Wednesday, January 4

ANAK SIAPA TU?

"Ishhh... awat henti tengah jalan?"
Saya tekan brek kereta. Hairan bercampur geram. Petang-petang nak pergi ambil anak-anak di taska, tiba-tiba kereta Myvi di depan kereta saya itu berhenti di tengah-tengah jalan.
Apasal?
Laaaa..... anak siapa tu?
Kelihatan seorang kanak-kanak kecil sebaya Ikram berjalan seorang diri di tengah-tengah jalan, hadapan kereta Myvi. Kanak-kanak perempuan berumur kira-kira 2 tahun.
Pemandi wanita di dalam kereta Myvi itu melambai-lambai kepada kanak-kanak itu supaya pergi ke tepi. Namun si kecil tidak mengerti; dia tetap berjalan melintasi jalan di hadapan kereta itu.
Melihatkan keadaan itu, saya sendiri mulai risau.
Mana ibu bapanya? Atau mana pengasuhnya?
Tiada seorang dewasa pun berada di jalanraya itu bersama-sama si kecil. Tiada juga kelihatan orang dewasa di hadapan rumah-rumah berdekatan.
Alhamdulillah, sebuah motosikal dengan 2 penunggangnya berhenti dekat si kecil lalu penumpang wanita itu turun menghampirinya.
Dia memegang tangan si kecil lalu membawanya mesu ke dalam sebuah rumah berdekatan.
Mungkinkah itu rumah si kecil?
Saya menarik nafas lega. Syukur. Si kecil terlepas daripada bahaya.
Fuhhh... itu bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku dekat rumah saya, yang kebetulan berhadapan dengan taman permainan kanak-kanak. Bulan lalu, saya terpaksa brek beberapa kali sebab mahu mengelak daripada terlanggar kanak-kanak tadika yang menunggang basikal di atas jalanraya. Seperti kes tadi, dia seorang diri.
Risau saya setiap kali memandu kereta di kawasan rumah pada waktu petang sebab kanak-kanak dibiarkan keluar rumah tanpa pengawasan orang dewasa. Takut terlanggar anak orang!

Sebab itulah sekarang jika suami tiada di rumah, saya tak bawa anak-anak ke taman permainan terutama sekali Ikram yang kini 19 bulan. Dia maih belum memahami semua arahan dan tak tahu akan bahaya. Tak larat saya nak kejar dia ke sana ke mari. Biarlah dia bermain di kawasan rumah saja... lebih selamat untuk waktu ini.

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. budak budak sekarang memang hyper and aktif. kadang2 parents memang tak sedar diorg keluar, tgk2 dah tak ade, tapi ade jugak yg malas nak ikut layan si kecik yg tak betah duduk diam.

    entry utk kesedaran. jom.
    http://tdreamchaser.blogspot.com/2011/12/must-read-if-u-r-muslim.html

    ReplyDelete
  3. Cabaran membesarkan anak2. Sebab tu kita sesama masyarakat ni pun perlu bekerjasama. Tolong tengok2 kan jugak anak org lain.

    ReplyDelete
  4. salam ..sorry klu topik sy tidak ade kene mengena dgn tajuk di atas..
    sy nak bertanya ngan Aliya berkenaan penukaran nama IC..Sy da berkawin 4 thn tp tak lagi pergi membuat penukaran nama kat IC sbb malas ngan masalah birokrasi, lg2 terpikir degree sy adalah dari oversea dgn nama asal Cina sy. so tungu smpai skrang xbuat lg..

    nak tanye ngan Aliya, bile aliya da tukar nama kat IC, semua2 mcm income tax, socso,bank, kredit card, geran kete, semua2 tu pun kene g tukar skali la kan ?

    income tax yg buat efiling lak mcm ner pulak ? leh tukar ka?

    pening kpl sy pikir, lg satu masalah, degree sy dari oversea , da xleh tukar da ..mcm mane lak tu..

    nak tanye pendapat Aliya..thanx...

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusslam cnen,
    Kadang-kadang saya sendiri pening melihat gelagat si Ikram, 19 bulan yang masih aktif walaupun sudah seharian bermain. Mungkin sebab susu sekarang banyak khasiat dan DHA, berbanding susu zaman dulu, huhu.

    ReplyDelete
  6. LydSunshine,
    Benar, perlu turut bantu awasi anak-anak jiran terutamanya. Namun bukan semua ibu bapa suka;ada yang marah pula bila kita tegur perbuatan anaknya yang kurang sopan... hmmm.
    Di kawasan perumahan saya, kini ramai bibik Indonesia yang membawa anak-anak majikan mereka bermain di taman permainan sementara ibu bapa berada di rumah.. kadang-kala tak pasti pula anak siapa kanak-kanak itu :(

    ReplyDelete
  7. My Putri,
    Waalaikumussalam. Pertukaran nama selepas memeluk Islam bergantung kepada individu, kini bukan wajib lagi menggunakan nama Melayu/Arabik selepas bergelar Muslim. Walaupun masih banyak jabatan agama Islam yang mahu mengekalkan tradisi itu dengan menasihati revert untuk memasukkan nama Melayu/Islam sebagai nama baru dalam IC, hanya revert yang berhak membuat keputusan sama ada mahu ikut nasihat pegawai itu ataupun tetap kekalkan nama asalnya dan hanya memasukkan Islam sebagai agama dalam IC baru. Yang penting sekarang adalah memastikan Islam ditulis dalam IC supaya status sebagai Muslim terpelihara.
    Saya memilih nama ini atas sebab-sebab tertentu, tetapi nama asal saya masih kekal dalam banyak urusan kerajaan termasuklah income tax efiling [masih malas nak turun naik LHDN, hehe].
    Sebenarnya tak perlu pun tukar nama dalam semua urusan selepas memeluk Islam. Ada sesetengah agensi yang tidak dapat tukarkan nama kepada nama baru Islam itu sebab sistem komputer mereka.Tukar nama pun, nombor IC kita takkan ditukar. Bila sudah ada nombor IC yang sama, maka sistem tak terima nama baru.
    Maka menukar nama atau kekal nama asal terpulang kepada anda. Yang penting nombor IC kekal sama sebab semua agensi menyemak data berdasarkan IC. Jika anda mahu kekalkan nama asal, boleh tetapi mesti tandatangani surat sumpah bahawa anda telah dinasihati akan perkara mengekalkan nama setelah memeluk Islam oleh pegawai jabatan agama. Anda mesti bijak berdialog dengan pegawai jabatan dan tetap dengan pendirian untuk kekalkan nama asal dalam IC serta kad masuk Islam. InsyaAllah, boleh dilakukan. Sudah beberapa revert kita yang berjaya kekalkan nama mereka dalam IC setelah memeluk Islam.

    ReplyDelete