"Teacher... bagaimana nak kahwin tanpa berkapel dulu? Mestilah bercinta dan kenal dulu, baru kahwin!"
Pelajar lelaki Tingkatan 4 itu meluahkan pendapatnya.
Saya tersenyum.
A ha.. perbincangan semakin hangat. Topik tentang cinta memang digemari remaja. Kebetulan pula pengajaran sajak B.Inggeris "He Had Such Quiet Eyes' mengisahkan akibat bagi gadis yang mudah percaya pada lelaki.
Riuhlah kelas dengan pendapat mereka.
Saya biarkan mereka berbincang.
"Perlukah berkapel dulu baru nak kahwin? Ingat, kalau berkapel iaitu tanpa sebarang perhubungan yang sah, tetap dikira haram dari segi agama Islam. Lagi-lagi kalau kamu berkapel, keluar ke sana ke mari tanpa niat untuk berkahwin," saya memberikan pendapat.
"Tapi kalau tak kapel, bagaimana nak kenal sama ada dia tu sesuai untuk kita atau tidak?" soal Suliman.
"Takkan kahwin dulu baru nak cinta!" komen Fauzi.
"Berkenalan memang boleh tetapi tak perlulah keluar berdating.. sebaik-baiknya bila dah suka, terus jumpa ibu bapanya minta restu dan terus nikah.. itu yang sebaiknya dan yang paling selamat.Ingat, antara dua ada yang ketiga iaitu syaitan sebagai penghasut. Kalau pegang-pegang, sentuh-sentuh nanti bertambahlah dosa kamu... sentuh anjing boleh samak, sentuh yang bukan mahram tetap haram sehingga kamu bertaubat."
"A la.. lecehlah camtu... tak best la." Fauzi menggelengkan kepalanya.
"Tak best? Kamu nak berkapel waktu sekolah, apa faedah yang kamu dapat? Buang duit bergayut dengan handfon, buang masa tak tidur malam, tipu mak bapa kononnya pergi tuisyen tapi rupa-rupanya pergi dating di shopping complex...syoknya kejap saja, bila dah break, kamu juga yang rugi.. makan tak lalu, mandi tak basah, sakit hati ada... lepas tu mai sekolah dengan muka monyok, nama sendiri pun dah tak ingat, betul tak?" saya mengusik mereka.
"Berkapel tu jadi kenangan, teacher..." Kamal menyampuk.
"Kenangan manis waktu sekolah patutnya bila kamu lulus cemerlang dalam periksa, baru seronok mak bapa kamu bila tengok result periksa.. berbaloilah pengorbanan mereka kerja susah untuk hantar kamu ke sekolah..takkan mereka nak seronok tau kamu dah pernah kapel dengan 3-4 anak dara orang, kemudian gagal SPM. "
"Kalau tak kapel camner nak tahu orang tu sesuai untuk kita ker tak?" tanya Suliman.
"Tunggulah sehingga kamu dah kerja dan mampu mendirikan rumah tangga. Masa tu bila dah bergaji besar, berkereta dan berumah besar, tak perlu nak cari awek, ramai yang akan beratur untuk berkenalan dengan kamu nanti. Ni tengah belajar lagi, dah nak kapel, belum bersedia untuk jadi suami orang.." nasihat saya.
"Camner teacher tau saya tak sedia?" kata Zamri.
"Boleh jadi imam? Kamu fikir jadi suami ni senang? Semua tanggungjawab kamu tanggung, nak bagi makan minum isteri dan anak, nak sediakan rumah, pakaian, dan kalau isteri berdosa kerana kamu tak pimpin, kamu juga tanggung dosa itu, tau..." saya ingatkan mereka.
"Beli susu anak dan pampers lagi.." sambung si Amin sambil mengangguk.
"Tau tak per," saya mengiyakan
"Kerja kilang gaji RM500 boleh la, teacher.. tak cukup duit makan pasir jer.." ujar Suliman.
"Pasir pun dah mahal, sayang!" kata saya.
Mereka ketawa terbahak-bahak.
Alahai remaja zaman sekarang.. susahnya nak nasihati mereka.. dan tak terima kasih kepada media massa terutamanya drama-drama di TV yang memaparkan kisah cinta remaja sebelum nikah.
best topik ni... kebanyakkan pelajar (muslim) tak tau kapel tu haram.. saya penah kena tuduh keluarkan fatwa pasal kapel.. but the end, alhamdulillah orang tu temui kebenaran.. hehee
ReplyDeletenice topik lah teacher!.. hehee
assalam.
ReplyDeletebenar kata2 ukhti Aliya.. biarlah cinta selapas berkahwin nescaya perkahwinan sebeginilah yg berterusan lebih lama. dan kalau sudah berkenan, teruslah suarakan niat hendak melamar. drpd membina dosa dan membuat Allah murka.. astaghfirullah.. azab pedih nnt. ana x sanggup..
salam
Maksud hadis
ReplyDeleteSyurga dihiasi benda2 yang dibenci nafsu, neraka pula dihiaskan dengan benda yg disukai nafsu.
