah kita menginfaqkan sebahagian wang yang kita ada untuk aktiviti-aktiviti dakwah kepada bukan Islam & institusi-institusinya seperti Hidayah Centre, ABIM Outreach, Macma dll?

Jika sudah selesai ke-empat-empat perkara ini, hanya ada 2 kemungkinan :

1. HIMPUN sudah tidak perlu lagi diadakan...

2. HIMPUN di adakan dengan penuh semangat dakwah & kasih sayang yang merentasi bangsa dan warna kulit. Pertemuan di HIMPUN bukan lagi disajikan dengan pekikan slogan-slogan. Tetapi, dipenuhi dengan warna-warna ukhuwwah fillah dan kasih sayang... In fact di waktu itu, non-muslim pun boleh di alu-alukan hadir ke HIMPUN. HIMPUN menjadi satu medan magnetik dakwah yang besar, ada tea tarik session dalam kumpulan, persoalan-persoalan tentang dakwah dan Islam yang boleh diajukan dan dibincangkan dalam kumpulan-kumpulan kerja, sidang pleno dll.

Dan HIMPUN di waktu itu adalah himpunan kemanusiaan di mana Islam memayungi, sebagai rahmatan lil alamin!

HIMPUN oh HIMPUN...

Allahu'aklam...
Muhamad Zulkarnain 
Tambahan saya: 
5. Sudahkah kita berusaha menegur dan menyelamatkan akidah anak-anak muda beragama Islam yang sudah jelas menyimpang akidah mereka? Mereka yang merempit, bohsia, berpacaran, mengadakan seks rambang, tagih dadad dan lain-lain? Atau kita sekadar melihat dalam diam, anggap taida kaitan dengan agama Islam, marah dalam hati ,' anak siapa mereka tu? mak bapa tak ajarkah?' dan dalam hati berkata, 'kubur masing-masing'?
6. Sudahkah kita mempromosikan rasul kita yang disayangi, Nabi Muhammad saw kepada non-muslim dan sesiapa saja yang kita kenal? Atau kita masih sibuk buat promosi percuma untuk artiste, penyanyi palkon termasuk mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna melebihi yang kita lakukan untuk diri Rasulullah? 
7. Sudahkah kita menjelaskan kepada orang ramai bahawa Islam agama keamanan? Bahawa Islam is not a religion of war, Muslims are not terrorists? Sudahkah kita berusaha mengikis tanggapan negatif di kalangan umum? Di kala agama lain menghulurkan bantuan, menghulurkan kasih sayang, menghulurkan tangan untuk saling menghormati, apakah kita di Malaysia hanya mampu untuk mengecam, mengutuk, menggunakan ancaman dan juga mengugut, demi menyebarkan agama 'Islam' yang salah satu makna literalnya ialah 'kedamaian'? 
8. Adakah HIMPUN akan membantu mendekatkan yang mahu murtad/sudah murtad kepada Islam, mendakwahkan Islam sebagai agama yang benar dan indah kepada non-muslim atau menjauhkan mereka?
9. Adakah aktiviti ini akan membantu saudara baru untuk berdakwah kepada keluarga yang masih non-muslim, atau lebih mengeruhkan keadaan bagi mereka?
10. Adakah selepas HIMPUN, kita akan seronok dan selesa? Beranggapan bahawa kerja dakwah kita kepada non-muslim serta islah kepada muslim sudah selesai, dan puak tertentu sudah gerun?

4 comments:

  1. Benar. Setuju saranan ini.Saya hampir terlepas pandang.

    ReplyDelete
  2. ya... islam terancam bukan kerana agama lain sedang mara.. tetapi kerana umat islam sendiri terlalu asyik dan leka

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak Aliyah..apa khabar?agak lama ain tidak berkunjung ke sini.Melihat topik di atas menarik perhatian diri.
    Jika tidak keberatan, bolehkah ain share tulisan akak ini di blog/fb bila mana ada kesempatan ruang dan waktu?yg no.1 dan 3 betul2 terkesan di hati...syukran kak..

    ReplyDelete
  4. semuanya berpunca dari hati. dengan niat betul, tindakan kita akan betul. Himpun hanya sekadar berhimpun. mencari publisiti seolah-olah media itu tuhan.

    ReplyDelete