"Babi sedapkah?"
"Apa rasanya?"
"Mengapa orang Cina suka makan daging babi?"
Apabila saya menceritakan kepada suami cara memasak 'Tao-Yu Bak'[Daging Babi masak kicap] resipi yang diwarisi daripada nenek saya, wajahnya akan berubah, geli gelaman dan loya. Biasalah orang Melayu, dibesarkan dari kecil untuk membenci babi. Tapi bagi saya yang hidup makan daging babi selama lebih 3 dekad, ia bukanlah sesuatu yang luarbiasa. Sudah tahu tekstur daging itu, dan sudah boleh bezakannya daripada daging ayam serta lembu.
Setiap kali juga, apabila ditujukan soalan tentang pemakanan daging ini oleh mereka yang baru memeluk Islam kepada mereka yang lahir Islam, kebiasaannya akan disuruh elak. Haram makan makanan tidak halal. Dosa besar.
Tapi bagaimana nak elak makan sekiranya mualaf itu masih tinggal dan bergantung kepada keluarganya yang bukan Islam, serta sudah menjadi kebiasaan makan bersama?
Nak makan daging? Daging bagi keluarga Cina dan Hindu adalah daging babi, bukan daging lembu. Mana boleh makan, haram.
Nak makan ayam yang tidak disembelih cara Islam, haram juga.
Habis nak makan apa? Ikan? Tapi.. kata ustaz kalau makanan dimasak dalam periuk/kuali yang tidak disamak tetap haram hukumnya. Tidak boleh dimakan.
Habis, nak makan apa?
Ahhh, dilema yang dihadapi ramai mualaf yang masih belum mengkhabarkan pengislaman mereka kepada keluarga masing-masing.
Mengapa belum?
Kerana kebanyakan mereka golongan pelajar sekolah dan kolej, mahasiswa, atau yang tidak ada pendapatan tetap atau kediaman lain. Mereka yang bergantung kepada keluarga untuk sara hidup, pendidikan dan tempat perlindungan.
Bila mereka nak beritahu keluarga bahawa mereka dah Islam?
Entah, mereka masih mencari jalan. Masih berikhtiar untuk menyampaikan berita tersebut dengan lembut. Kerana tahu bahawa kelaurga tidak akan merestui pengislaman mereka.
Perlu ambil masa agar tidak terputus hubungan kekeluargaan. Agar ibu bapa yang sudah tua dan uzur tidak diserang sakit tenat akibat terkejut dan sakit hati dengan berita tergempar itu.
Tapi bagaimana mereka nak hidup sebagai orang Islam kalau belum beritahu keluarga? Kalau sudah peluk Islam, kenalah beritahu. Haram makan makanan tidak halal. Wajib mengerjakan solat. Kena puasa pada bulan Ramadhan. Yang wanita, perlu jaga aurat. Apa status mereka?
Itulah masalahnya. Anda dilahirkan sebagai sebagai orang Islam, anda tak alami sendiri masalah mereka yang baru memeluk Islam. Mereka yang kita gelar 'closet Muslim' atau 'mualaf sembunyi' kerana belum mengisytiharkan pengislaman mereka.Ramai yang muda belia. Mereka berani kerana memeluk Islam setelah belajar Islam dan benar-benar yakin bahawa Islam agama benar, dan walaupun mereka mungkin menghadapi amcaman dihalau oleh keluarga masing-masing dan ditamatkan pembiayaan pengajian kolej/uni sekiranya keluarga mereka mengetahuinya.
Mereka ini semakin ramai tetapi kerana ada yang belum mendaftarkan diri sebagai orang Islam di jabatan agama Islam, kita tiada data. Tak dapat dikesan kecuali mereka sendiri memberitahu.
Makanan? Terpaksalah mereka pandai-pandai pilih makanan yang halal. Berusaha mengelak daripada makan daging babi bila bersama keluarga.Kita boleh dengan mudahnya berkata bahawa berdosa makan makanan yang tidak halal tetapi ingatlah bahawa mereka yang baru berstatus mualaf "sembunyi" tidak ada banyak pilihan, terutama bagi mereka yang keluarganya kuat beragama kafir atau berpegang pada adat resam. Mengaku orang Islam bermakna bakal dihalau dari rumah, terputus hubungan kekeluargaan untuk sementara waktu, dan akan mengakibatkan keluarga sendiri dipulaukan/dikecam hebat oleh jiran dan saudara mara yang juga kafir.
