Tuesday, June 15

BIBIK

"Mahukah Bibik tinggal dengan saya? Tak bosankah dia nanti?"
Saya risau. Maklumlah seumur hidup saya, inilah kali pertama saya mendapat orang gaji atau lebih dikenali sebagai Bibik[yang bermaksud makcik dalam bahasa Indonesia] untuk membantu saya mengasuh anak dalam tempoh pantang.
Bibik dipinjamkan oleh ustaz, bapa angkat Ikram, sepanjang cuti sekolah ini.
Bibik bertugas mengemas asrama pelajar di sekolah tahfiz Ustaz.

Syukur alhamdulillah. Bibik yang berumur 42 tahun itu mudah menyesuaikan diri. Dia sayangkan Ikram, yang mengingatkannya pada anak dan cucunya di Indonesia.
Semenjak datang ke rumah, Bibik banyak membantu kerja saya.
Rumah dibersih dan dikemaskannya.
Tingkap dan kipas angin dilapnya.
Nasi dan lauk dimasaknya.
Ikram dimandikannya.
Kain baju dibasuh, dijemiur dan dilipatnya.
Bibik juga menutup aurat di dalam rumah apabila suami saya ada.
Saya tidak pernah mengarahkannya membuat kerja rumah. Bibik mencari kerja untuk dilakukan. Malah saya naik risau apabila melihat Bibik bersungguh-sungguh bekerja membersihkan rumah yang telah saya tinggalkan selama seminggu selepas bersalin. Takut dia keletihan.

Bibik sering bercerita. Dikongsinya kish sedih kehidupannya di Indonesia yang akhirnya memaks dia datang ke Malaysia untuk bekerja, dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil dengan saudara mara. Dia akan menangis mengesat air mata sambil bercerita.
Saya hanya mampu mengangguk mendengar ceritanya di samping menasihatinya agar bersabar dan banyak berdoa. Serngkali saya kurang memahami bahasa percakapannya. Begitu juga, dia perlu dipantau kerana ada kalanya dia kurang memahami permintaan saya.

Kehadiran Bibik yang tidak disangka ini adalah rahmat bagi kami sekeluarga. Bibik rajin, bersih dan jujur. Saya dapat berehat seketika ketika Bibik mengasuh Ikram. Suami pula tidak perlu risau meninggalkan saya di rumah dengan anak kerana Bibik boleh diharap.
Adanya Bibik di rumah juga mendedahkan kepada saya akan keadaan susah di Indonesia yang memaksa ramai wanita ke sini sebagai pembantu rumah. Ada kalanya mereka manjadi mangsa keadaan. Seringkali mereka juga ditipu majikan yang mengurangkan gaji mereka tanpa alasan munasabah. Wang hasil tutik peluh mereka yang dikirm ke kampung pula ada yang habis digunakan oleh suami yang berkahwin lain atau oleh anak menantu yang tidak mengenang budi.
Kasihan mereka.

"Apabila Bibik pulang nanti, Ibu jangan buat kerja berat-berat... banyak berehat jugak," pesan Bibik kepada saya.

Nampaknya bukan Ikram seorang yang akan merindui Bibik yang mengasuhnya apabila Bibik pulang ke rumah majikannya pada hujung minggu ini, bahkan saya juga akan kehilangan seorang teman yang baik. Semoga Allah SWT memberkati Bibik dan mempermudahkan urusannya dunia akhirat.

4 comments:

  1. amiin.memang manusia akan jadi mulia kerana akhlak dan budinya,bukan kerana harta atau pangkat dia.

    ReplyDelete
  2. dulu pembantu rumah kami bekerja dengan keluarga kami lebih 10 tahun. skrg dia dah berkahwin dan ada anak 1, sudah tak bekerja lagi. tiap 2 mggu pasti akan bertelefon, sebab rindu. kdg2 sedih tgk org yg layan pembantu rumah macam hamba, padahal mereka sepatutnya jd mcm keluarga sendiri, yg membantu kita buat kerja di rumah. tgh berusaha nak dapatkan dia PR malaysia. =)

    ReplyDelete
  3. benar, kalau kita cuba mendengar luahan mereka, kita akan faham. cuba kita ada di tempat mereka yg rata-rata hidup susah, terpaksa berjauhan dari keluarga dan sebagainya.

    moga mereka mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur.

    ReplyDelete