"Aliya, minta tolong sikit..."
Hati saya gelisah. Sedih. Masakan tidak, sudah beberapa kes yang dirujuk kepada saya secara tidak langsung, sudah dalam tahap kritikal. Hampir tidak boleh dibuat apa-apa lagi melainkan berdoa. Kisah rumahtangga yang melibatkan saudara baru/mualaf yang hampir runtuh. Kes mereka yang diabaikan, serta mereka yang sudah diceraikan oleh suami maisng-masing dan hidup terumbang-ambing tanpa bantuan dan bimbingan saudara seIslam. Kisah mereka yang hendak kembali ke agama asal kerana tiada sokongan dan bantuan yang sewajarnya.
Saya tidak pasti sama ada Jabatan Agama Islam ada pegawai yang mengendalikan kes saudara baru wanita yang telah diceraikan suami, dan menjadi ibu tunggal.
Selamatkah akidah mereka selepas diceraikan oleh suami? Siapa yang ambil berat? Siapa yang membantu? Siapa yang peduli?
Saya sudah banyak kali mengingatkan, kalau hendak mengahwini wanita mualaf, perlulah bersedia dan melengkapkan diri dengan pengetahuan agama Islam yang secukupnya. Buat bekalan untuk mengharungi alam rumahtangga yang lebih mencabar.
Kalau yang beristerikan wanita sebangsa dan seagama pun ada yang sering berselisih faham, apatah lagi mereka yang beristerikan wanita yang baru mengenali Islam dan cara hidup Islam, dan yang telah dibesarkan dalam suasana budaya yang lain.
Cabaran untuk suami sudah tentu berlipat ganda.
Ramai yang beriya-iya menikahi wanita mualaf, terutama yang berketurunan Cina, mungkin kerana mereka berkulit cerah.
Nak bimbing. Kasihan. Kerana cinta. Kerana Allah. Semua alasan itu memang boleh diterima. Yalah, siapa yang tak mahu merebut peluang mendapat pahala kerana membimbing dan menyelamatkan akidah seorang wanita mualaf dengan menikahinya?
Tapi awas!
Sabarkah anda apabila si isteri mempamerkan kelemahannya yang tidak disedari sebelum bernikah?
Mampukah anda membimbingnya, mengajarnya dengan penuh kesabaran untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran tatkala lidahnya sudah keras untuk menyebut ayat-ayat dalam bahasa Arab dengan fasih?
Bolehkah anda terus memberinya sokongan moral dan nasihat dengan lemah lembut ketika orang di kiri kanan anda mencemuhnya kerana melanggar budaya dan adat resam keluarga anda? Atau adakah anda bakal memarahinya sahaja kerana telah menjatuhkan air muka anda di hadapan keluarga dan mempamerkan kelemahan anda membimbingnya?
Fahamkah anda akan kekosongan jiwa yang dirasai setiap kali tibanya hari perayaan yang pernah disambutnya bersama keluarganya sendiri [yang telah membuangnya] sebelum dia memeluk Islam? Atau adakah anda hanya akan berkata,"Itu perayaan jahiliah, mengapa nak dikenangkan lagi? Sudah haram kita orang Islam menyambutnya!"
Sudahkah anda memberinya nafkah dan segala keperluan yang mencukupi sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam [pakaian, tempat tinggal dan perlindungan]?
Cakap memang mudah..
"Saya mampu!"
"Saya boleh!"
"Kami nak kahwin kerana saling mencintai."
"Dah jodoh kami."
Hakikatnya, anda akan menerima satu pakej penuh misteri. Bukan semua lelaki bergelar suami akan diberi amanah itu. Isteri yang bergelar saudara baru adalah satu amanah khas dari Allah SWT untuk lelaki pilihan. Si suami bukan sahaja perlu memberikan kasih sayang kepadanya bahkan perlu menjaga, mengajar dan membimbing isterinya itu untuk mengenal dan mencintai Allah.
"Saya dah fed-up!"
"Dia degil, tak mahu dengar cakap!"
"Keluarga saya tidak dapat menerimanya."
Setelah bersama sekian lama, akhirnya si suami merungut apabila isteri yang dinikahinya itu masih gagal memenuhi kehendaknya, masih gagal dibentuk mengikut acuan si suami, masih degil dan suka memprotes arahan si suami.
Si isteri disalahkan kerana masih gagal mempelajari adat dan budaya orang Melayu si suami.
Si isteri dimarahi kerana dianggap kurang sopan ketika berbicara.
Si isteri ditegur kerana gagal memasak mengikut kehendak dan citarasa suami.
Semua salah isteri.
Suami yang dahulunya mendakwa berkahwin kerana mahu membimbing isteri akhirnya lupa akan janji-janjinya. Lupa pada janji untuk menjaga. Lupa pada janji untuk membimbing. Lupa pada kebaikan isteri padanya. Yang dilihat hanya kelemahan isteri. Yang dirasai adalah marah yang meluap-luap kerana isteri 'melawan'.