Solat? Yang sudah belajar akan cuba lakukan secara sembunyi-sembunyi. Satu risiko. Yang muslimah, mungkin terpaksa solat dengan skaf panjang dan kain batik menggantikan telekong kerana kain telekong bukti nyata bahawa mereka sudah Islam. Yang belum pandai solat/berisiko tinggi, hanya mampu berzikir dan berselawat.
Puasa? Sama juga, yang dapat berpuasa akan berusaha untuk puasa. Yang sudah menjadi kelaziman makan tengah hari dengan keluarga, tahu-tahu sahaja. Sudah tentu mereka sedih kerana tidak mampu berpuasa seperti muslim yang lain. InsyaAllah, mereka akan bayar fidyah apabila berjaya hidup bebas nanti.
Sampai bila nak diamkan diri? Hidup dalam kepuraan? Mereka kena beritahu keluarga!
Sampai mereka bersedia untuk memberitahu. Atau sehingga Allah swt tentukan sendiri bahawa masanya sudah tiba untuk keluarga mengetahuinya.
Kalau anda anggap hidup dengan membohongi keluarga tersayang sebagai satu kesalahan dan satu dosa yang tidak patut dilakukan oleh Muslim, bayangkan pula tekanan batin mereka yang melaluinya.
Kena pilih antara cara hidup Islam dan keluarga yang masih kafir.
Menghitung hari sehingga mereka dapat berdikari dan bebas hidup sebagai orang Islam.
Saya pernah tujukan permasalahan ini kepada beberapa orang kawan dan ustaz yang saya kenali, yang lahir Islam. Jawapan mereka adalah perlu beritahu keluarga. Tak ada jalan lain.
Jawapan saya kepada mereka yang bertanya [ini pandangan saya], berusahalah hidup sebagai orang Islam setakat mana yang termampu. Sentiasa berdoa dan memohon ampun daripada Allah. Elakkan makanan yang tidak halal atau sekurang-kurangnya kurangkan pengambilan. Dapatkan sokongan moral dan nasihat mereka yang memahami agar diri tidak terlalu stres dengan penghidupan dua identiti ini. Sambil-sambil itu, berikhtiar juga agar dapat memberitahu keluarga tentang pengislaman masing-masing dengan cara terbaik.
Kita yang sudah Islam selalu beranggapan bahawa tugas membantu golongan mualaf dan mereka yang berminat pada Islam adalah tugas dan tanggungjawab NGO dan agensi Islam. Tanggapan itu perlu dikikis kerana kerap kali, [maafkan saya] pertubuhan begitulah yang sering merosakkan nama baik Islam. Ada segolongan pegawai yang cepat membuat andaian [peluk Islam mesti nak kawin, mudah menghukum halal-haram [tak boleh itu-ini, kena buat begini kalau tidak tak sah solat bla3], cakap tak serupa bikin [mewakili nama Islam tetapi bercakap kasar, acuh tak acuh dan tidak sabar].
Mualaf 'sembunyi' lebih memerlukan sokongan moral dan bantuan kewangan [bagi yang masih menuntut]supaya mereka lebih bersedia dan berani mengisytiharkan pengislaman mereka dengan lebih awal. Mereka tidak perlukan stres lagi dengan kita memberitahu bahawa tindakan mereka terus makan 'ba-alif-ba-ya' bersama keluarga dan meninggalkan amalan lain adalah berdosa.
Kita sering menganggap permasalahan mereka sebagai perkara lekeh dan kecil, yang dibesar-besarkan. Selalu kita tegaskan, kalau dah Islam kenalah buat cara Islam.
Tak alami maka tak ketahui, seterusnya tak fahami, tak dapat berempati.
Ia sama seperti seorang yang tidak pernah dibedah, tentu sekali tidak akan tahu bagaimana sakit anggota badan setelah ubat bius habis, betapa susahnya menjaga luka agar tidak dijangkiti kuman. Hanya boleh membuat teori dan andaian. Mudah menyalahkan pihak lain dengan tuduhan sengaja mengada-ngada.
