Saturday, March 12

KELUAR MAKAN DENGAN MAK

"Nak makan apa?" saya tanya Mak saya. Kami masih di rumahnya.Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.
"Makan nasi dengan lauk di kedai makan hujung sana, boleh?" jawab Mak.
Saya mengangguk, faham kedai mana yang Mak maksudkan. Terdapat 2 buah kedai makanan Cina dekat dengan rumah Mak, tetapi dia sering ke kedai hujung untuk membeli makanan tengah hari apabila tidak mahu memasak. Katanya makanan di kedai hujung itu lebih murah dan lebih banyak pilihan.
Saya memandu kereta ke sana dengan Mak dan Ikram.
"Mak belilah apa yang Mak nak makan. Saya tak lapar, masih ada roti yang dibawa dari rumah," saya beritahu Mak.
Saya mendukung Ikram sambil duduk di sebuah meja di dalam kedai makan tersebut. Pelanggan memang ramai kerana ia popular di kalangan pekerja kilang. Mereka akan singgah makan di situ pada waktu rehat. Rata-ratanya pelanggan berbangsa Cina.
"Nak minum apa?" tanya pelayan dalam Bahasa Melayu.
"Bagi air kotak kekwa sejuk," saya menjawab dalam Bahasa Hokkien.
Dia agak terkejut [maklumlah saya bertudung] lalu pergi mendapatkan minuman saya.
"Siapa ni? Kawan awak?" taukeh kedai menegur Mak.
"Ni anak perempuan saya..dan cucu saya," jawab Mak dengan spontan dalam Bahasa Hokkien.
"Oh, comel sekali cucu awak," kata taukeh itu sambil memandang Ikram untuk kali kedua.
Saya hanya senyum padanya.
Alhamdulillah, Mak semakin relaks apabila keluar dengan saya. Dia nampaknya tidak kisah akan reaksi orang ramai apabila mereka bertanya tentang identiti saya, yang bertudung.
Mungkin ada orang Islam yang tidak selesa apabila melihat Muslim yang duduk di kedai makanan tidak halal. Bagi saya, itu terpulang kepada niat masing-masing. Kalau jelas ke sana untuk menikmati hidangan yang tidak halal, memang berdosa. Tapi saya menemani ibu sendiri yang bukan Islam yang mahu makan tengah hari di situ, dan saya sendiri tidak menjamah apa-apa makanan di situ. Takkan pula setiap kali saya bersama Mak, kami perlu ke kedai Melayu padahal Mak sendiri mahu merasa makanan Cina. Tak boleh paksa mereka begitu semata-mata kerana saya sudah beragama Islam. Kalau asyik bertegas menolak untuk menemani ahli keluarga terutama ibu bapa semata-mata kerana sendiri tidak lagi makan [makanan tidak halal] seperti mereka, bukankah itu hanya merenggangkan siratulrahim? Kasihan pula kalau Mak sendiri terpaksa berjalan ke kedai semata-mata kerana saya sudah tidak boleh makan di situ. Bagi saya, kalau nak berdakwah pun, lebih baik secara lembut supaya Mak tak kecil hati.
"Tak nak makan apa-apakah? Laksa dan Chee Cheong Fun di gerai tu sedap juga, rasa-rasanya tak ada unsur babi," kata Mak yang tahu itu makanan kegemaran saya.
"Tak apalah, masih kenyang lagi sebab makan banyak di rumah," saya memberi alasan sambil tersenyum.
Ikram menepuk-nepuk meja makan kerana mulai bosan. Jelingan mata para pelanggan lain pada kami tidak dihiraukan. Mak terus makan dengan berselera. Saya pula bersyukur kerana semenjak memeluk Islam, tidak teringin untuk makan lagi makanan yang tidak halal. Mudah untuk mengelak walaupun ia kelihatan di depan mata. Alhamdulillah..
Selesai makan, kami pun beredar dari situ.

13 comments:

  1. Elok lah apa yang telah puan lakukan.. saya setuju seratus peratus.. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. I do so too :) totally understand your point kak

    ReplyDelete
  3. Persepsi awam memang lumrah. Namun jika kita berniat untuk berdakwah silakan saja. Namun halal haram hendaklah dijaga.
    Sepertimana Hasan Al Bana berdakwah di kelab malam

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    Ibu bapa saya masih berasa kurang senang walaupun pernah mengajak dia makan Pizzahut bersama isteri dan anak saya. Mungkin itulah ujian buat saya sekeluarga..

    Bagaimanapun saya masih belum cuba teman makan dengan mak di kedai cina kerana mak saya tentu terasa saya tidak makan di depan dia..

    ReplyDelete
  5. Untuk menjaga hati dan perasaan kedua-dua ibubapa saya, setiap kali saya pulang ke rumah, saya mesti makan dan masak di rumah (dan kadang-kala kami makan kedai cina), DENGAN SYARAT memang saya tidak makan daging babi... I know where I stand and know my limitation... Though I'm in dilemma, they are still my parents and I must assure them that I'm still their daughter even though I'm a Muslimah...

    Nak sejukkan hati ibu agar dia akan terbuka hatinya untuk berjumpa dengan suami saya...

    :(

    ReplyDelete
  6. @SophiAquellah your parents haven't met your husband yet?

