Kasihan dia. Dateline menjelang tiba. Syukur segala urusan berjalan lancar. Saya akhirnya menjawab emel sebelum tarikh yang diberi.
Hasilnya?
Ni ha... terkejut juga apabila diberitahu sudah diterbitkan.
Lagi terkejut apabila mendapati gambar saya dan Ikram di muka depan majalah. Tak dijangka, kerana jarang sekali gambar kolum Hidayah dipaparkan di muka depan.
Aduh, habislah... satu Malaysia nampak. Syukurlah Ikram masih terlalu kecil untuk sedar dirinya di muka majalah. :)
Aduh, saya buat selamba saja ketika membelinya di kedai buku petang tadi. Mungkin kerana sekarang saya bercermin mata (tak sempat nak makai contact lens semenjak kelahiran Ikram), jurujual kurang perasan ketika urusan jual-beli :P
Niat untuk dakwah, bukan nak glamor.. apatah lagi untuk jadi famous.Tapi mungkin itulah yang perlu dihadapi apabila gambar sendiri dah masuk muka depan majalah.
Apa-apa pun, seperti kata suami,"Serah pada Allah.. Dia yang menentukan segalanya."
Hmmm.. komen saya selepas membacanya?
Ok la.. tak banyak jawapan saya yang diedit walaupun ada sedikit kesilapan teknikal.
Nak tau selanjutnya, perlulah baca sendiri :)
Assalamualaikum Aliya! Wah! Salam Tahniah dari hamba! Tumpang bersyukur kerna ahli MBA sudah diberi pengiktirafan dunia media cetak! Lepas ni bolehlah I hantar krew kamera buat video shoot pulak! Congrats Cikgu! Maju terus demi Islam!
ReplyDeleteboleh di dapati online tak? singapore saya rasa takde..
ReplyDeletemoga apa yang dikongsikan nanti...memberikan pengajaran buat insan lain..insyaAllah...good luck yea sis!!
ReplyDeleteWaalaikumussalam sifu,
ReplyDeleteTerima kasih, semuanya kehendak Allah jua. InsyaAllah, semoga bermanfaat dan berbarakah kepada yang membacanya.
Ahhh segan la, video saja si Ikram tu, umminya tak perlulah, hehehe :)
Edz Lee,
ReplyDeleteTak dapat online, tapi boleh hubungi pihak editor majalah i.
nurain vivian,
ReplyDeleteInsyaAllah, i hope so too :)
rasanya sampai masa i ambik copyright untuk gambar tu?
ReplyDeletebila nak bayar? hehe
hahahaa.. tak sangka pun gambar itu juga yang jadi popular, jurukameranya hebat.. belanja KFC/ pizza hut ok tak?
ReplyDeletegambar tu bukan calang calang kualiti. lensa RM 7000 pun kena ada skill baru boleh dapat hehe. pizza hut? murah sangat. sudah jadi star glamour, kena mahal sikit.
ReplyDeletei rasa macam CNY angpow kurang sikit hehe.
Ya la tu..masuk buku 555 macam biasa le.. Angpow? Dah besar la, bila pula u nak bagi angpow untuk anak-anak saya :P
ReplyDeletebuku 555 dah old style. skarang i pakai online interbank account haha.
ReplyDelete