Janganlah kita golongan seperti itu.
Letakkan diri kita di tempat mualaf 'sembunyi'.
Sekurang-kurang yang boleh kita lakukan adalah mendoakan mereka agar Allah perkuatkan iman mereka.
Sekurang-kurangnya mereka ini walaupun belum dapat mengisytiharkan diri sebagai orang Islam, mereka sudah beriman pada Allah swt.
Mereka berusaha untuk mendalami Islam, makan makanan halal, mendirikan solat dan puasa.
Tidak seperti golongan tertentu yang beridentitikan Muslim tetapi dengan rela dan sukacitanya menghirup arak, makan daging babi,meninggalkan solat dan berpesta makan pada siang Ramadhan.
Bersambung kemudian....
slm sis,
ReplyDeletethank u for posting this. Hopefully people would finally understand how we feel. =) I want to link this at my blog.
Salam Kak... berbicara persoalan ini...
ReplyDeletetidak semuanya masih berpandangan sedemikian.. (1) ada golongan yg lahir islam sudah faham dan dgn tgn terbuka membantu...
(2) tidak dinafikn masih ada yg masih prejudis...
(3) tidak dipersalahkn golongan mualaf 'sembunyi' yg benar ikhlas memeluk Islam,
(4) wlwpun masih ada yg kawin utk berkahwin dgsbnya..
point saya di sini... ke-empat-empat golongan ini masih ada.. tapi tidak kesemua mereka begitu..
berkaitan dgn pnggunaan peralatan memasak/penghidangan makanan... masih ada ruang perdebatan di kalangan ulama ttg status halal/haram periuk/pinggan mangkuk..
saya pernah ada kawan di kampus dahulu, memeluk islam tanpa pengetahuan keluarga, jarang2 balik ke kg demi menjaga ibadah/aurat... dan ketika pulang, dia cuba memakai topi, biasakan dgn memakan roti (dgn alasan vege/tidak dpt adapt pada nasi lately) masalah kesihatan... kami di sekeliling beliau di kampus amat kagum & memberi 200% sokongan kpdnya.. tambahan pula, beliau ada keluarga angkat Muslim juga...
pndpt saya, golongan Mualaf 'sembunyi'.. perlu bnyk berdoa mudah2an dipertemukan dgn insan yg ikhlas & sedia mmbantu... disamping dibantu oleh Allah agar dibukakn jalan utk memudahkn perjalanan mereka sbg saudara baru.. mudah2an golongan mualaf 'sembunyi' ini tabah dgn segala ujian di fasa awal utk menguji keimanan terhadap Allah & Islam.. selebihnya pohon keampunan dr Allah dan ditunjukkan jalan utk melalui hidup sbg muslim dgn sempurna... samada di peringkat keluarga/kawan2 dgsbgnya... itulah harga yg perlu dibayar demi kecintaan terhadap Islam.. tidak dinafikan.. berat mata memandang, berat lg bahu memikul... namun, kita perlu berbalik & yakin atas kehendak Allah yg menentukan yg terbaik utk kita... selain berusaha, doa agar dipermudahkn jalan mungkin mmebantu..
sekadar pndpt secara umum, maafkn saya jika ada kesilapan yg tidak disengajakan... terima kasih..
Allahummah deena... 3X
Waalaikumussalam NuFaS,
ReplyDeleteYou're not alone in this battle. Sure, no problem. Hope it'd help. Just doing what I can, with His help.
Salam
ReplyDeletesaya muslim sejak lahir kagum dengan ketabahan saudara/saudari muslim reverts menghadapi ujian Allah, setelah membaca blog saudari baru saya mengerti realiti hidup mualaf. teruskan perjuangan mempertahankan akidah... saya hanya mampu berdoa kepada Allah untuk kesejahteraan kalian
frm; zaim wal nur umairah syahmina
Salam Kak Alia, i'm one of your avid reader though this is my first time leaving a comment here.
