Alhamdulillah malam tadi saya berkesempatan berkunjung ke rumah seorang kawan baru. Jauh juga rumahnya dari rumah saya. Dia juga revert tetapi lebih awal memeluk Islam daripada saya.
Kisahnya memeluk Islam juga menarik. Banyak dugaan yang dihadapinya.
Pada awalnya saya sudah bersepakat dengan suami [yang jadi pemandu menghantar kerana isteri ni sudah kebas jari tangan dan kaki pada petang hari] akan berada di rumahnya hanya 30 minit tetapi sembang punya sembang, sedar-sedar sudah hampir sejam.
Itulah kata orang, ada jodoh.. hehehe.
Sepatutnya saya ke rumahnya lebih awal lagi tetapi kerana komitmen lain dan kesibukan kerja, akhirnya saya dan suami bersetuju untuk ke situ juga sebelum saya bersalin melahirkan anak [tak lama lagi oooo].
Syukur, dia pun dapat meluangkan masa untuk bertemu dan melayani saya pada malam tadi.
Ada sesuatu yang menarik di rumahnya.
Saya diperkenalkan kepada 'adiknya', yang turut duduk bersembang sekali. Kami bertiga.
Ahhh, rupa-rupanya dia bukan adik kandungnya. Bukan adik tiri. Juga bukan adik ipar.
Sebenarnya, 'adik' itu merupakan isteri kedua suaminya. Mereka tinggal serumah, berlainan bilik tidur. Segala urusan rumahtangga dan anak-anak diuruskan bersama-sama.
Seronok pula melihat keadaan mereka yang mesra dan selesa. Yang pertama kelihatan 'cool' dan sabar, yang kedua pula ceria dan selalu tersenyum.
Saya pula yang bergelar kakak kepada mereka berdua, kerana faktor umur saya yang lebih lanjut.
Banyak juga cabaran yang dihadapi mereka dalam perkahwinan.
Bukan kerana faktor hati masing-masing [alhamdulillah mereka ok] tetapi masalah orang luar, yang berasa pelik bagaimana kedua-dua isteri boleh tinggal serumah dan berbaik-baik. Mulut orang susah nak dikawal, tambahan mereka tinggal di kawasan perkampungan orang Melayu. Segala tindak tanduk mereka menjadi perhatian.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, ilmu apa yang digunakan?
Bagi saya, rahsianya mudah sahaja.
Tak perlu ilmu khas, tetapi kebersihan hati dan kekuatan agama yang membantu mereka. Berpegang pada ajaran agama Islam yang sebenar.
Awasi penyakit hati, dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata negatif serta hasutan pihak luar. Sifat empati dan kasih sayang amat penting dalam hal perkongsian begini.
Berpegang pada hadis yang bermaksud, “Tidak beriman salah seorang dari kamu sekalian, sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kata salah seorang isteri, "Hari ini kami berdua ok, tetapi tak tahu lagi apa yang akan berlaku pada masa depan."
Jangan risaukan masa depan sendiri dan hubungan dengan isteri yang lain serta suami tercinta. Kalau ada pihak yang tidak boleh terima keadaan rumahtangga yang istimewa itu, itu masalah mereka. Bukan untuk dirisaukan atau untuk rasa susah hati. Yang boelh dilakukan hanyalah doa dan tunjukkan akhlak yang baik, mudah-mudahan lambat laun mereka boleh terima dan berubah. Kalau tak juga, itu bukan lagi urusan kita tetapi urusan mereka yang enggan berubah itu dengan Allah. Hanya Allah yang boleh mengubah keadaan hati seseorang.
Oleh itu, suami serta isteri-isteri perlu jaga hubungan diri dengan Allah swt, kerana Dialah jua yang akan menentukan masa depan umatNya dan rumahtangga mereka.
Saya mendoakan agar rumah tangga kedua-dua mereka itu kekal bahagia dan dirahmati Allah swt, serta hubungan persuadaraan di antara isteri-isteri itu lebih baik dan mesra hendaknya, ameen.
Better asing, lebih menepati sunnah Rasulullah SAW
ReplyDeleteTak semestinya tinggal berasingan itu pilihan terbaik, bergantung kepada keperluan anak isteri dan keselamatan isteri-isteri juga, tambahan dengan bertambahnya kes jenayah pecah rumah dan rompakan. Yang penting, mendapat keredhaan dan persetujuan isteri-isteri yang terbabit.
ReplyDeleteUntuk makluman semua bilik isteri2 nabi dulu dalam satu rumah. Hanya dipisahkan oleh kain tirai je.
ReplyDeleteTak semestinya ikut kemampuan suami bermakna kena bagi rumah sorang sebijik, keta sorg sebijik. Bilik/tirai sorang satu pun dah cukup. Wallahua'lam
Teringin memang teringin. Bimbang x mampu berlaku adil. Tu je...
Salam joe penang,
ReplyDeleteBoleh tak bagi buktibilik isteri2 nabi dalam satu rumah dan terpisah dengan kain tirai sahaja?
Saya tak yakin dengan kenyataan saudara.
Salam,
ReplyDeleteMungkin pernyataan joe penang berdasarkan maklumat artikel bahawa rumah Rasulullah saw terletak di dalam masjid, dan kediaman isteri-isteri baginda sangat kecil, tirai dipasang di antara batang pokok sebagai pintu. Maaf saya sendiri sudah lupa akan sumber maklumat itu. Mungkin joe penang boleh bantu.
Yap.
ReplyDeleteSaya mendengar sorang ustzah mengkiaskan hadis sewaktu Rasullah sakit, baginda menarik tirai dari biliknya mengisyaratkan kepada Abu Bakar untuk menjadi imam.Jadi bilik2 isteri baginda dipisahkan oleh tirai2 sahaja.
Seorang ust juga pernah menceritakan bahawa masjid zaman Rasullullah tiangnya cuma batang kurma, manakala lantainya adalah pasir tiada tikar.
Boleh rujuk kepada yg lebih berilmu. Saya syorkan semua boleh rujuk mana2 sumber yg dipercayai. Contohnya di http://videoagama.blogspot.com/
yang baik dari Allah. Yang salah semuanya adalah dari saya. wallahua'lam