Jangan terkejut wahai ibu bapa jikalau menerima panggilan telefon dari sekolah anak.
Cuma selalulah berdoa agar tidak akan menerima panggilan kecemasan itu.
Panggila dari sekolah anak-anak tuan puan bukanlah panggilan untuk berkenalan. Bukan panggilan jemputan ke kenduri.
Besar kemungkinan anda tidak akan lalu makan berhari-hari selepas menerima panggilan dari pihak sekolah.
Jangan terkejut jika buat pertama kalinya anda melalukan spotcheck di dalam bilik anak remaja anda.
Buka beg sekolahnya. Buka laci mejanya. Buka almari bajunya. Tinjau bahan yang ada dalam komputer anak.
Lakukan spotcheck secara spontan, walaupun dia tiada di rumah pada ketika itu.
Jangan lupa lihat dalam thumbdrive anak-anak anda.
Jangan fikir bahawa hanya anak lelaki remaja yang akan menimbulkan masalah. Pada zaman sekarang, anak perempuan pun tidak kurang rasa ingin tahu dan ingin mencuba mereka, malah merekalah yang akan banyak rugi jikalau sesuatu yang buruk berlaku ke atas mereka.
Lebih baik anda dituduh sebagai ibu bapa yang tidak demokratik daripada dipanggil oleh guru anak anda kerana timbulnya kes berat di sekolah.
Kenali rakan-rakan anak anda; siapa mereka dan siapa ibu bapa mereka.
Itu akan memudahkan anda untuk mencari anak sekiranya dia masih belum pulang ke rumah selepas tengah malam atau telah menghilangkan diri tanpa berita.
Awasi anak selepas waktu malam. Bawalah kunci rumah dan kunci kenderaan anda ke dalam bilik tidur bersama anda supaya dia tidak dapat mencuri-curi keluar umah tanpa pengetahuan anda.
Awasi anak anda yang kelihatan mengantuk pada waktu pagi. Dia berkemungkinan berjaga malam dan bergayut di telefon dengan awek/pakwe barunya, atau bermain video game/computer game sepanjang malam.
Jangan terhantuk baru terngadah.
Bermulalah dari awal, berikanlah didikan agama dan asuhan yang sebaiknya.
Jiwa remaja yang ingin mencuba, pengaruh negatif kawan serta pergaulan yang tidak sihat dengan remaja berlainan jantina boleh menimbulkan masalah yang tidak diingini.
Jangan yakin 100% dengan anak anda.
Jangan fikir anak yang kelihatan baik di rumah, yang rajin di rumah adalah remaja yang terbaik di luar rumah. Tanyalah jiran yang melihat, tanyalah guru-gurunya di sekolah untuk mendapat gambaran yang jelas.
Jangan tunggu sehingga anak anda belajar di sekolah menengah. Mulakanlah ketika dia masih berumur 9 tahun. Sudah banyak peristiwa dan kisah benar yang melibatkan kanak-kanak dan remaja 9 tahun ke atas. Anak-anak berkemungkinan bukan sahaja belajar tentang seks, bahkan mengekperimennya tanpa pengetahuan anda. Jangan terkejut.
Kadang-kala ibu bapa hanya melihat yang baik pada anak mereka saja.
Jangan fikir anak perempuan yang bertudung litup dan menutup aurat itu tidak akan berminat dengan remaja lelaki.
Sebenarnya banyak peluang untuk anak-anak remaja zaman sekarang bertindak liar dan di luar batasan agama.
Pergi sekolah dengan kenderaan sendiri - motosikal atau basikal. Ada yang menumpang bas awam.
Kelas tambahan pada waktu petang. Pergi sendiri, balik sendiri.
Kemudahan internet di rumah dan di kedai komputer. Boleh download macam-macam, antara mahu dengan tidak mahu.
Sekolah terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Pergerakan pelajar yang bebas di sekolah boleh mengundang masalah jika terlalu banyak bangunan dan bilik kosong. Ingat, guru bukan pengasuh anak remaja anda.
Apa yang mampu dibuat oleh ibu bapa?
Banyakkan berdoa untuk anak-anak, dan sentiasalah awasi pergerakan serta pergaulan mereka. Semoga mereka selamat di dunia dan di akhirat.
Salam ukhuwwah...
ReplyDeleteVery true...keep on writing.
Do visit me at http://www.ibunoor.com
Salam Sis,
ReplyDeleteI like this post.
Kadang-kala, sedar tak sedar, ibu bapa telahpun memberikan restu kepada anak-anak untuk melakukan perbuatan yang bertentangan dengan agama.
Contohnya, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Ibu bapa tidak mengajar anak-anak tentang batasan antara lelaki dan wanita berasaskan agama. Bukan saja mereka lalai tetapi mereka juga membiarkan televisyen meracuni fikiran anak2 mereka. Lihat saja drama-drama di kaca televisyen hari ini, penuh dengan maksiat. Tiada batasan antara lelaki dan wanita mengikut agama.
Siapakah yang lebih banyak membentuk pemikiran anak-anak kita? Ibubapa atau televisyen?
disebutkan bahawa MANUSIA akan membinasakan diri mereka sendiri...MANUSIA itu pastilah termasuk ibu bapa, anak2, jiran tetangga, pemimpin2, dll yang bergelar MANUSIA termasuklah kita. walau mungkin ada yang layak digelar syaitan MANUSIA, mereka adalah "manusia". mungkin salah satu faktor utama adalah kesedaran ke atas tuntutan agama dan tanggungjawab ke atas diri sendiri dan insan lain. diharapkan lahir lebih ramai MANUSIA yang akan membawa insan2 lain kearah kebenaran terutamanya di zaman akhir zaman ini..
ReplyDeleteWaalaikumussalam ibunoor,
ReplyDeleteThanks, will do when I've the time :)
Waalaikumussalam ahong,
ReplyDeleteSetuju. Sudah banyak kisah benar dan pengalaman sendiri berurusan dengan kanak-kanak dan remaja sehingga saya sendiri naik muak. Zaman sekarang bukan seperti dahulu, kedua-dua ibu bapa bekerja untuk menyara keluarga, hasilnya anak-anak sering dibiarkan bersendirian. Hanya penghayatan agama, didikan ibu bapa serta jatidiri sendiri yang boleh menyelamatkan remaja daripada terjebak dalam gejala yang tidak sihat.
tenang_aku,
ReplyDeleteBenar tu..InsyaAllah.