ReplyDeleteBeing a muslim by birth and grow up surrounded by muslim of the same background as mine, i have to say that, where this issue is concern, their opinion is fairly typical, doesn't matter whether they are practising muslim or merely nominal muslim.
Often, they tend to view eating pork as something even more heinous than committing adultry and drinking alcohol (which, sad to say, are prevalant amongst our muslim community). From my personal observation (strictly personal), it seems like the demacrating line between muslim and non-muslim is whether one eat pork or not - seems like, you still a muslim even if you sleep around and drink alcohol like its no body bussiness, as long as you're not eating pork.
Irony isn't it? when eating pork itself is not an offence punishable by hudud, as opposed to adultry and drinking alcohol.
I am not saying that it is okay to eat pork, but the stigma that people have where this issue is concern, so shallow and it is sad.
anyway, regarding your post, well said kak alia, well said.
Waalaikumussalam Myzwar,
ReplyDeleteSaya tak katakan semua orang Islam bersikap negatif terhadap mualaf dan mereka yang mahu memeluk Islam, serta mualaf 'sembunyi'.
Namun ramai juga yang suka mendesak supaya mualaf yang baru dikenali itu segera mengisytiharkan pengislaman mereka kepada ahli keluarga,sedangkan kaunseling serta sokongan lain yang diperlukan spt rumah perlindungan, biasiswa pengajian, dan sebagainya.Yang sering ditekankan adalah 'tidak boleh terus hidup sebagai kafir sedangkan diri sudah Islam', 'bagaimana sekiranya mati sebelum isytihar Islam' dan isu-isu lain yang tidak membantu dari segi persiapan untuk memberitahu keluarga, tetapi menambah stres dan perasaan serba salah pihak mualaf.
Saya hanya berkongsi cerita dan masalah yang dihadapi mereka yang semakin ramai tetapi tidak berdaftar di jabatan agama Islam.
Ya, saya setuju dengan pendapat saudara. Hanya Allah swt yang boleh membantu.
salam wbt..
ReplyDeletetetiba saya terasa seperti ingin memberikan sedikit komen yang mungkin lahir dari pemikiran dan pengalaman yang saya pernah alami sendiri di negara yang bukan Islam.
sebenarnya, pada pandangan saya, golongan yang ISLAM sejak dari lahir(Islam bayi) di Malaysia kebanyakkan bertindak sebagai 'PENGHUKUM' kepada golongan yang baru sahaja berjinak-jinak dengan ISLAM(muallaf) itu sendiri. Buktinya, golongan Islam bayi ini seringkali menampakkan islam itu susah di mata golongan muallaf itu sendiri. "Solat kena lima kali sehari, puasa selama sebulan, tak boleh makan daging khinzir, tak boleh pegang anjing, etc..." Ungkapan yang seringkali kita dengar dari mulut orang2 Islam bayi ini.
Hakikatnya, sedarkah kita bahawa sekiranya orang yang baru nak belajar menganai Islam, kemudiannya diingatkan mengenai perkara ini, apakah tanggapan mereka kepada Islam selepas itu? Wahai saudara2ku, bayi yang pandai berlari itu pun merangkak dahulu sebelum boleh berdiri dan berjalan!!! Sepatutnya, kita sebagai golongan Islam bayi ini lebih memahami konsep Islam itu secara syumul dan lebih dapat mempraktikkannya dengan menyeluruh. Apa yang sepatut kita lakukan adalah menunjukkan bahawa Islam itu cantik. Cantikknya Islam itu bukanlah pada banyakknya larangan dan hukuman terhadap sesuatu perkara. Tetapi Islam itu cantik sebab di samping larangan dan hukuman itu, adanya alternatif lain untuk menggantikannya. Seperti contoh, daging khinzir itu sendiri. Sekiranya seseorang muallaf itu sukar untuk meninggalkan tabiatnya untuk makan daging khinzir itu, jangan dilarang akan tabiatnya itu. Sebaliknya, beri alternatif lain seperti daging ayam, lembu, kambing, rusa atau arnab. Masakkan untuk mereka rendang daging, kari atau apa2 selain daging khinzir itu. Cuba untuk cari apa kegemaran mereka. Jika benar niat kita ikhlas, inshaAllah, mereka akan lebih suka kepada alternatif yang kita berikan itu.
