"Aliya, saya nak tanya sikit, ok tak?"
Cikgu muda berketurunan Cina itu duduk di sebelah saya di dalam dewan. Dari nada suaranya, seperti ada hal penting yang mahu diperkatakannya.
"Boleh, apa dia?"
"Err.. betulkah orang bukan Islam tidak boleh bawa perkakas yang tidak halal ke sekolah?"
Saya terkejut. "Apa maksud awak?"
"Gini, berkenaan pisau la. Betulkah orang Islam tak boleh makan makanan yang dipotong dengan pisau orang bukan Islam?"
Oohhh ohhh, hati saya sudah mula berdegup kencang. Alamak, satu lagi soalan cepu mas. Semenjak mereka tahu saya Cina Islam, seringkali saya didatangi individu yang ada kemusykilan. Bagaimana nak jawab ni?
"Ermm, daripada apa yang saya baca dan dengar.. ada dua pendapat berkenaan isu ni. Biasanya di Malaysia, orang Melayu lebih berhati-hati bila makan makanan. Ni termasuklah perkakas yang digunakan untuk memasak, memotong dan meletakkan makanan. Nak pastikan makanan itu betul-betul bersih dan halal, kita elak daripada guna perkakas yang telah digunakan oleh orang bukan Islam."
Saya sambung lagi, "Tapi di negara lain, ada juga ulama Islam yang berpendapat boleh gunakan perkakas yang telah digunakan oleh orang bukan Islam, dengan syarat dibasuh bersih dengan sabun dan air. Ia berpandukan pada hadis yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad sendiri tidak pernah mempersoalkan bekas yang digunakan untuk mengisi makanannya bila dia berkunjung ke rumah orang bukan Islam."
Cikgu amoi itu menganggukkankepalanya, tanda faham.
"Jadi bagaimana bila awak balik ke rumah mak awak?" dia bertanya pula.
"Saya jarang makan di rumah mak saya. Kalau ada pun, sama ada guna pinggan baru atau basuh sekali lagi pinggan atau cawan dengan sabun dan air bersih la supaya betul-betul bersih," saya jawab ringkas sambil tersenyum.
"Mengapa tanya begini? Ada masalah kah?"
"Ya la, saya susah hati ni. Di sekolah saya, kami ramai juga guru bukan Islam. Ada Cina, ada Cina.. biasalah. Bila buat potluck, kami semua bawa makanan. Guru bukan Islam bawa buah-buahan sebab kami tahu guru Melayu tak makan makanan yang kami bawa, takut tak halal. Tapi buah ok kan?
Kami pinjam pisau dari kantin sekolah, pisau orang Melayu juga. Tapi kami tak bagitau cikgu-cikgu Melayu. Kami bawa buah-buah yang dipotong tu ke bilik untuk potluck. Ada cikgu India melaporkan, bila cikgu-cikgu semua masuk nak makan, ada guru Melayu yang soalkan tentang kebersihan buah kami tu.
Cikgu Melayu tu kata dengan kuat," Pastikah buah tu halal dimakan? Tak tau pisau apa yang mereka guna untuk potong.." Guru-guru India yang terdengar kata-kata cikgu tersebut berkecil hati. "Kami susah-susah potong buah-buahan tu, takkan kami nak ambil pisau dari rumah kami? Kami bukan sehari dua bekerja dengan orang Melayu, kami pun faham sensitiviti orang Melayu, sebab tu kami pinjam pisau kantin."
Cikgu Amoi itu sambung lagi," Mungkin terpengaruh dengan kata-kata 'ustazah' itu, guru-guru Melayu yang lain tidak menyentuh buah-buahan yang dibawa oleh guru bukan Islam. Mungkin juga mereka takut kalau ambil, nanti cikgu lain akan melabel mereka tak tahu Islam dan tidak alim. Akibatnya, cikgu-cikgu India berkecil hati sebab buah tinggal banyak tapi tidaklah luahkan secara terbuka. Hanya berbisik dalam kalangan guru-guru bukan Islam.
Sebab itu, kata Cikgu Amoi kepada saya, guru-guru bukan Islam tidak lagi membawa makanan ke sekolahnya untuk aktiviti potluck.
Saya dengar dengan teliti. Aduh, sebab sebilah pisau, terjadi perselisihan pula antara kelompok guru. Pisau tajam untuk memotong makanan tetapi ia pula berhasil memecahbelahkan hubungan mesra yang sedia wujud di institusi itu.
"Sebenarnya boleh diselamatkan lagi. Terangkan dari mana dapat pisau tersebut kepada guru-guru beragama Islam. Lain kali tak payahlah bawa buah-buah atau makanan yang perlu dipotong. Bawa saja biskut, buah-buahan yang tidak perlu dipotong seperti rambutan dan pisang, atau kacang yang siap dibungkus dan ada logo halal. Atau pun tembikai sebiji dan minta tolong cikgu Melayu untuk potongkan."
"Ya, saya pun berfikir begitu, tapi kawan-kawan saya dah merajuk," kata Cikgu Amoi lagi.
Hmm, nak buat macam mana ya?
Sensitiviti agama memang sukar, apatah lagi bila bekerja di bawah satu bumbung. Sedikit silap boleh membawa kepada masalah berpanjangan. Mewujudkan jurang dan masalah perkauman.
