Monday, June 6

ISTERI SOLEHAH ATAU ISTERI TAAT SUAMI?

"You tau tak, kawan saya yang baru kahwin, suaminya dahsyat sungguh, harimau.. sampai dia kena kunci diri dalam tandas," Sally [bukan nama sebenar] beritahu saya.
"Haaa? Mengapa kunci dalam tandas?" saya ternganga.
"Haiyah.. itu pun tak tau mehh? Suaminya mau lebih satu kali la sehari, dia tak tahan looohh!"
"Ohhhh... dia tak boleh tolakkah?"
"Mana boleh? Dia kata isteri tak boleh tolak kehendak suami, sebab tu dia terpaksa kunci diri dalam tandas sebab takut tak larat layan suami," Sally membeliakkan matanya.
Saya angguk, tanda faham. Gosip-gosip sensasi dalam bilik guru sebagai penghilang stres memang menarik. Saya yang ketika itu masih belum Islam, tertarik dengan teori yang dikemukakan oleh Sally. Isteri tak boleh tolak kehendak suami yang nak seks ? Itu ajaran Islamkah? Kalau begitu, seronoklah suami yang beragama Islam. Boleh demand bila-bila dan isteri pula tak boleh tolak. Tapi... mengapa masih ada suami Melayu yang pasang teksi di luar rumah atau kahwin lain?
Isu itu juga antara sebab saya tertarik mencari jawapan melalui pembacaan buku-buku Islam.
Lepas selidik dan baca, barulah saya tahu rupa-rupanya Islam itu adil, dan bukan meminta isteri sekadar memenuhi kehendak seks suami sahaja! Suami pun ada tanggungjawab dan peranan dalam rumahtangga. Banyak lagi perkara dalam perkahwinan Islam seperti dinyatakan di sini.

Sehari saya sibuk uruskan anak dan sibuk marking esei pelajar [antara kerja rutin saya yang paling liat nak dibuat sebagai guru bahasa] saya tak sempat nak baca berita semalam
Tadi saya dihubungi melalui emel tentang isu Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan. Hmmm, dengar nama pun gerun, hehehee.
Kelab Isteri Taat? Oooo, semak punya semak secara online, rupa-rupanya pengasasnya bekas ahli al-Arqam. Patutlah komen-komen yang diberikan tentang kewajipan isteri pun lain macam saja.

Mengapa dinamakan Kelab Isteri Taat?
Mengapa tidak diberi sahaja nama yang lebih bersifat neutral atau universal seperti Kelab Isteri Solehah atau Kelab Isteri Penyayang ?
Pelik bukan? Nak diketengahkan istilah taat pula...
Publisiti? Fuhhh, bukan main heboh lagi dalam internet tentang penubuhan kelab ini terutama di akhbar luar negara.

Baca punya baca akhbar online... ahhh, dah faham.
Secara peribadi, saya kurang bersetuju dengan "objektif penubuhan kumpulan " Global Ikhwan berkenaan sebagaimana yang dilaporkan di the Star. Tidak dinafikan bahawa akhbar the Star ini suka sensasikan berita-berita tentang Islam tetapi jawapan yang diberikan oleh penubuhan tersebut ternyata agak keterlaluan dalam definisikan tugas dan tanggungjawab para isteri beragama Islam. Saya semak dalam akhbar lain, betullah yang dilaporkan dalam the Star. Tak terpesong atau sengaja disensasikan pun. Memang itulah matlamat kelab itu, yang dikatakan menjadi pelengkap kepada kelab berpoligami.

Hmmm, memang isteri perlu taat pada suami tetapi taat yang mesti seiring dengan ajaran Islam. Bukan taat secara membuta tuli. Taat dulu kepada Allah swt, lalu ketaatan itu dijanakan pula dengan tingkahlaku taat kepada suami.
Tapi..taat suami dalam segala hal sehingga boleh disebut begini oleh timbalan ketuanya? Saya quote: “Ditanya mengenai jika isteri didera, adakah isteri masih lagi perlu mentaati suami, Rohaya berkata, seorang isteri perlu taat kepada suaminya dan juga membenarkan suaminya berpoligami kerana itu merupakan fitrah seorang suami.
“Seorang isteri perlu menjadi seorang isteri yang baik sampai bila-bila. Jika apa yang terjadi padanya sebagai contoh didera, mereka perlu memikirkan bahawa ini adalah ujian dari Allah kepada mereka.
“Setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Seperti kisah Firaun dan Asiah. Firaun suami kepada Asiah dan dia mengaku dia itu Tuhan. Tetapi, akhirnya Asiah masuk ke syurga,” katanya.

