Friday, March 19

MACAM MANA BERTUDUNG JIKA SAYA NAK WATER-SKI?

Jadi Model Tudung

November 17th, 2007 by aliya [ dalam blog friendster] - dipetik semula tanpa sebarang perubahan

Tak sangka sungguh, aku tak suka bergambar solo tetapi apabila kawanku yang juga saudara baru menghantar sms kepadaku pada malam Khamis memohon bantuan aku menjadi subjek dalam interviu, entah mengapa aku bersetuju. Mula-mula kufikir kena jawab soalan tentang pemakaian tudung oleh wanita Islam kerana menurut Izzati dalam sms, kawannya Victoria sedang membuat research tentang tudung. Ahh, dapatlah aku berdakwah sedikit, kufikir ketika itu. Kebetulan aku berada di USM pada hari itu sebab keesokan harinya aku bakal menduduki subjek Bahasa Cina pada sebelah petang. Memang Izzati dan Victoria bernasib baik dapat menghubungi aku ketika itu; awal atau lewat sehari aku sudah tentu menolak.
Tanpa memikir panjang, aku pun capai aje la baju dan pakaian yang ada dalam almari. Kebetulan dah nak tamat semester, hanya baju kurung dan tudung labuh 60′" yang ada dalam almari asrama. Pada fikiranku tak mungkin nak ambil foto; kalau ya pun mungkin sekeping dua saja. Ternyata tanggapanku meleset.
Rupa-rupanya Victoria, wanita Caucasian yang berusia 46 tahun tetapi kelihatan masih muda merupakan seorang jurugambar bebas. Researchnya adalah tentang cara pemakaian tudung oleh wanita Muslim di negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada pelbagai etnik. Aduh… aku yang baru setahun memakai tudung pula yang menjadi modelnya selain daripada Izzati dan Sheita, seorang wanita India-muslim. Nasib baiklah foto semuanya dalam hitam-putih. Penat juga aku senyum ke arah kamera dalam pelbagai posisi duduk.
Aku bertanya juga kepada Victoria yang sudah 2 tahun tinggal di Kuala Lumpur sama ada dia sendiri pernah memakai tudung. Katanya pernah semasa menghadiri workshop kebaya di Kuala Lumpur … dia mengaku berasa janggal melihat wajahnya pada cermin . Mungkin sebab dia hanya memakai tudung tanpa berasa ia satu kewajipan sebagaimana yang dirasai oleh wanita Islam, Victoria berkata dia kurang selesa. Aku turut berkongsi pengalaman aku ketika mula-mula memakai tudung selepas memeluk Islam, dan kuturut memberi beberapa ayat dalam Surah An-Nur tentang kewajipan menutup aurat terhadap wanita Islam.Manalah tahu, mungkin dapat membantu Victoria memahami dengan lebih lanjut tentang Islam dan semoga Allah membuka hatinya terhadap Islam.
Erm, Victoria sepatutnya sudah pulang ke negara asalnya Australia. Entah foto aku mana satu yang bakal dipilihnya daripada belasan yang diambilnya pada malam itu. Katanya hendak membuat pameran foto tentang tudung di Australia nanti. Dapat la aku peluang jadi model antarabangsa walaupun secara tak sengaja dan tak dirancang.. heheheee.
Semuanya dah termaktub.

nota: Saya dah lupa tentang peristiwa ini sehingga menerima emel jemputan dari beliau tentang pameran yang sedang berlangsung di Museum Pulau Pinang sehingga 31 Mac 2010 :)

link:

esei cattoni sendiri: http://www.victoriacattoni.net/downloads/Cattoni_re-dressing_singapore.pdf

esei oleh hasnul Saidon: http://www.victoriacattoni.net/downloads/HasnulJSaidon_Hijab.pdf

http://www.victoriacattoni.net/re-dressing.htm

http://www.victoriacattoni.net/re-dressing_sing.htm

http://www.youth.sg/content/view/7020/50/

4 comments:

  1. Salam,

    Very interesting. Something Malaysian never thought to do. Like the part where she asked the non muslim to try the veil themselves.

    Jom kak, pi tatap wajah akak zaman muda mudi dulu. he he

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam bell,
    Yes, very interesting , right. Perhaps you'd like to adopt and adapt the hijab wearing session for a project at USM?
    hahaha... saya masih muda, mah. InsyaAllah, akan pergi, nak gak tengok potrait Muslimah lain yang ditayangkannya.

    ReplyDelete
  3. salam kak aliya

    unik btol subjek dia...
    may Hidayah Allah be with her. Ameen

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam yusuf mujahidin,
    Benar, siapa di antara kita orang Muslim yang berani mengesyorkan wanita non Muslim untuk cuba memakai tudung/hijab?
    Ameen..

    ReplyDelete