Mana nak cari benda-benda tu?
Sudah agak lewat, tapi niat nak hias rumah dengan ting-tong-tiang masih terasa dalam hati.
Ahh.. boleh singgah di Chai Leng Park, kawasan orang Cina. Tentu ada, saya berkata dalam hati.
Memang benar, banyak kedai yang menjual benda yang dihajati.
Saya akhirnya masuk ke dalam sebuah kedai menjual peralatan sembahyang penganut Budha. Banyak tanglung Cina tergantung di hadapan kedai.
"Itu 'kui lui'?" saya tanya kepada jurujual dalam loghat Hokkien Penang.
Dia langsung tidak kelihatan terkejut dengan soalan saya, walaupun saya berpakaian menutup aurat. Tudung labuh hijau pula dipakai di kepala.
"Itu Rm40 sepasang," jawabnya.
"Wah, mahal laaa... " saya menggeleng kepala.
"Tanglung ni kedai ini yang buat sendiri... ada bunga-bunga plastik," katanya dengan ramah.
"Errr.. tak ada tanglung biasa yang boleh dilipatkah?" saya melihat sekeliling kedai.
"Ada... di luar sana." Dia lantas keluar dan membawa beberapa jenis tanglung untuk saya pilih.
Mudah. Cepat. Ramah. Saya mudah berurusan dengannya, walaupun terdapat beberapa pelanggan lain yang turut sama memilih barangan. Tak sampai 10 minit, saya berjaya mendapatkan barangan yang dihajati ikut bajet yang dirancang. Alhamdulillah.
"RM3.. kurang jadi RM2.50... RM10 jadi RM8..." Hmmm, pandai dia berniaga. Harga dilabel diturunkan pula apabila dibawa ke kaunter jualan. Mahu tak mahu, saya sebagai pelanggannya tersenyum puas. Rasa seronok sebab mendapat harga 'diskaun'. Pandai taukeh itu bermain psikologi.
Alhamdulillah, setelah lebih 4 tahun beragama Islam dan menutup aurat, saya tidak segan lagi masuk kedai Cina dan bercakap bahasa Cina dengan taukeh. Mereka pun tak nampak terkejut, dan menerima saya seadanya. Biasanya saya dilayan seperti pelanggan lain.
Rahsianya? Buat-buat tak kisah jer... heheheee.
Assalamualaikum kak Aliya...apa khabar anak-anak semua?sudah pasti semuanya membesar dalam keadaan sihat dan begitu aktif sekarang ni kan..=)
ReplyDeleteAin baru tahu akak ni dah 4thn lebih as muslim revert,Alhamdulillah...
Tak kisahlah apa angka kita sekarang ni, moga segala yang kita kecapi, nikmat yang diberikan Allah SWT sentiasa disyukuri..Happy for u kak..=)
rmm..mmg chai leng park tu penuh dgn kedai orang cina..rasa mcm ada kat negara china puna ada..hehehehe..tp..jalan kat situ selalu jam..time lunch..ermm..mcm x bergerak je jln..hehehee
ReplyDeletenurain vivian,
ReplyDeleteWaalaikumussalam warahmatullah. Alhamdulillah anak-anak sihat,aktif seperti budak-budak lain, hehe..
InsyaAllah tahun ini ulangtahun yang ke6, 'baru nak masuk tadika' :))
Norasiah nasir,
ReplyDeleteSalam.. tinggal berhampiran tempat tu ker? Jika ya, bolehlah kita jumpa dekat-dekat sana. Saya hanya lalu singgah di sana bila ada keperluan,itu pun selepas waktu sekolah kira-kira 3 petang.. tak jam waktu tu, hehe..