Saturday, June 5

PANTANG SELEPAS BERSALIN

Nurse Imah mengucapkan salam di depan pintu rumah.

"Waalaikumussalam. Jemputlah masuk,"saya mempersilakannya.

"Sini ada orang baru bersalinkah? Mana dia?" tanya Nurse Imah.

"Sayalah orangnya," saya menjawab.

Dia kelihatan terkejut.

"Biaq betul! Kak ni tak nampak macam orang lepas bersalin! Relaks aje jalan.."

Saya ketawa.

"Bagaimanakah rupanya orang yang baru lepas bersalin?"



Alhamdulillah saya cergas selepas bersalin. Jururawat yang memeriksa saya pula yang naik risau kerana kata mereka, saya 'terlalu cergas'. Tak nampak macam orang yang baru menjalani pembedahan cesarean. Setiap hari ada seorang jururawat yang menziarah ke rumah untuk mengambil bacaan tekanan darah saya yang agak tinggi.

Pernah sekali pada minggu lalu,oleh kerana bacaan BP yang dikatakan bahaya [150/100] saya dikejarkan ke hospital dalam ambulans.
Sesampainya di hospital, doktor cuba menasihatkan saya supaya masuk wad. Saya membantah.
"Mengapa tak nak masuk wad, kak?" tanya Dr Sazali.
"Tak nak lah.. makanan wad tak sedap, boring, tak ada astro, tak ada internet.. lagi tensen! saya nak makan ikan haruan masak halia dan minyak bijan, teh herba, mandi herba di rumah," saya tersenyum. "Doktor,saya nak balikkkkk!!"
Dr Sazali ketawa, dia gagal memberi kaunseling kepada saya.
Dr. Jeevah bertanya,"Awak cikgu kan? Bagaimana pelajar awak tahan dengan telatah awak?" setelah saya berulang kali menekankan bahawa saya nak balik rumah dan enggan masuk wad.
Akhirnya saya dibenarkan pulang dengan bekalan ubat dan nasihat doktor pakar.

Syukur pada Allah SWT yang memberi kesihatan yang baik kepada saya. Walaupun tekanan darah masih perlu dikawal, saya tiada masalah lain. sakit akibat pembedahan cesarean terasa sekali-sekala tetapi tidak mengganggu aktiviti harian. Cuma lukanya masih belumsembuh sepenuhnya. Dapatlah saya menguruskan Ikram siang malam dengan bantuan adik-adik/Mama angkat dan Ibu angkat Ikram. Ikram kuat menyusu.



Mak telefon.
"Awak jangan mandi dan basuh rambut tau,nanti masuk angin!" katanya.
"Hahaha.. dah terlambat. saya mula mandi pada hari ke5 lepas bersalin, guna mandian herba," saya menjawab.
'Awak ni la... tak jaga pantang!" tegur Mak yang masih berpendapat ibu lepas bersalin tidak boleh mandi untuk bebrapa minggu, apatah lagi membasuh rambut. Syukur, dia tidak melihat saya berkaki ayam dan hanya berbaju lengan pendek pada waktu tengah hari. Kalau tidak sudah tentu saya disuruh untuk memakai jaket tebal [dalam cuaca panas, aduh] dan bersarung kaki.

Alhamdulillah, saya tidak kisah makan makanan khas untuk ibu yang berpantang. Makanan berhalia menjadi menu tetap. Rindunya pada nasi lemak, char koay teow, milo ais, dan telur goreng, huhu. Ditambah dengan pati ikan haruan yang diminum terus dari botolnya, untuk merawat luka cesarean. Set bersalin yang dihadiahkan oleh suami memang lengkap, cuma saya yang masih menggunakan kesemuanya lagi.

Kadang-kadang pantang larang Melayu dan Cina berlainan. Melayu ada ikan kering, Cina banyak sup herba. Melayu berbengkung dan mengurut, Cina tiada. Melayu kata boleh minum air, Cina suruh minum hanya rebusan air longan kering dan kurma merah. Cina melarang mandi tetapi Melayu menyediakan air mandian herba. Ibu-ibu Melayu berpantang 44 hari, ibu Cina berpantang 30 hari.
Aqiqah dan adat mencukur rambut diadakan pada hari ke7 untuk anak Melayu Islam.
Keraian majlis 'cukup bulan' diadakan pada hari ke30 kelahiran anak, menandakan bayi itu sudah sihat dan kuat untuk diziarahi tetamu.

Saya?
Memang pening, hehehe... tetapi saya lakukan ikut kesesuaian, bukan terlalu ikut adat.


5 comments:

  1. hehehe...sangat kelakar tp mmg btolla adat setiap kaum tu lain... mmg btol kena ikut kesesuaian dan x bercanggah dengan agama...

    apepon tahniah dengan kehadiran org baru...

    ReplyDelete
  2. Salam aliya, akak ni dulu masa dalam pantang anak pertama dan kedua balik rumah mertua, macam-macam petua kena ikut... bila melahirkan anak ketiga ibu mertua dah meninggal, teringat-ingat pulak semua pesanan dia. Tak salah kalau ikutkan mana yang sesuai, semua tu kan untuk kita jugak! Al Fatihah buat almarhum ibu mertua tercinta..

    ReplyDelete
  3. Salam Sister Aliya

    Alhamdulilah Kak Aliya sihat dan cergas :)

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum k aliya :)

    sronok dgr celoteh akak ttg berpantang..haha macam2 ek. tersenyum je sy yg xkawen lg ni bc..hee~ tp ma sy kate,kita ni mmg la xde rasa ape now ni kak (after bersalin),tp nnt tua2 nnt, macam2 masalah kalu kita x jaga diri..aset jangka masa panjang kata org..huhu dats y org dulu2 sgt menjaga pantang ketika lepas bersalin..n badan solid molid lg even da veteren. *wink

    bb ikram sihat kak?

    ReplyDelete
  5. salam

    pantang dalam adat cina mungkin kadang2 mmg nampak mcm tidak masuk akal. tapi in the long run, you will see the effect. pantang larang dalam cina mmg ada sebabnya. kalau melayu wallahu alam, saya tidak tahu.

    kak aliya mmg pure cina. kalau pernah didedahkan dengan pantang larang utk ibu lpas bersalin, patutnya akak akan tahu apa kegunaan pantang2 nye. saya rasa, baik akak ikut kata2 ibu kak aliya selagi mana xbercanggah dengan syarak. mcm arak manis tu jgnlah minum. kak aliya lagi arif dalam bab2 ini inshaAllah.

    slmt mendpt baby baru!!

    ReplyDelete