Huh, diizinkan isteri didera seperti Asiah dan disuruh bersabar kerana itu ujian daripada Allah? Tak dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan supaya deraan itu segera dihentikan? Maaf la, tapi pada pengetahuan saya, itu bukanlah sebagaimana yang diajar dalam Islam! Bersabar memang perlu bersabar tetapi bukan bersabar sehingga dicederakan/dibunuh seperti Asiah didera Firaun.

Satu lagi, mengapa bandingkan layanan isteri dengan pelacur? Apa pula ni? Kalau itu juga yang nak diajar kepada para ahli kelab pun, mestikah diketengahkan sebegitu dalam temuramah? Ada udang di sebalik mi?
Adakah patut dikatakan bahawa para isteri Muslimah perlu melayan suami lebih baik daripada pelacur, quote: seperti pekerja seks kepada suami? [isteri dikahwini secara sah, ada maruah laaa]. Pelacur layan kerana wang, isteri layan kerana kasih sayang. Satu kegiatan haram yang dilanat Allah, satu digalakkan malah mendapat pahala di sisi agama. Mana boleh dibandingkan langsung? Isshhh, ishhh, ishhh..[bo-lo punya olang yang cakap itu macam].
Lagipun, jika ada orang yang berani samakan layanan saya kepada suami perlu seperti pelacur kelas pertama, saya tak akan teragak-agak sepak teranjang dia dan halau dia dari rumah saya. Maruah saya [dan layanan ] sebagai isteri tidak boleh dibandingkan dengan layanan seorang pelacur.
Islam telah meletakkan status wanita dan isteri di tahap tinggi, mengapa ada wanita Islam sendiri pula yang mahu jatuhkan maruah isteri Muslimah dengan perumpamaan begitu?

Isteri acuan al-Quran taat pada suami yang soleh, bukan secara membabi buta.
Dalam Islam, juga wajib bagi suami melayan isteri dengan baik dan memenuhi hak-hak isteri seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw, dan tiadapun disuruh isteri bersabar sahaja apabila didera suami. Isteri Muslimah bukanlah pekerja seks kepada suami tetapi pembantu rumahtangga dan pendidik anak-anak suami. Islam meletakkan status isteri dan ibu di tahap tertinggi, mengapa pula kita nak samakan Muslimah dengan pekerja seks? 

Suami akan cari pelacur di luar/bercerai jika gagal dapat layanan first class la pelacur di rumah? Hello kawan, lelaki Muslim bergelar suami bukan semua begitu laa... kalau adapun, saya percaya bilangannya tak sampai 10%. Dari tinjauan dan komen-komen yang saya dengar sendiri dari mulut manusia bergelar lelaki dan suami, isteri yang hebat seks hanyalah sebagai ising/bonus sahaja dalam satu perkahwinan. Yang mereka perlukan bukan sahaja sebagai teman di katil, tetapi lebih penting lagi teman berbicara, berkongsi masalah dan penyokong kuat kepada impiannya, dan penghibur di kala suka dan duka. Wanita baik yang cintakannya, yang dia boleh 'kongsi minda, emosi dan segalanya' di dunia sementara ini, serta yang menjadi ibu terbaik kepada anak-anaknya. Wanita yang tidak akan lari ketika dia ditimpa kecelakaan, yang taat mengerjakan suruhan agama, serta yang hormat pada ibubapa suami serta berbaik dengan ahli keluarga suami. Itulah yang dicari-cari oleh setiap lelaki yang mahu bergelar suami.