........
...........
ReplyDeleteSaya ada satu cerita yang sememangnya berlaku di tempat saya di negara bukan Islam ini. Dimana ada seorang British yang berminat dengan Islam(saya panggil dia Danial), telah belajar memahami Islam dan mendalaminya dengan seorang ustaz di sini. Dan akhirnya, telah ditetapkan oleh Allah, maka Danial diberikan hidayah dan masuk Islam dengan disaksikan oleh saya sendiri. Alhamdulillah, setelah beberapa bulan memeluk Islam, Danial ini saya perhatikan agak komited dengan Islam. Dengan ibadat puasa sunatnya, solat berjemaahnya, bacaan Al-Qurannya, di mana saya rasakan Danial lebih banyak beribadat berbanding muslim2 lain di sini. Seringkali saya terserempak dengan Danial ketika solat berjemaah di masjid ketika waktu Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Dan beliau juga selalu menjadi muazzin kerana beliau tiba lebih awal berbanding jemaah lain. Cuma yang menghairankan saya, saya tidak pernah terserempak dengannya ketika solat subuh. Maka hendak dijadikan cerita, saya pun bertanyakan kepada Danial mengenai perkara tersebut. Dan Danial sendiri mengakui bahawa agak sukar untuk beliau bangun di awal pagi untuk Subuh. Dan seringkali beliau tidak solat Subuh. Astaghfirullah..Terkejut saya mendengarnya. Kemudian saya bertanyakn tentang hal tersebut kepada ustaz, dan jawapannya, "Jangan dipaksa budak tu. Tetapi jangan lupa ajak dia setiap kali kamu ingin ke masjid untuk solat Subuh."
Kemudian, saya terus buat apa yang ustaz itu katakan. Setiap kali ingin ke masjid ketika subuh, saya hantar mesej kapada Danial mengajak beliau solat Subuh berjemaah sama2. Namun, masih lagi tiada kelibatnya ketika Subuh. Selang beberapa hari, Danial datang kepada saya dan menyatakan rasa bersalahnya. "I think I've done something wrong. I keep asking myself why I cant make it to pray five times daily while others can. I feel guilty to Allah, to other Muslims, and to you." Begitulah lebih kurang apa yang diungkapkan oleh Danial kepada saya. Beliau menyatakan rasa bersalahnya kerana tidak melakukan tanggungjawab sebagai seorang muslim dengan sempurna. Padahal, saya sendiri todak pernah menyalahkan dia kerana memang tabiat orang2 British disini untuk bangun lambat sekitar pukul 7-7.30pg, kemudian kemaskan diri tanpa mandi pagi, dan kemudian terus pergi kerja. Sememangnya saya agak faham akan kesukaran yang dihadapi oleh Danial. Bangun awal pagi untuk bersujud kepada Tuhan adalah suatu perbuatan yang gila disisi orang2 British yang masih belum faham mengenai Islam. Alhamdulillah, setelah beberapa hari selepas itu, Danial sudah mula menampakkan diri ketika solat Subuh. Walaupun kadangkala beliau agak lewat sedikit dari waktu berjemaah, tetapi usaha yang ditunjukkannya membolehkan hati ini tenang dan bersyukur kepada Allah.
Kesimpulannya, kita sebagai seorang yang telah Islam sejak dari bayi, janganlah kita dengan mudah menjatuhkan hukuman kepada golongan muallaf ini. Kehidupan sebagai perantau di negara bukan Islam ini lebih banyak mengajar saya mengenai betapa cantikknya Islam itu. Namun masih banyak yang perlu saya pelajari dan dalami mengenai Islam itu sendiri. InshaAllah kita sama2 belajar dan sama2 mendapat keredhaan Allah swt.
Maaf kepada Kak Aliya sebab tulis panjang2. InshaAllah kita sama2 mendapat sedikit ilmu dan peringatan dari perkongsian anda semua. Jzkk..
salam dari Bath
"Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan meninggikan martabatmu dan mengukuhkan kedudukanmu."
[Muhammad:47]
salam kak Aliya,
ReplyDeleteA good article that could help may of us understand and too be understood.