Biarlah kita menjadi golongan ghuraba'(terasing). Berusaha mengamalkan islam dalam masyarakat yang semakin jauh dari suasana islam.
Moga kita diberi kekuatan oleh Allah untuk hidup di akhir zaman ini. Amin
salam kak aliya..
ReplyDeletesaya selalu baca tulisan kak liya...
banyak memberi pengajaran...
terutama tentang nikmat islam...
memang sy dilahirkan islam tapi hakikat keislaman saya baru saya rasa bila dah dewasa....
dan betapa bertuahnya saya bila dapat mengenali kak liya walaupun hanya melalui blog....kerana sekrang saya lebih faham tentang agama...nikmat islam yang sebenar...
kak liya,boleh tak saya nak share dengan kawan2 saya tulisan2 kak liya???untuk renungan bersama...
Macam tu jugak situasi saya dengan pelajar tingkatan 4 bila bincang poem "He Had Such Quiet Eyes". 90 minit rasa macam tak cukup sebab banyak hal yang anak2 ni tak tau. Paling tersentak bila saya cuba terangkan hal sebenar tentang hubungan yang dilarang Allah, selamba je depa cakap, "Ustazah tak habaq pun! ???
ReplyDeleteAssalamualaikum,kak liya..apa khabar?
ReplyDeleteberkapel ni memang haram,dan seeloknya bila dah bertemu jodoh ,teruslah suarakn hasrat pada ibu bapa..namun spt kata kak liya...kena bsedia pikul tanggungjawab...
"Ustazah tak habaq pun! ???"
ReplyDeleteapa maksud ini?
ada seorg kawan saya nie..dia dah terjebak dengan kapel nie..dia taw pe yg dia buat salah tapi dia tak tahu cmne nk break..sbb laki tu mmg tak nak tinggalkan dia..dia pernah nak putuskan hubungan mereka..tapi laki tu terus merayu..lagipun hubungan mereka dah dapat persetujuan keluarga masing-masing..kalau nak kahwin sekarang,mereka masih belajar..
ReplyDeleteboleh berikan pendapat?
@ 5a7005ea-65ad-11e0-8421-000bcdcb5194
ReplyDeletelebih baik putus shj (I know it's easier said than done but nothing is impossible
for Him) kalau x mampu nak putuskan hbgn, haruslah skrg2nya bertunang (ini bukan
maksud halal lagi ya^^). kalau x kahwin shj.. apa salah kahwin sementara masih
berkuliah? malah kalau fikir positif, ia boleh mmbantu anda lbh fokus di sekolah
sbb hal mencari pasangan sudah pun beres.. kan? ttp mmg x encourage utk biarkan
hbgn kapel berterusan. igt, jgn murkakan Allah. azabnya pedih skali nnt. sanggupkah
anda melanggari kata2Nya? hukum2Nya? jgn layankan emosi jiwa sgt.. anda x sanggup
melihat bf sedih hati? jadi anda sanggup x hadapi kemurkaanNya di hari kiamat?
tanyalah diri sendiri soalan ini.. bg ana, ana x sanggup memurkai Allah SWT yg
paling ana cintai.
assalam=)
Waalaikumussalam semua,
ReplyDeleteSheeda, biasalah.. sebab hari-hari disogokkan dengan drama/filem orang berkapel. Alhamdulillah, bagus sekali tindakan anda :P
joe, ameen.
ctiey ranieya, boleh saja..dipersilakan..segala puji kepada Allah swt
maktih,benar.. kalau mengajar bab literature terutama yg baru ni, masa memang tak cukup :)
Liana,ustazah tak habaq sebab mungkin tiada dalam sillabus P.Islam :)Kalau ikut sillabus BI pun tidak disuruh guru berbincang tentang berkapel, tetapi sebab dirasakan ada perkaitannya, maka dilakukan juga
Waalaikumussalam,
ReplyDeletenurain, setuju.. lebih baik nikah saja kalau semua pihak dah ok, tak perlu pun buat grand, yang penting keberkatanNya.
5a7005ea, kalau keluarga kedua-dua pihak dah restu, lebih baik nikah saja, jangan tangguh lagi sebab boleh mengundang masalah yang tidak diingini. Disyorkan solat istikarah. Masih belajar tidak bermakna tidak boleh berkahwin, yang penting masing-masing faham dan amalkan tanggungjawab sebagai suami dan isteri.Sudah ramai pasangan yang berkahwin semasa masih belajar dan berjaya dalam rumahtangga dan karier mereka.
Namun kalau lelaki itu masih belum bersedia membari komitmen, lebih baik berpisah.
Liana, ya.. saya setuju dengan pendapat anda :)
ReplyDelete