Kini timbul pula group dalam FB yang menentang penubuhan/falsafah Kelab ini. Ada yang menuduh group FB itu tidak patut cuba campur tangan dalam hal agama Islam.
Tapi saya berpendapat tak perlulah kita orang Islam marahkan nonMuslim itu kerana komen mereka. Kita sendiri [walaupun bukan jari atau mulut kita sendiri tetapi saudara seagama] yang memberi peluang untuk mereka bersuara. Bukankah kita sendiri yakni Kelab Taat Suami itu sendiri yang menimbulkan isu itu? Lagipun group FB itu ditubuhkan bukan untuk menghina Islam/campurtangan dalam hal peribadi islam, cuma memberi pendapat masing-masing dalam group itu sendiri. Tak gaduh pun dengan orang Islam lain. Lagipun mereka sendiri sedar bukan semua orang Islam berpendapat sama dengan ahli Kelab T.S itu.
Quote dari group FB ini: Global Ikhwan and the OCW do not represent the whole community of Islam in Malaysia.
Ok, bagus.. ada nonMuslim yang sedar juga.


Perlu diingat, kumpulan Global Ikhwan itu sendiri yang menggalakkan orang nonMuslim untuk memandang rendah pada institusi keluarga Islam dengan cara mereka promosikan kelab itu. Jikalau anda seorang nonMuslim yang tak faham tentang ciri-ciri isteri solehah, mungkin anda juga akan percaya itulah yang diajar dalam Islam. Perlu taat pada suami dalam apa jua keadaan?Tak dinyatakan pula apa tanggungjawab dan peranan suami dalam rumahtangga.

Hmmm, orang ramai perlu sedar bahawa bukan semua teori yang diperjuangkan oleh kelab itu adalah 100% seperti dalam ajaran al-Quran dan Hadis. Nampak seperti ada sedikit terpesong.

Seorang isteri acuan Islam seorang isteri yang solehah, bukan setakat taat pada suami. Hebat di ranjang, itu bergantung pada pasangan tersebut juga. Kepuasan seks memang perlu tetapi itu bukanlah sebab utama orang Islam berkahwin. Perkahwinan adalah satu ibadah, dan bernikah itu juga untuk mendapat keredhaan Allah dan mendapatkan zuriat. Bukan kerana mahu layanan seks semata-mata. Banyak yang boleh diterangkan oleh Global Ikhwan tetapi pelik bin ajaib, mengapa seks juga yang diketengahkan dalam laporan berita? Komen yang diberikan oleh pertubuhan itu pula kurang sesuai untuk bacaan umum. Tak tahukah mereka bahawa segala komen itu hanya akan mengundang komen negatif terhadap suami beragama Islam dan agama Islam secara am? Atau adakah itu perhatian yang mereka idamkan?

Mana boleh salahkan isteri bila berlaku gejala sosial?
Suami tak ada tanggungjawabkah?
Lagipun, bukan semua gejala sosial yang melibatkan suami orang adalah kerana isteri 'lemah' di ranjang. Banyak hal lain lagi yang terlibat.
Mungkin selepas ini, mudahlah si suami yang mahu pasang spare saja, memberi alasan layanan dingin isteri sebagai punca mereka meliar di luar?
Mungkin selepas ini, si anak yang membaca akhbar berita akan menganggap perkahwinan hanya perlukan isteri layan suami dengan layanan 1st class di ranjang?
Mengapa ada wanita Islam sendiri yang suka menyalahkan para wanita dan isteri seagama untuk setiap kesalahan rumahtangga dan semua gejala sosial, sedangkan suami tidak disabitkan sama, seolah-olah suami tidak ada peranan dalam keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga?
Sukakah si suami beragama Islam jika layanan isteri anda di ranjang disamakan dengan seorang pelacur? Layanan ibu anda dan adik beradik anda juga perlu disamakan dengan layanan pelacur kelas pertama terhadap suami masing-masing? Itukah itu doktrin yang akan disampaikan juga kepada anak dara anda yang bakal berkahwin nanti, bahawa perlu layan suami dengan 1st class treatment di ranjang, bersabar saja walaupun dia sendiri didera? Hahhh, itulah yang hendak diterapkan kepada anggota kelab taat suami. Tak percaya, baca semula berita tersebut.

Aduh...
Kasihan lelaki Islam bergelar suami, nooohhh. Sebab saudara sekarang akan dilihat oleh sebilangan nonMuslim sebagai lelaki yang tak dapat mengawal nafsu [ tak taulah jikalau isteri layan sehebat pelacur di rumah atau tak... ]:P
Kasihan isteri yang bergelar isteri berpoligami. Sebab saudari mungkin akan dilihat sebagai isteri yang kurang hebat melayan suami di ranjang, sebab tu suami kahwin lagi [sebenarnya teori ni salah laaa]. Jika suami tak ada kehendak, takkanlah Allah hadkan seorang suami hanya 4 isteri. Ramai suami yang tak tambah kuota bukan tak ada keinginan itu, tetapi lebih takutkan hukuman Allah kepada suami yang gagal berlaku adil.