Akhirnya lafaz talak diucapkan. Suami mengambil jalan mudah - bercerai.
Pergilah suami. Dia tidak stres, kerana dilepaskannya seorang isteri, empat yang lain boleh mengisi tempatnya.
Si isteri pula dalam keadaan terkejut.
Ke manakah harus dituju? Nak balik ke rumah keluarganya, tentu akan dimarahi.
"Siapa suruh kahwin Melayu? Siapa suruh masuk Islam? Ha, padan muka kamu!"
Yang akan disalahkan bukan hanya si suami tetapi Islam. Nama Islam akan diburuk-burukkan. Isteri akan disindir kerana memilih Islam dan meninggalkan agama asal. Dia akan dituduh mendapat balasan tuhan kerana meninggalkan agama warisan.
Allah akan dikatakan tuhan yang tidak adil kerana tidak membantu meringankan beban isteri. Isteri mungkin akan dibenarkan kembali ke pangkuan keluarga dengan syarat kembali ke agama asal. Sanggupkah dia?
Kalau dia tak mahu tinggalkan Islam, maka bersendirianlah si isteri yang diceraikan itu dengan anak-anak.
Lelaki bergelar suami yang bertindak mengambil jalan mudah menceraikan isteri saudara baru kerana ketidakserasian dan sebagainya perlu ingat - anda tetap akan dipersoal di akhirat nanti akan segala tindakan anda semasa di dunia.
Sudahkah anda jaga dengan baik amanah Allah di dunia ini, dengan terus menerus menjaga aqidah dan membimbing isteri saudara baru agar dia menjadi Muslimah yang baik?
Kalau merasakan diri tidak mampu menanggung beban dan tanggungjawab yang berat ini, janganlah nikahi wanita berstatus saudara baru/mualaf. Anda hanya akan menzaliminya apabila anda gagal memenuhi tuntutan agama untuk mendidik dan membimbingnya dalam Islam, di samping memberi kasih sayang dan perlindungan yang sewajarnya sepanjang perkahwinan. Kelak anda juga yang akan disoal di akhirat nanti akan tanggungjawab ini.
Bagi yang telah pun beristerikan wanita saudara baru/mualaf, terimalah dia seadanya.
Hargailah pengorbanannya selama ini untuk Islam, terutamanya jika dia memeluk Islam untuk menjadi isteri anda.
Jikalau anda masih belum memahami adat dan budaya keluarganya yang begitu asing bagi nada, begitu juga dia dengan adat budaya keluarga anda, maka bimbinglah dengan sabar dan lemah lembut.
Janganlah harapkan seorang isteri solehah jikalau anda sebagai lelaki masih gagal menjadi suami mithali.
Jangan desak isteri anda untuk sabar seperti Khadijah, tabah seperti Siti Hajar dan baik seperti Asiah sedangkan anda masih belum menjadi suami yang sabar, adil dan penyayang seperti Rasulullah saw.
Jangan jadi seperti mereka-mereka yang mengambil jalan mudah setelah gagal membentuk isteri itu seperti kehendak anda, dengan menceraikan mereka yang meninggalkan mereka dan anak-anak terumbang-ambing, baik dari segi nafkah hidup mahupun aqidah Islam.
Ingatlah bahawa isteri yang anda nikahi itu adalah yang terbaik untuk anda. Dialah amanah dari Allah saw, untuk dipimpin dan untuk dikasihi, bukan untuk dianiayai dan dizalimi.
Allah s.w.t Berfirman :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah – Ayat-34).
Allah s.w.t Berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan” (Surah Al-Maidah – Ayat-8).
Allah s.w.t Berfirman :
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Baqarah – Ayat-240).
Salam,
ReplyDeletesedih juga saya membacanya..takut pun ada.
Andai ada yang mahu mengambil mereka sebagai isteri kedua, adakah yang mahu? Atau mereka sudah serik? Sekadar pertanyaan ikhlas pada pemilik Blog. Wallahu'alam.
Semuga mereka yang bergelar suami lebih berhati hati dan selalu menghisab diri..
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteYa, benar kerana bukan senang hidup sebagai muallaf terutamanya telah "dibuang" oleh keluarga sendiri. Pernah sekali kawan china saya telah berkenalan dengan lelaki melayu di Malaysia, Kawan saya asyik menanya saya semua ttg islam kerana bfnya minta dia masuk Islam.
Setelah sekian lama saya cuba translatekan sedikit sebanyak info Islam kepada kawan saya, dia memberitahu saya sesuatu yang amat memeranjatkan. "Bf dan ayah Bf saya suka minum arak, sebab tu la saya boleh bergaul dengan bf saya."
"Apakah gunanya Islam sekiranya saya telah memahami Islam sehingga melebihi suami saya selepas kahwin, padahal suami saya takkan ikut sangat ajaran Islam?"
Saya hanya terdiam...
Bagaimanapun, akhirnya mereka telah terpisah atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
baca post dari ikhwan ng tak mustahil...manusia semakin jauh untuk di didik apabila berajakan nafsu...
