Alhamdulillah, dengan izinNya baru-baru ini, saya berkesempatan berjumpa semula dengan beberapa teman lama melalui Facebook. Teman-teman yang dahulunya seangkatan dengan saya, belajar menjadi guru di maktab perguruan di antara tahun 1990-1992.
Tiga tahun lamanya kami 30 bakal guru belajar bersama; sudah tentu banyak pengalaman yang dikongsi bersama yang hanya kami tahu. Sejarah pahit manis hidup saya selama 3 tahun bersama-sama mereka sebelum memeluk Islam masih dalam kenangan. Di situlah saya belajar tentang ilmu perguruan, dan di situlah jugalah saya bertemu dengan suami pertama [bekas]. Ya, kami sekelas.
Saya cuba ingat semula nama-nama mereka yang lain. Ada yang saya ingat kerana merekalah yang paling rapat dengan saya ketika itu. Saya cuba taip nama mereka dalam ruang search dalam Facebook. Alhamdulillah mereka juga menganggotai laman sosial itu.
Saya curi-curi baca komen yang wujud dalam kumpulan mereka. Hmmm, rupa-rupanya identiti saya yang baru sebagai Muslimah telah diketahui mereka, cuma mereka tidak dapat mencari saya dalam Facebook dengan nama lama. Masing-masing terkejut apabila mengetahui bahawa saya sudah memeluk Islam.
Saya mengambil langkah permulaan, dan menghubungi mereka yang beragama Islam.
Mesej saya dibalas.
Setiap yang menjawab itu pasti bertanya tentang pengislaman saya, hehehe. Seperti biasa, apa yang menarik saya kepada Islam.
Saya malas nak jawab panjang, lalu saya syorkan mereka baca blog ini. Biarlah mereka mengenali diri saya semula, kerana 17 tahun banyak mengubah diri dan pendirian saya.
Bukan mudah menjawab soalan "Apakah yang menarik awak kepada Islam?" dalam beberapa ayat.
Mungkin juga mereka terkejut kerana selama 3 tahun bersama mereka, saya tidak pernah membincangkan tentang Islam dengan mereka. Dan mereka juga tidak pernah berdakwah tentang Islam kepada saya walaupun ketika itu saya telah mula memakai baju kurung sebagai pakaian harian ke kuliah. Malah perhubungan kami agak tegang kerana perbezaan pendekatan terhadap kerja. Itulah keadaan kami ketika itu.
Saya tatapi foto-foto lama kami dan foto-foto mereka yang terkini. Memang banyak perubahan dalam 17 tahun ini. Yang dahulunya kurus kini sudah bulat, yang gemuk pula menjadi kurus.
Namun saya agak yang paling banyak berubah mungkin saya sendiri.
Mereka masih berbincang untuk mengadakan reunion kelas.
Saya masih teragak-agak untuk melibatkan diri.
Bukan tak sudi untuk bertemu kawan-kawan lama tetapi pasti akan berasa agak janggal apabila turut bertemu semula dengan bekas suami saya yang kemungkinan besar akan turut menghadiri majlis tersebut.
Ya lah, ada kenangan lama yang lebih baik dibiarkan begitu sahaja; tidak perlu dikenang kembali.
Untuk ketika ini, saya lebih selesa mengikuti perkembangan kumpulan kami dalam laman web sahaja.
Mungkin saya terlalu ikut perasaan tetapi bagi saya, kadangkala lebih baik menjauhkan diri daripada orang yang kita tidak suka daripada bermasam muka di hadapan orang ramai.
Biar saya yang mengundur diri.
Betulkah tindakan saya ni?
Maaf krn sy merasai tak layak (@belum bersedia) mmberi komen ttg hal peribadi...namun, pengalaman sy sdri dgn "reunion" agak menyeronokkan!
ReplyDeleteSy trtarik dgn 1 prnyataan yg Alia buat...iaitu dlm masa 3 thn, tdk ada yg mghidangkn konsep Islam kpd Aliya. Pengalaman ini juga pernah disuarakan oleh Sdr Hussain Yee. Sy kira ramai lg sdr muallaf lain yg cukup trkilan dgn hal trsebut!
I guess It's time to change...our brother callers in the West are doing a good job at it...research the you tubes to see it for urselves! Salam Tahun batu 1432H/2011M.
nak jwb betul salah tu terlalu sukar. mungkin yg boleh saya jwb adalah contoh yg terbaik adalah rasulullah. contohilah baginda untuk menjadi org beriman yg sejati. insyaallah. byk yg berubah... inilah kehidupan demi kematian. mungkin boleh lihat surah at taubah ayat 33 or 34.
ReplyDelete