Saya dan Ikram ketika dia berusia 7 bulan |
Alhamdulillah, pengetua sekolah meluluskan permohonan saya untuk bercuti awal 4 hari daripada tarikh dijangka bersalin saya iaitu pada 8 Julai ni [dah diberi tarikh untuk bersalin melalui cesarean] Dapatlah saya berehat seketika di rumah. Dah nak amsuk 38 minggu. Memang mulai rasa penat, tambah si dia dah asyik menendang dengan kuat.Tak dapatlah bayangkan bagaimana keadaannya jikalau saya masih perlu menaiki tangga ke tingkat 4 sekolah dalam keadaan begini [lega tak perlu lagi sehingga habis cuti 90 hari].
Kali kedua ini agak berlainan.
Pengalaman sudah ada. Sudah boleh jangka prosedur yang bakal dilalui sehingga bersalin.
Beg-beg untuk ke hospital dah siap dikemas.
Terpaksa sediakan untuk 3 hari di wad, kerana dijangka keluar pada 10 Julai [tu pun jika tiada masalah lain].
Bezanya cuma kali ini sudah bergelar ibu kepada anak berumur 13 bulan.
Selama saya di wad hospital, suami yang akan mengambil alih menguruskan Ikram [entahlah bagaimana keadaan Ikram nanti, sebab suami jarang menjaganya seorang diri].
Pesanan-pesanan untuk suami tentang cara menguruskan Ikram yang sudah pandai berjalan dan membuka zip beg baju nurserinya sudah ditulis dan ditampal di dinding. [bukan apa, takut dia kalut bila Ikram meragam].
Rumah pula, kurang kemas. Maklumlah Ikram yang 13 bulan sudah pandai memunggah dan melempar barang-barang yang dijumpainya [kata pakar kanak-kanak, itu perkembangan normal jadi bersabar sajalah].
Kami masih mencari-cari seorang pembantu yang dapat menolong saya ketika saya cuti berpantang di rumah. Sudah lama kami usahakan dan bertanya pada orang tetapi masih belum berjaya mendapatkan sesiapa yang boleh percayai untuk membantu menjaga saya dan anak kecil di rumah. Dalam hal ini, saya berserah padaNya Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pengunjung dan rakan-rakan atas sebarang kesilapan saya ketika berblogging selama ini.
Harap maafkan sekiranya ada komen saya yang mengguris hati sesiapa yang membaca.
Saya bakal menjalani prosedur bersalin yang agak rumit. Pengalaman melahirkan Ikram dengan bius penuh dan diikuti dengan masalah-masalah lain amat menggerunkan, dan saya berdoa agar tidak diuji sekali lagi dengan keadaan yang sama. InsyaAllah, biarlah kali ini anak lahir dengan mudah dan selamat.
Banyak lagi yang saya ingin lakukan selepas bersalin, maka saya berharap Dia Yang Maha Esa mengizinkan saya untuk terus membesarkan anak-anak dan menjalani kehidupan dengan baik dan selamat.InsyaAllah, saya akan masuk HSJ untuk tujuan bersalin pada pagi esok. Pembedahan dijangka pada Jumaat, 8.Julai [nampak gaya terpaksalah ganti puasa sebulan pada tahun ni].
Tapi saya pesan pada suami, jangan terkejut jika saya balik terus pada 7hb ni, kerana merajuk tidak diberikan bilik kubicle, dengan alasan saya ada darah tinggi dan perlu berada di wad kelas biasa [saya layak kelas satu].
Pengalaman berada di wad biasa hospital kerajaan menjadikan saya naik serik kerana tiada privacy - orang ramai keluar masuk sesuka hati terutama pada hari cuti minggumenyebabkan pesakit tidak dapat berehat dengan selesa, pelawat duduk di atas katil pesakit dan bersembang lama, tirai tidak dapat ditutup kerana kedudukan katil menyebabkan lelaki bukan muhrim boleh melihat pesakit wanita yang berbaring di atas katil, waktu asar susah nak solat kerana ramai pelawat berada di wad sehingga masuk maghrib, dll masalah.
Saya dah buat keputusan, jikalau tidak berjaya mendapat bilik kubicle di HSJ, saya akan minta untuk balik ke rumah saja tanpa bermalam di sana, dan tunggu sehingga sakit nak bersalin baru masuk semula ke sana [risiko tinggi tetapi bagi saya, itu lebih baik daripada tensen berbaring di atas katil di wad biasa tanpa privacy].
Kasihan Ikram yang tidak biasa berjauhan daripada Umminya. Dia manja dengan saya, buas dengan Abahnya [kali terakhir saya di wad, dia naik demam.. harap-harap kali ni dia ok].Tapi saya pesan pada suami, jangan terkejut jika saya balik terus pada 7hb ni, kerana merajuk tidak diberikan bilik kubicle, dengan alasan saya ada darah tinggi dan perlu berada di wad kelas biasa [saya layak kelas satu].
Pengalaman berada di wad biasa hospital kerajaan menjadikan saya naik serik kerana tiada privacy - orang ramai keluar masuk sesuka hati terutama pada hari cuti minggumenyebabkan pesakit tidak dapat berehat dengan selesa, pelawat duduk di atas katil pesakit dan bersembang lama, tirai tidak dapat ditutup kerana kedudukan katil menyebabkan lelaki bukan muhrim boleh melihat pesakit wanita yang berbaring di atas katil, waktu asar susah nak solat kerana ramai pelawat berada di wad sehingga masuk maghrib, dll masalah.
Saya dah buat keputusan, jikalau tidak berjaya mendapat bilik kubicle di HSJ, saya akan minta untuk balik ke rumah saja tanpa bermalam di sana, dan tunggu sehingga sakit nak bersalin baru masuk semula ke sana [risiko tinggi tetapi bagi saya, itu lebih baik daripada tensen berbaring di atas katil di wad biasa tanpa privacy].
Tolong doakan agar kami semua selamat.. semoga Allah membalasnya dengan kebaikan.
Terima kasih dan jumpa lagi minggu depan, insyaAllah.
semoga semuanya baik2 kak~~insyaallah~~
ReplyDelete*10 julai saya punya besday~he~~ble geng dengan anak akak nanti~~
Semoga puan selamat melahirkan nanti :)
ReplyDeletesalam, hope everything went well. take care.. :)
ReplyDeleteinsyaAllah..smoga kak alia dan bb sihat hendaknya...amin..
ReplyDeleteWaalaikumussalam semua,
ReplyDeleteTerima kasih atas doa dan ucap selamat.. ameen.
Saya tak jadi beranak pada hari ni seperti yang dijadualkan kerana didapati batuk sedikit. Rupa-rupanya batuk memberi risiko tinggi sebab boleh menyebabkan tersekatnya pernafasan ketika pembedahan dijalankan.Oleh itu, saya diberi antibiotik dan disuruh berehat di rumah.
Pembedahan cesaerean untuk melahirkan anak ditunda ke hari Isnin, 11 Julai pula. Semua atas kehendakNya Yang Maha Berkuasa :)
semoga semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah c:
ReplyDeletesemoga Allah menghadiahkan segala yang terbaik buat puan dan keluarga
ReplyDelete