Just like what Yusha Evans (pendakwah muda US): for those that are born Muslim is hard for them to understand how we(convert Muslims) feel.
Your writing could help and open many eyes (and hopefully mind too).InsyaAllah...
assalammualaikum Aliya
ReplyDeletesayya bersetuju
hanya yang melaluinya sahaja yang faham
namun begitu, rasanya ramai yang semakin cuba memahami
Salam,
ReplyDeleteBoleh rujuk ini:-
http://hafizdasar.com/?p=49
Sis Aliya, i like this post :)
Sebenarnya mudah sahaja untuk memahami reverts, cuma kita kurang berdakwah. Kewajiban (untuk setiap muslim) berdakwah itu pun kita tak buat.
Setiap revert di Malaysia TERPAKSA melalui kesukaran kerana Malaysia tiada sistem perundangan mahupun sistem pentadbiran Islam. Tiada bantuan khas untuk reverts. Bukan setakat tu, zakat bahagian untuk revert tu pun entah ada ke tak. Kalau benar ada bahagian itu, kenapa banyak golongan revert yang susah?
Kebanyakkan kita yang buta ilmu tentang Islam (takliq buta), setakat mengikut sahaja dan tidak mencari ilmu. Kita lupa Nabi Muhammad S.A.W mewajibkan kita mencari ilmu.
"Whoever follows a path in the pursuit of knowledge, Allaah will make a path to Paradise easy for him." (Al-Bukhaari)
Waalaikumussalam Zaim,anumz sarah,kl citizen,
ReplyDeleteAlhamdulillah, dengan berkembangnya teknologi dan media, semakin ramai yang dapat membaca tentang pengalaman dan isu berkaitan mualaf.
Sebagaimana yang saya selalu nyatakan dlm ceramah saya, saya hanyalah satu suara mewakili mereka yang masih tidak dapat bersuara dan cabaran saya memeluk Islam mungkin tidak sehebat mereka yang sedang melaluinya sekarang.
Waalaikumussalam ahmad fairuz,
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi pengalaman di sini. Tak kisah komen panjang aalkan meberi manfaat kepada semua. Ini kan platform untuk berbincang.
Saya setuju dengan pendapat bahawa masih ramai di M'sia yang lebih mementingkan hukum Islam daripada memilih jalan kasih sayang. Mungkin ini ekoran daripada sistem pembelajaran agama di sini. Ini telah menyebabkan masyarakat umumnya beranggapan bahawa Islam itu susah dan menindas umatnya. Amat berlainan sekali dengan dakwah di negara Barat di mana pendekatan yang lebih lembut 'compassionate approach' digunakan, contohnya sebagaimana yang saudara saksikan terhadap Danial.
Kebanyakan ustaz yang menguruskan mualaf di sini selalu menekankan tentang kewajipan menunaikan solat dll dan menekn hukum dosa dan pahala seolah-olah semua mualaf mampu mengamalkan semua itu dalam tempoh beberapa bulan. Sedangkan anak-anak mereka sendiri mungkin memerlukan tempoh berbelas tahun sebelum boleh solat dengan tetap dan sempurna, membaca surah dengan tajwid yang betul.
Waalaikumussalam ahong,
ReplyDeleteTerimakasih atas info tentang keperluan samak bekas yang digunakan oleh orang kafir. Saya tahu terdapatnya khilaf berkenaan isu itu tetapi di M'sia 90% ustaz masih menekankan keperluan menyamak bekas makanan yang telah digunakan itu, dan disokong dengan buku-buku agama Islam yang diterbitkan di pasaran.Kasihan adik-adik kita yang keliru.
Sebenarnya bantuan untuk revert ada dalam enakmen syariah setiap negeri tetapi 'kurang' diamalkan. Mualaf perlu memohon, mengisi pelbagai borang, beri pelbagai sebab dan akhirnya keputusan muktamad di tangan pihak jabatan agama. Zakat untuk mualaf juga ada tetapi berbeza nilainya setiap negeri. Saya menerima RM100 sumbangan zakat dari MAIP pada tahun 2006 dan ketika itu dalam bas, saya diberitahu oleh abang-abang revert lain bahawa itulah kali pertama mereka menerima zakat setelah bertahun-tahun memeluk Islam. Itupun kerana kami membalas surat bahwa kami akan hadir majlis penyerahan wang zakat pada jamuan berbuka puasa; yang tidak terima surat atau tidak dapat hadir, entahlah mana perginya wang tersebut. RM100 untuk setahun, hahahaha. Saya percaya wang zakat untuk reverts di Selangor lebih tinggi, dah terima belum?