Terima kasih nooohhh kepada Global Ikhwan Sdn Bhd, korang bukan sahaja berjaya ditubuhkan bahkan menambahkan kekusutan dalam masyarakat Islam Malaysia yang sudahpun kusut hari ini...dan menambahkan beban kepada kami yang sedang berusaha berdakwah kepada masyarakat nonMuslim apakah itu ajaran Islam acuan al-Quran.
Kamu juga secara tidak langsung menyebabkan agama Islam semakin dikutuk dan dipandang rendah oleh penganut agama lain, sebab nonMuslim yang tidak faham Islam hanya akan kaitkan 'perjuangan' korang dengan sexism.

13 comments:

  1. Memanglah poligami tu diharuskan. Kalu lelaki nak tegakkan sunnah yg ramai lelaki(cam ramai ust n saya sendiri) x yakin mampu buat, silakan.
    Poligami tu mmg cantik diamalkan. Jika suami dan isteri-isteri faham tanggungjawab masing2.
    Boleh saja poligami jika utk menyalurkan seks yg high tu. Tanggungjawab pun kena sekali la. Nafkah dll

    ReplyDelete
  2. Saya suka baca tulisan Aliya yang mengulas isu ini. Barangkali kelab tersebut kena kaitkan juga dengan isu penceraian yang berlaku 15 minit sekali. Jangan terkejut, kebanyakan yang tuntut cerai di mahkamah adalah kaum Hawa dan kebanyakan kes cerai langsai serta-merta kerana mahkamah berpuas hati dengan alasan si isteri yang diakui suami. Mungkin perlu pindaan pada kursus perkahwinan malahan pendidikan untuk menekankan bahawa tanggungjawab suami lebih berat dari isteri. Rata-rata saya mendapati, kes penceraian berlaku kerana kegagalan suami memberi nafkah, kurang didikan agama, malahan ego kerana ingin isteri memberi layanan tip top atas dasar tanggungjawab isteri kepada suami

    ReplyDelete
  3. Apabila orang islam tengah sibuk berdakwah tentang keindahan Islam yang amat mementingkan Keadilan. Tiba2 meletup Malaysia dengan bomb yang dilontar oleh Global Ikhwan, aduuhh....

    ReplyDelete
  4. Salam kenal Aliya, tahniah kerana telah diberi hidayah oleh Allah untuk bersama-sama merasa nikmat Iman dan Islam...pendapat Aliya sama dgn pendapat saya...memang berita ini sebenarnya menjatuhkan maruah lelaki Islam..seolah-olah lelaki Islam kahwin hanya inginkan perkara itu sahaja..sebenarnya perkahwinan dalam islam adalah lebih mulia dari itu...saya juga akan ulas perkara ini kat blog saya juga, Insya-Allah

    Saya link blog Aliya kat blog saya...kalau sudi, datanglah jenguk blog saya...:)...

    ReplyDelete
  5. Menarik tulisan Kak Aliya.

    Umm.. saya rasa, Kelab Isteri Taat tu sesuai untuk isteri2 yg bersuami Muslim, tapi suami itu tak mengamalkan Islam dengan betul..selain mcari bantuan mengenai deraan, Kelab ni maybe sebagai tambahan kepada isteri2 itu untuk terus menjadi baik, bukan take revenge. Maybe la. Maybe perlu dinyatakan, siapakah tumpuan dakwah kelab tu.

    Alhamdulillah, memang beruntung isteri2 yang dapat berkahwin dengan suami2 soleh. Tapi maybe ada isteri yang nak jadi baik, tapi tak cukup kuat untuk kuatkan niatnya disebabkan terlalu sedih dengan sikap suami. sudah dicuba macam2 cara, tetap tak bjaya.

    Saya tak baca pun berita tu..hehe. tapi itu lah, maybe diorang kene tambah detail2 yg sepatutnya supaya orang tak confuse.

    Thanks Kak Aliya kerana mengajar saya tentang suami&isteri soleh&solehah yg sebenar..Personally, rasa bersyukur kerana terjumpa artikel akak.

