Saturday, June 19

HADIAH

"Ibu.. tadi ada lelaki hantar barang," kata Bibik sebaik sahaja saya pulang ke rumah dari kedai stokis HPA. [saya mula memandu dari hari ke18 selepas bersalin :P]
"Barang apa?" saya kehairanan.
MasyaAllah! Kelihatan sebuah bungkusan yang dibaluti kertas hadiah di atas katil.
Hadiah istimewa untuk Ikram, dikirim dari Pontian oleh Humyrah. Terima kasih banyak-banyak! Susah payah hantar ke sini.
Semoga Allah murahkan rezeki Humyrah dan berkatinya dengan seorang baby yang comel dan sihat sempurna kelak, ameen.
Alhamdulillah, set pakaian itu sesuai untuk si Ikram. Syukur, bertambahlah koleksi pakaiannya. Maklumlah anak pertama, semua perlu disediakan, hehehe.. boleh'pokai' abah umminya :P

Poh Poh Ikram [mak saya] turut memberinya hadiah pakaian tetapi sebaik saja saya melihatnya, saya ketawa besar. Masakan tidak, saiz besar untuk budak 18 bulan, sedangkan Ikram belum pun berumur sebulan! Kalau Ikram pakai sekarang, baju akan sampai ke hujung kaki, hahaha.. Poh Poh nak cucunya cepat membesar agaknya.

Ikram demam sedikit hari ini, oleh itu dia agak meragam.
Mungkin kerana rindukan Bibik, yang sudah pulang semula ke rumah tuannya. Kini tinggal saya seorang sahaja di rumah menguruskan keperluan Ikram, dan dibantu oleh suami.

nota:
pesan suami, jangan asyik tulis tentang anak saja, nanti orang bosan baca.. yakah?

6 comments:

  1. Salam Aliya, memang betul pilihan Poh Poh Ikram tu. Budak baru lahir ni cepat membesar, kalau beli saiz 'new born' alamatnya lepas pantang dah tak boleh pakai.

    ReplyDelete
  2. kak aliya, mana tahu saya yang hantar ya? saya rasa tak ada pula nama 'humyrah' diletakkan pada parcel. Hmm..

    ohya, maaflah kalau wrapper tak sesuai dgn tema. hehe.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam hamim,
    Oleh kerana ramai orang yang meramalkan bayi dalam kandungan saya itu akan bersaiz besar lebih 3.5kg, saya pun belilah baju bersaiz untuk baby 3-6 bulan, lahir-lahir Ikram bersaiz kecil, hehehe. Alhamdulillah, dapatlah pakai dengan tempoh lama baju-baju dia kerana semua besar-besar :)

    ReplyDelete
  4. Salam Humyrah,
    hehehe... tak ramai kawan saya yang beralamatkan Pontian, Johor. Tak apa, tetap cantik dan menawan seperti pengirimnya :D
    Terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  5. "pesan suami, jangan asyik tulis tentang anak saja, nanti orang bosan baca.. yakah?"

    Sebenarnya saya memang suka sangat baca pasal baby. Tak sabar rasanya nak ada baby sendiri.

    ReplyDelete
  6. Sarah,
    InsyaAllah, akan diberikanNya anak kepada anda apabila tiba masanya. Membesarkan dan mendidik anak menjadi seorang Muslim yang baik merupakan satu amanah dan tugas yang berat tetapi istimewa.

    ReplyDelete