Friday, April 8

SIBUK DISIBUKKAN LAGI

Satu minggu yang amat sibuk...
Ada latihan setiap hari untuk memastikan pelajar bersedia untuk pertandingan ini semalam : ( tak menang)



Namun tetap bahagia bila pulang ke rumah, melihat si anak senyum manja...


Dan berebut bahan bacaan dengan saya (baginya, buku dan majalah saya lebih menarik)


Tetapi pilu hatiku melihat tanda ini pada badannya Selasa lalu.
Si kecil yang baru 10 bulan dan belum boleh berjalan dan bercakap tidak dapat menceritakan apa yang berlaku padanya.
Hanya Allah swt Yang Maha Mengetahui.



Satu ujian baru untuk kami sekeluarga.
Syukur alhamdulillah, anakku Ikram ok.. tiada kesan sampingan (zahir dan batin) yang kelihatan.
Siasatan masih dijalankan.
Semoga Dia segera menunjukkan kepada kami siapa yang bertanggungjawab melakukannya... tak mahu menuduh siapa-siapa selagi tiada bukti kukuh.
(Masih mampu bersabar dan bertenang walaupun saya nyaris-nyaris berakhir di wad hospital kerana BP naik dengan situasi ini).

8 comments:

  1. bekas jari ke tu cikgu?

    sapa nama budak comel ni?

    he~~

    ReplyDelete
  2. Astaghfirullahalazim! Kesiannya. Dugaan bagi ibu bekerja ni. Semoga ibubapanya tabah dan sabar, walaupun dalam hati memang geram. Sabar, sabar, sabar.

    ReplyDelete
  3. bujal x, ya.. anak saya, Ikram Mursyidi.
    hazazean.com, memang geram dan sakit hati. Dengan kesabaran itu juga, masih mampu berbincang dengan cara baik lagi dengan pihak terlibat yang masih menjalankan siasatan.DSaya sendiri terkejut bagaimana saya masih mampu bertenang begini (alhamdulillah)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum....

    Semoga akak dan keluarga sihat sejahtera hendaknya. Jaga kesihatan baik-baik tau.

    ReplyDelete
  5. =( ciannya ikram.....semoga keluarga Kak Aliya sentiasa dilindungi Allah....amin...

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam,
    Kembar & neesa_jun, terima kasih atas doa..ameen..

    ReplyDelete
  7. salam sis, isn't that fingers marking? Subahanallah, sampai hati dilepuknya budak kecil ni? Tolong bagi tau baby sister akak.....kalau tak da kesabaran, jangan jaga budak kecil. Budak kecil memanglah adventurous tapi nakal macamana pun, kenapa dilepuk kat belakang badan? Pengasuh ni manusia atau iblis? (sori ya) Saya doakan anak akak ok dan dilindungi Allah. Kepada pengasuhnya..............jaga-jaga jari tu. Nanti Allah bengkokkan baru tau.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam nurullee,
    Yes, they were. Masih tak tahu siapa yang lakukannya, tetapi saya percaya Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Berserah padaNya untuk menghukum kerana tiada siapa yang sanggup mengaku. Alhamdulillah Ikram sihat dan ceria, dah agak kurus sekarang kerana terlalu aktif bermain sehingga jarang tidur petang. Manja bukan main lagi, maklumlah tak lama lagi bakal mendapat adik pula :)

    ReplyDelete