Thursday, March 18

CUTI MAKAN ANGIN LAGI

Maaf kerana senyap selama beberapa hari. Saya baru pulang ke rumah setelah bercuti bersama suami di Cameron Highlands. Alhamdulillah segala urusan kami di sana dipermudahkanNya.
Ini mungkin percutian yang terakhir sebelum saya bersalin melahirkan anak [dijangka awal bulan Jun, insyaAllah]. Kami memilih tempat peranginan yang sejuk, tambahan pula sudah lama saya tidak menjejakkan kaki di CH. Tak banyak yang berubah di sana. Cuma lebih banyak gerai sahaja.

Kali terakhir saya di sana, saya masih sebagai non-Muslim. Tak kisah di mana tempat makan, asalkan sedap dan bersih. Kini sebagai orang Islam, saya dan suami lebih berhati-hati mendapatkan makanan yang halal. Kami bermalam di sebuah hotel di Tanah Rata dan sarapan disediakan. Hanya makan tengah hari dan makan malam yang perlu diuruskan sendiri. Oleh kerana was-was dengan makanan yang dijual di restoran India/Mamak yang banyak di sana, kami hanya singgah makan di gerai-gerai Melayu di medan selera. Agak terkilan juga kerana restoran Melayu yang lebih besar dan selesa, diuruskan oleh orang tempatan susah dijumpai.

Makan steamboat di Tanah Rata. Meronda pasar malam Brinchang. yang dibuka pada setiap hari sempena musim cuti sekolah [tempat parking sangat-sangatlah terhad, polis pula tunggu dengan saman, ishh ishh ishhh]. Melawat ke ladang teh, kebun bunga, ladang strawberi, ladang lebah, dan ladang rama-rama. Ahhh, dah jadi 'mak labu' pun masih larat lagi berjalan-jalan daki sana sini, hehehe... kaki bengkak dan sakit belakang terus dilupakan. Nampaknya teruja pula anak dalam kandungan ni, makin aktif kerana dapat makan strawberri yang segar. Mengidam rupanya!

Saya bersyukur kerana dizinkan Allah swt untuk berehat selama beberapa hari di CH bersama suami. Dapatlah kurangkan stres sambil menimba pengalaman baru. Boleh tambah ruangan dalam jurnal anak yang semakin tebal. InsyaAllah cuti pertengahan tahun nanti, saya akan berada di rumah sahaja kerana berada dalam pantang selepas melahirkan anak. Ketika itu, orang lain pergi makan angin, saya pula yang akan sibuk di rumah :)

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Semoga selamat Aliya lahirkan putera sulung nanti! Best kan gi Cameron Highlands? Angin sejuk berhembus menyapa kita dengan lembut terutama sekali sebelah malam dan awal pagi. Kami tinggal di Century Pines Resort dan dari balkoni bilik yang luas giler, angin segar menerpa masuk merangsangkan minda dan jiwa raga. :) Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam sifu,
    Ameen...
    Dah lebih 10 tahun tak ke Cameron Highlands, akhirnya sampai juga. Lepas melahirkan anak nanti, pengalaman bercuti yang lain pula ~ bawa anak bersama, dengan beg lampin, botol susu, dll.. aiyoyo!

    ReplyDelete