Sebenarnya pada pendapat saya, sebagai orang Islam, kita perlulah berhemah. Siasat terlebih dahulu makanan (buah) yang dihidangkan itu dipotong oleh siapa dan dengan pisau siapa. Mungkin itu pisau baru yang dibeli khas untuk memotong makanan di sekolah. Orang Islam, lebih-lebih lagi bergelar cikgu, jangan mudah gelabah dan berburuk sangka pada orang lain yang bukan Islam. Kalau ya pun mereka yang bukan Islam tersilap gunakan pisau, tak perlulah bising-bising sehingga boleh didengari para pelajar dan guru lain. Terangkan dengan lemah-lembut dan berhemah supaya mereka faham dan boleh terima dengan baik.
Setahu saya, masih belaku khilaf dalam isu ini. Bagi saya pula, makanan yang dipotong dengan pisau (yang dicuci bersih) yang pernah digunakan untuk memotong makanan lain dan masuk ke perut itu masih lebih baik daripada makanan hasil makan gaji buta/rasuah/perjudian oleh orang yang beragama Islam. Ramai yang tidak kisah membeli makanan dari peniaga yang bertudung kepala (janji dia nampak macam orang Islam) walaupun makanan itu pun belum tentu halal, terdedah kepada debu jalanan dan serangga.
Kita orang Islam suka memandang serong pada orang bukan Islam yang memberi makanan kepada kita, berasa was-was untuk makan. Pernah saya mendengar aduan kawan Kristian, bahawa jiran Melayu membuang kek yang dibuatnya kerana tidak yakin ia halal. "Kalau tak nak makan, bagi balik jer, ni dia buang ke tong sampah, saya nampak dengan mata saya sendiri!"
Bagaimana nak berdakwah kepada bukan Islam bahawa Islam agama yang baik dan indah sedangkan tingkahlaku kita terhadap mereka pun tidak seindah mana?
Masalah ini antaranya berpunca dari islam baka.
ReplyDeleteIslam sejak lahir depa rasanya semuanya tahu dah. Kita semua perlu mengaji. Sampai dicabut nyawa.
p/s: boleh puan aliya kuliah bab2 ni. Benda remeh temeh ni yg kekadang jadi punca non muslim makin jauh dari islam.
sedihnya baca. tak reti menjaga hati yang lain. kadang2 kita kerap disibukkan dengan hal remeh temeh sebegini. beli makanan dengan orang melayu tak kisah pula padahal ada lelaki yang bersubang yang menjual makanan!
ReplyDeleteerm..hanya kerana pisau..tu la...kadang2 kita terlalu paranoid..apa salahnya terangkan secara berhemah...nanti org bukan islam kata kita ni leceh,rumit..padahal indahnya islam menjaga kebersihan dan kesucian...Allah lebih mengetahui..
ReplyDeleteish2. :( x taw la nk kata pa.
ReplyDeleteKalaupun guru melayu itu was-was, masih boleh bertanya dengan sopan santun supaya tidak mengecilkan perasaan orang lain.
ReplyDeleteLah, kenapa jadi macam tu? Bukan nak mengata sesiapa tapi ni memang salah sangka je.
ReplyDeleteTempat kerja saya pun campur muslims and non-muslims. Selalu gak buat pot luck. Selalunya, yang non-muslims akan bawak biskut2 or kuih2 yang dibeli dari peniaga muslim. Yang mana ada daging akan diumumkan awal2 kepada yang beragama Hindu. Pork dan non-halal food tidak dibawa langsung.
Saya rasa cikgu2 Melayu patut meminta maaf kepada yang non-muslims sebab salah sangka. Yang non-muslims pun minta maaf kerana tidak memberitahu awal2. Hubungan boleh diselamatkan....
moral of the story....
ReplyDeleteambillah pendekatan yg positif & bijak...
elakkan yg negatif & berpuak2...
lebih2 lagi jika isunya begitu remeh!
assalamualaikum cikgu~~
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteIsu ini sama dengan bolehkah perempuan muslim berjebat tangan dengan lelaki non muslim. Antara hukum Islam dan sosial masyarakat susah untuk mencari jalan tengah.
Untuk menjaga perasaan rakan non muslim mesti ada jalan tengahnya. Janganlah buang makanan semata-mata ia dihadiah oleh orang yang bukan Islam.. Sekiranya masih was-was, hadiahkannya kepada orang lain yang lebih memerlukannya.
Waalaikumussalam semua,
ReplyDeleteMaaf. lewat membalas komen.
joe, Islam baka atau Islam baru, kita semua dituntut untuk sentiasa memperbaiki ilmu agama, kan? Kadang-kadang bila jarang bergaul dengan nonMuslim, kita tak sedar perbuatan/pertuturan kita terhadap mereka tidak begitu mesra/berhemah.
Ummu Auni, kadangkala kita anggap peniaga itu muslim sedangkan dia boleh jadi indon beragama kristian.
neesa jun, memang itulah tanggapan kebanyakan orang nonMuslim pada kita :)
shaza, dah kata pun.
tarmizi,nas,Ikhwan saya setuju dengan pendapat anda.
Along, insyaAllah kalau kita semua saling hormat-menghormati, takkan timbul masalah.
Semoga kita semua ambil ikhtibar daripada peristiwa yang berlaku di atas.
Tak boleh samakan isu berjabat tangan bukan mahram dengan makanan di atas. Jauh sangat bezanya.
ReplyDeleteYang penting terangkan dengan berhemah, dan umat islam sendiri jadi contoh. Kalau sesama Islam bukan mahram pun dok salam bertepuk tampar, macam mana lah non-Muslim nak faham.