    @Aliya: tapi kalau makan benda yang x menggunakan makanan x halal di kedai cina, salah kah? saya berdosa ke kalau makan laksa atau chee cheong fun? sbb mmg laksa dan ccf x menggunakan babi dalam masakannya. untuk saya, mak ayah masih tidak tahu saya seorang muslim. mereka cuma tahu bhw saya tidak menggemari daging babi. please advise on this matter. shukran jazilan. salam

    ReplyDelete
  7. nice entry kak.
    buat masa ni, ain tiada masalah keluar makan bersama keluarga kerana parents ain juga amat menghormati kita yg beragama Islam.

    the only thing is, pandangan orang sekeliling, tidak kiralah yg muslim/non muslim.

    apapun, ain percaya bdakwah secara plahan-lahan dan blemah lembut adalah lebih baik drp terlalu drastik...

    ReplyDelete
  8. salam.. ingatkan ana dah komen kat sini tp xde pula.. ana nak tanya, kalau makanan cina yang x berunsurkan babi/ayam seperti laksa/chee cheong fun/dll, tp dijual di kedai cina, salahkah (dosakah) ana makan di sana?

    keluarga ana xtau lagi ana dah muslim..hmm

    pls advise! shukran!

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam semua,
    Maaf, baru-baru ini saya terpaksa memantau komen yang masuk kerana ada komen yang kurang elok untuk dipaparkan di sini.
    Wan Sharif, Fatihah.. terima kasih atas sokongan anda.
    joe, setuju.
    Ikhwan, kesabaran itu penting apabila berkeluargakan bukan Muslim. Berikan masa kerana mungkin mereka segan dilihat makn bersama 'orang Melayu'.Boleh makan makanan yang halal juga seperti kek, roti dan buah-buahan, bukan?
    SophiaAquellah, agree with your actions. It's not easy to get along with your family members after you've reverted to Islam, and one 'wrong move' in their eyes can create a lot of problems in your relationships with them. Patience is the key, and I know you'll succeed oen day, insyaAllah. Doa and lots of solat hajat, k.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam nurain & Liana,
    nurain, biar sahaja apa pandangan orang pada kita..bukan boleh dibawa ke syurga pun, yang penting kita ok pada pandangan Allah swt. Ya, lemah lembut itu lebih baik, insyaAllah.
    Liana, mungkin bagi born-Muslim mereka akan katakan itu adalah tetap salah kerana tidak pasti sama ada perkakas yang digunakan telah digunakan untuk isi makanan tidak halal. Tapi setahu saya, isu itu pun masih dibahaskan oleh alim ulama. Saya mengambil jalan sederhana, dengan bertanya dengan pembuatnya sendiri sama ada mereka gunakan untuk makanan lain. Jika yakin 100% makanan itu boleh dimakan dan tiada bahan yang boleh memudaratkan, ambil saja jikalau tiada alternatif lain ketika itu.
    Bukan mudah ketika masih menjadi 'underground Muslim' yang keIslamannya masih dirahsiakan, dan perlu keluar makan dengan keluarga bukan Islam. Oleh itu, tindakan Liana patut dipuji kerana masih berusaha mengelakkan makanan haram. Semoga Allah swt kuatkan iman Liana dan permudahkan untuk memberitahu mereka kelak.

    ReplyDelete
  11. salam alaiki kak Aliya,

    shukran jazilan sudi menjawab dgn detail walaupun kak Aliya sgt sibuk.. shukran untuk doa dan atas sokongan kak Aliya.. mmg susah sbb nak kenakan hijab juga x boleh selagi keluarga tidak tahu. Liana berdoa almost setiap kali solat supaya Allah membuka hati keluargaku untuk bisa menerima ana sbg seorng Muslim. BUat masa skrg, mmg mereka x ready langsung sbb pandangan mereka terhadap Islam sgtlah negatif (just like the way I despised Islam before I learned bout it).

    dah hampir 2 tahun ana rahsiakan kak Aliya.. ana makin resah sbb nnt summer holiday ana kena balik malaysia dan kali ini bulan ramadhan makin awal dan macam mana ana nak puasa di rumah..? ana masih buntu pasal dilema itu.. astaghfirullahaladzim.. moga Allah permudahkan dan memberiku petunjuk..

    kalau ada cdgn amatlah ana hargai.

    Salam fillah

    Liana C.

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam Liana,
    Alhamdulillah kerana Liana insan pilihan yang bertuah kerana menemui Nur Islam. InsyaAllah terus yakin dengan janji-janjiNya bahwa satu hari nanti, Liana akan dapat hidup bahagia dan bebas sebagai Muslimah.
    Sbar, sabar dan sabar. Itulah yang susah tetapi perlu dilakukan. Pilihlah yang terbaik selagi ia tidak memudaratkan. Keadaan seperti darurat membolehkan seorang mualaf untuk membayar fidyah jika tidak dapat berpuasa atas sebab2 tertentu, tetapi digalakkan berpuasa. Hanya Liana yang dapat membuat keputusan terbaik dalam hal ini. Allah Maha Mengetahui dan Sebaik-baik Perancang.

    ReplyDelete
  13. jzkk membantu ana kak Aliya.. moga Allah merahmati kak Aliya selalu..

    ana akan doa kepadaNya slalu agar diberi petunjuk untuk mengambil keputusan yg terbaik bergantung kpd situasi.

    salam syg fillah

    ReplyDelete