ReplyDeleteWaalaikumussalam Azhar Hashim,
ReplyDeleteSaya tidak dapat menjawab bagi pihak mereka, kerana hanya mereka yang ditawarkan itu yang dapat membuat pilihan. Namun begitu, kalau beristeri seorang sudah bermasalah, bayangkanlah kalau beristeri kedua seorang mualaf.. yakinkah dia akan dapat memberikan bimbingan agama yang sewajarnya, layanan yang adil dan bagaimana pula penerimaan isteri pertama dan keluarga suami? Kalau yakin boleh, teruskan tetapi yakinlah juga bahawa tugas dan tanggungjawab berat menanti suami sedemikian :)
Salam Wan Sharif,
ReplyDeleteBegitulah harapannya.. insyaAllah.
Waalaikumussalam Ikhwan,
ReplyDeleteBenar, risiko bersuamikan lelaki yang lalai dalam tangungjawabnya sebagai seorang Muslim amat tinggi. Itu juga dilema saya satu ketika dahulu selepas memeluk Islam. Persoalan ini akan difikirkan oleh semua wanita mualaf yang masih bujang dan benar-benar mahu menjadi Muslimah yang baik.
Nazim,
ReplyDeleteAlhamdulillah, bagus juga adanya kursus pra perkahwinan kerana sekurang-kurangnya dapat diperjelaskan tugas dan tanggungjawab suami dan isteri. Yang paling berisiko adalah mereka yang memeluk Islam untuk berkahwin, kerana berkemungkinan pengetahuan Islam mereka cetek dan iman mereka masih lemah. Mereka amat memerlukan bukan shaja bimbingan suami bahkan sokongan padu dan penerimaan keluarga suami, serta pergaulan sihat dengan Muslimah-muslimah yang baik.
Tahniah, alhamdulilah. Anda bijak menulis.Fakta-faktanya tepat. Teruskan usaha yang jarang-jarang terdapat dalam masyarakat kita. Saya suka membaca blok anda.Semoga Allah menganugerah nikmat Islam yang terunggul pada anda dan keluarga.Salam.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteAndai ada, beritahu kan pada saya. Yakin pada ALLAH sahaja, tiada yakin pada makhluk. InsyaALLAH sedia utk amik jadi no 2 (yg berkenaan) Isteri, ibu, keluarga semua sedia.
Wallahu'alam.
ngasobahseliman,
ReplyDeleteTerima kasih atas doa, ameen. Segala puji pada Allah swt yang mengizinkan dan membimbing saya untuk meneruskan penulisan blog ini, segala yang baik datang dariNya.
Waalaikumussalam Azhar Hashim,
ReplyDeleteYakin juga bahawa jika Allah swt izinkan, sekejap sahaja akan temui yang berkenaan, tak perlu susah-susah mencari. Oleh itu teruskan berdoa dan meminta :)Bukankah jodoh itu di tanganNya?
Salam..
ReplyDeleteTAk mencari pun. Harap jgn salah faham.
Apapun, rasanya saya faham komen puan.
Terima kasih. Teruskan menulis.
Wassalam.
Waalaikumussalam Azhar Hashim,
ReplyDeleteSaya bersangka baik :)Semoga bahagia bersama yang tersayang sehingga ke akhir hayat.
Salam my dear sis. Excellent entry. FYI, that's exactly how I felt inside every single day. It's not something easy.. Sigh, damn those men who left our sisters just like that. It's just so heartbreaking seeing how everything can be as easy as saying "talak". What are we, to them? What are women to them? A piece of meat? Sedih, sis. Pedih hati saya.
ReplyDeleteI've always thought about this, and it just scares me. Macam orang kata, kalau dapat yg baik, tak apa juga? Kalau dapat yang tak elok? We're the ones that would suffer. I pray to Allah that we, and our new sisters do not have to go through this nightmare. AMIN!!!!
Salam my dear sis. Excellent entry. FYI, that's exactly how I felt inside every single day. It's not something easy.. Sigh, damn those men who left our sisters just like that. It's just so heartbreaking seeing how everything can be as easy as saying "talak". What are we, to them? What are women to them? A piece of meat? Sedih, sis. Pedih hati saya.
ReplyDeleteI've always thought about this, and it just scares me. Macam orang kata, kalau dapat yg baik, tak apa juga? Kalau dapat yang tak elok? We're the ones that would suffer. I pray to Allah that we, and our new sisters do not have to go through this nightmare. AMIN!!!!
Waalaikumussalam dear Aleya,
ReplyDeleteAmeen..
It's so hard to find good husband material among Muslim men nowadays.. ramai yang nak kahwin tapi tak semua yang mampu membimbing isteri dan anak.
So it's always better to test and test the interested parties before we say 'yes'.. marry because of the love for Allah, not because you love that man
Yeap.. True dear sis, I agree with you. Will do that. Hope to chat with you whenever you're not too busy ya, your babyboy is just beautiful. I've seen his pics. So, so cute. He has your looks! So touched, May Allah bless you & your family. AMIN! (:
ReplyDelete