Assalamualaikum,
Saya mengandung 19 minggu dan mengidap hipertensen, kini menjalani rawatan pranatal di KK Seberang Jaya dan juga Klinik Pakar 1, Hospital Seberang Jaya. Saya dijadualkan melahirkan anak melalui pembedahan cesarean kerana komplikasi fibroid dan hipertensi.
Ketika melahirkan anak pertama melalui pembedahan dengan general anestesia di Hospital Seberang Jaya pada 24.5.2010, saya diasingkan daripada bayi selepas ia dilahirkan. Saya hanya diberi peluang menyusukan bayi sekali sahaja di bilik bedah sehinggalah ia dikembalikan kepada saya 17 jam kemudian dalam keadaan kenyang. Saya dan anak disahkan sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan selepas bersalin. Apabila saya bertanya kepada jururawat bertugas, mereka hanya memberitahu pengasingan ibu-anak kerana saya dalam keadaan lemah dan tidak boleh mendukung bayi untuk menyusu, dan saya masih dimasukkan drip. Keadaan pengasingan tersebut telah menyukarkan penyusuan susu ibu untuk bayi saya seterusnya selepas ia dikembalikan kepada saya kerana kekurangan body-contact dengan bayi saya. Saya juga tidak dibekalkan dengan breatpump oleh pihak hospital untuk membantu saya mengeluarkan susu badan untuk dibekalkan kepada anak.

Kini saya risau kerana berkemungkinan mengalami masalah serupa ketika melahirkan anak kedua. Saya ingin menyusukan anak sebaik sahaja ia dilahirkan. Setahu saya, polisi rooming-in adalah wajib untuk membantu ibu menyusukan anak. Mengapakah anak pertama saya itu perlu diasingkan hanya kerana saya dikatakan lemah untuk mendukung anak? Bukankah jururawat di wad 10 perlu membantu ibu-ibu untuk menyusukan anak?
Adakah polisi rooming-in hanya untuk ibu yang bersalin normal? Apakah pula polisi hospital untuk ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan cesarean?
Jawapan daripada pihak anda amat dihargai. Terima kasih.
Pn.Nur Aliya Yeoh bt Abdullah
Terima kasih kerana menggunakan Portal MyHEALTH.
Salam 1Malaysia.
Semasa di wad Post natal (wad selepas bersalin) pula, memandangkan Puan mengidap darah tinggi adalah tidak wajar memberi bayi kepada puan untuk penyusuan seandainya tekanan darah puan belum stabil. Ibu yang melahirkan melalui pembedahan general anestesia memerlukan ruang yang mencukupi sebelum sedar sepenuhnya dari kesan general anestesia. Drip yang diberikan kepada puan mungkin mengandungi ubat untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Kesihatan ibu juga harus diambil perhatian/dipentingkan kerana tekanan darah diharapkan akan turun apabila ibu mendapat rehat yang mencukupi.
Sepatutnya jururawat yang menjaga wad membantu ibu menyusukan bayi dalam masa 6 jam pertama, tetapi ia tetap bergantung keadaan kesihatan ibu. Kekangan kerja dan bilangan kakitangan dalam wad juga harus diambil kira kerana kebanyakan Hospital Kerajaan tidak dapat menyediakan perkhidmatan 1 jururawat kepada 1 pesakit. Walaubagaimana pun kami mencadangkan puan berbincang dengan jururawat menjaga wad post natal/atau breast feeding nurse wad berkenaan, untuk mengelakkan masalah berulang untuk kebaikan bersama.
MyHEALTH
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itulah surat emel yang saya hantar pada 6 Mac ke Kementerian Kesihatan melalui portal MyHealth.
Alhamdulillah mereka membalas dengan cepat [syabas] dan saya terima jawapan emel pada 7 Mac.
Hmmm, nampaknya isu ini masih belum selesai, dan saya perlu berbincang dengan doktor pakar [gyneacologist] hospital berkenaan sebelum saya masuk wad untuk bersalin secara cesarean pada bulan Julai nanti [insyaAllah]. Saya juga berbincang dengan ketua jururawat di Wad 10 serta pakar bius yang bertugas semasa pembedahan saya. Terpaksa bertegas pula dalam isu ini.
Apa nak buat, saya sukar nak menjalani rawatan di hospital swasta kerana mengandung berisiko tinggi. Lagipun sebagai penjawat awam, rasanya tidak berbaloi jika ke hospital swasta, kemudian masih dihantar ke hospital kerajaan jikalau berlaku sebarang komplikasi semasa bersalin.
Hanya mampu berdoa untuk yang terbaik untuk anak dan diri saya sendiri, dan semoga segala urusan dipermudahkanNya kelak.
Pagi tadi semsa membuat scanning, doktor pakar yan memeriksa saya berkata," Umur 40 tahun ni berisiko 200 dalam 1000 untuk mendapat anak Down Syndrome. Tapi scan begini tak dapat kesan. Kalau Aliya nak, boleh jalani ujian ambil sampel air ketuban di Hospital Pulau Pinang. Kos RM500 sebab sampel akan dihantar ke KL. Aliya nak buat?"
Saya senyum padanya. "Tak nak la, kalau ada pun, nak buat camner? Tambah tensen pula nanti."
RM500? Ahhh... lebih baik digunakan untuk membeli barang keperluan baby nombor 2 ini nanti.Belum shopping kerana belum tahu jantina lagi.
Saya dan suami berserah kepada Allah swt.
Teringat ketika menyambut kelahiran 3 anak(1 kembar dan ketiganya seorg). Soalan saya
ReplyDelete- kenapakah bapa bayi tersebut tak dibenarkan mengazankan seketika bayi tersebut sebaik saja dilahirkan.
- apa perlunya selang masa yg lama(sampai berjam-jam) sebelum dibenarkan rooming in?
- kenapakah dibenarkan doktor pelatih hingga 4-5 org sekali dibenarkan melihat aurat pesakit. Aurat yg khusus untuk suaminya atau darurat sahaja. Dialami sendiri oleh isteri saya
Dah sampai masanya Menteri Kesihatan dari org islam? Tentunya yg menitik beratkan ttg islam.Atau dilantik panel syariah kementerian ini? Meneliti perkara ini dan mencadangkan penyelesaian secara islam.
InsyaAllah, Aliya dan baby akan baik2 sahaja. Kakcik juga melahirkan anak bongsu di usia 40 tahun. Sekarang dia sudah hampir 10 tahun (hanya berselang 15 hari dengan tarikh lahir kakcik). Alhamdulillah - sihat dan cergas seperti anak2 lain seusianya. Anak kakcik itu juga dilahirkan melalui pembedahan. :)
ReplyDelete