    ReplyDelete
  6. YanaReya,
    Saya sendiri tidak berani mengaku diri sebagai isteri yang taat pada suami, kerana hanya dia yang bergelar suami yang boleh memberi pengiktirafan tersebut :)Saya hanya mampu berusaha ke arah itu. wallahu'alam. Bagi saya, jika taat pada suruhan Allah, insyaAllah isteri akan sentiasa taat pada suaminya.

    ReplyDelete
  7. Aku tak kisah pun tentang apa2 isu pun...kalau sesiapa nak masuk Islam silakan...yang aku tau jika orang non muslim masuk Islam, aku yakin dia orang sudah diberikan hidayah oleh ALLAH sebab 'hidayah' tu milik ALLAH. Kalau ALLAH tidak beri 'hidayah' dakwahlah macam manapun mereka takkan masuk ISLAM. Cuma kita sebagai orang Islam wajib berdakwah dengan apa cara yang kita mampu. Hidayah itu milik ALLAH kalau tak percaya cuba ingatkan kembali sejarah Rasulullah s.a.w cuba membawa datuknya yang amat disayanginya masuk ISLAM ketika hampir meninggal namun datuk Nabi tidak masuk ISLAM jugak sebab ALLAH tak beri 'hidayah' dan dikatakan seringan-ringan seksa dalam neraka ialah kepada datuk Nabi ini. Dia dipakaikan kasut daripada api neraka namun otaknya mendidih dengan seksaan tersebut...itu seksaan paling ringan di neraka...Jadi terpulanglah kepada orang yang masih belum ISLAM, Allah kata mereka kekal di dalam neraka.
    Jadi aku tak kisah pun sesiapa nak tubuh kelab apa sekalipun asalkan ia tidak HARAM disisi ALLAH, itu yang penting...

    ReplyDelete
  8. studioukm,
    Niat tidak menghalalkan cara.
    Banyak lagi cara untuk mengingatkan para isteri untuk taat pada suami yang soleh.
    Sama seperti tindakan membuat konsert londeh seluar dengan tujuan mengutip derma atau tindakan Robin Hood memberi wang kepada orang miskin untuk membantu mereka. Kononnya bertujuan baik tetapi caranya buruk, maka tetap akan dinilai dengan nilaian yang buruk di sisi masyarakat berilmu dan bertaqwa padaNya.
    Nabi s.a.w mengingatkan kita: “Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti pahala orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti dosa orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun”. (Riwayat Muslim)

    ReplyDelete
  9. Dah adakah yang menfatwakan kelab tersebut HARAM....dan kalau sudah ada maknanya kita semua bolehlah akur, kalau takde kita tak boleh membuat tafsiran sendiri....

    ReplyDelete
  10. studioukm,
    Harap saudara baca dan faham komen saya sebelum ini :)
    Saya tak pernah kata bahawa kelab itu haram. Hanya berpendapat cara ia membuat promosi itu tidak kena [isteri hanya perlu bersabar bila didera suami, suami curang adalah salah si isteri semata-mata, isteri seperti sama taraf denga pelacur], dan memberi tafsiran negatif terhadap wanita Muslim pada mata umum.

    ReplyDelete
  11. untung dpt isteri solehah.. aku xprnh pkul.atau berkasar dgn isteri. Cuma kdg aku suka membebel pasal ibadah.. taat pd parent aku.. kerja rumah.. cr layan tetamu.. cr urus anak n mana2yg brkaitan dgn tingkah laku yg akn aku tggung akibat jika aku xnasihat skrg.. wlupn aku kuat mbebel sbg cth pasal krja rumah, aku akn membebel sambil akubsndiri yg bt krja tu sndiri.. xsmpt masuk rumah aku ringnkn tangn buat mana2 krja yg smpt wlupn keletihn.. tp apa yg aku dpt slama brkhwin ni hnya sesalan dr isteri yg dpt suami yg bnyk mulut.. utk pngetahuan semua aku anak sulung yg terbiasa dlm menjaga adik2 aku. Kdg aku ditengking semata2 komen yg aku bg tu xkene pada jiwanya. Apa salah aku dlm tunaikn smua ni. Kdg klu bukn salah aku.. aku plk yg mnta maaf.. aku xfaham atas nasib malang aku.. ada yg boleh kongsi lg.. ini baru mukadimah..

    ReplyDelete