:p
ReplyDeleteSaya ambil sekali sahaja, masa tu RM200 tahun 2007 kalau tak silap. Bayangkan ada sesetengah yang pergi ambil naik teksi atau bas. Kos pengangkutan nak pergi balik pun dan RM50 dah. Ke mana wang zakat yang selebihnya? Huhuhu...
Yg sedihnya saya pernah pergi merayu untuk dipinjam sedikit wang kerana ada masalah kewangan, masa tu baru revert so kewangan tak stabil (nak makan pun tak ada duit, duit cukup isi minyak moto pergi kerja aje). Saya difahamkan hanya diberi RM200 aje.... Saya pergi meminjam bukannya merayu nakkan wang. Akhirnya nasib baik ada kawan2 yang menderma. Sangat syukur. Alhamdullilah.
Assalamualaikum kak lya..... terima kasih banyak2 atas post nih..... im totally touched..... situasi yang sama sangat2 dengan saya.....
ReplyDeleteWaalaikumussalam ahong, dakbrightside,
ReplyDeleteSudha banyak kali saya dengar dan baca tentang saudara baru/mualaf yang terpaksa meminta derma bantuan kewangan dari NGO Islam kerana begitu banyak karenah birokrasi di jab.agama. Susah sangatkah nak hulurkan sedikit wang saradiri sedangkan setiap tahun begitu banyak zakat yang dikutip? Semoga mereka yang diberi amanah itu menjalankan tugas dengan sebaiknya kerana setiap tindakan mereka akan diadili di akhirat nanti,bukan?
Situasi itu masih berlaku di mana-mana untuk setiap mualaf yang belum isytiharkan pengislamannya :)
i remember ustaz answering my question about food (non-pork) cooked with same cookware used to cook pork. ustaz said "makan saja, kena jaga hati ibu". and another ustaz said about how chicken slaughtered by christian/jews in the name of God can also be eaten by Muslims. Sebenarnya Islam adalah agama yang berpandangan jauh, dalam semua situasi, sejak dari zaman Rasullulah s.a.w
ReplyDeletewe all should learn from Rasullulah s.a.w. way of preaching, tolerance, modesty, moderation and governance
Nick Chan,
ReplyDeletetrue, and that's what I do when I am at my mom's. Islam itu mudah tetapi kadang kala kita juga yang menjadikan amalan susah.
Terasa malu sbg muslim sendiri byk lalai dgn perintah Allah.Honestly, sy yg dilahirkan sbg org islam pun bila dah diuji hebat oleh Allah, barulah saya betul2 mendalami agama Islam, kak...
ReplyDeleteKalau tak sebelum ini semuanya acuh tak acuh ketika solat, puasa, dan ambil makanan. Saya sendiri byk ambil iktibar drpd muallaf. Sebabnya cara mereka mendalami islam sangat mudah saya fahami berbanding yg sememangnya lahir sebagai islam. Saya sendiri masih berdakwah di kalangan org yg lahir Islam. Saya sendiri akui ramai kwn2 saya yg sememangnya lahir Islam pun masih x mampu mendirikan solat 5 waktu. Sebab tu saya sangat respect Hiding Muallaf yang masih mampu ikut ajaran Islam. Sedangkan kami yang tiada halangan drpd keluarga pun kalah dengan nafsu dan hasutan syaitan.
Syabas utk kalian!Semoga Allah sentiasa merahmati anda sekalian....Chaiyok!!!^_^
Wassalam...
I always respect the reverts, not the ones reverting just to get married...New reverts embraced Islam just like the Sahabah did during Rasulullah time. Born Muslims like me always take Islam for granted...Alhamdulillah...Allah guided me.....
ReplyDelete