Siapa pengasas agama Islam?
Apakah Rukun Islam yang pertama?
Bolehkah pelajar melakukan hijrah? Bagaimana?
Selain wanita Islam, siapa lagi yang memakai tudung kepala?
Apakah yang dipercayai oleh penganut Kristian mengenai Jesus Christ?
Bagaimana kamu tahu bahawa kamu telah jatuh cinta pada seseorang?
Ber'couple' sebelum kahwin, lebih menyeronokkan atau lebih menyusahkan?
Saya suka menyoal pelajar.
Bukan untuk menyusahkan mereka tetapi sebagai satu teknik untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan dan pemahaman mereka tentang sesuatu topik.
Alhamdulillah, tugas saya sebagai guru bahasa dan diminta untuk turut mengajar subjek Sejarah [kerana kekurangan guru] memberi peluang kepada saya mendekati para pelajar dengan lebih mudah.
Dapat berkomunikasi tentang banyak perkara.
Dan saya dapati, ramai yang masih kurang berilmu kerana mereka kurang membaca.
Kalau diberi pilihan membaca buku dengan menonton televisyen, ramai yang akan memilih televisyen.
Kalau disuruh pilih antara buku ilmiah dengan novel, ramai yang akan pilih novel.
Surat khabar jarang dibaca kerana ibu bapa pun jarang membeli. Memakan belanja besar jikalau dibeli setiap hari.
Bosan membaca buku teks yang tebal-tebal.
Maka berlakulah simptom pelajar yang kurang tahu, kerana kurang membaca.
Fenomena ini sering berlaku di sekolah-sekolah luar bandar kerana kekurangan bantuan dan sponsor [ironinya, sekolah-sekolah elit di bandar yang selalu mendapat sponsor akhbar percuma Bahasa Melayu dan akhbar Bahasa Inggeris untuk kegunaan pelajar dalam kelas, sedangkan yang amat memerlukan adalah pelajar miskin di luar bandar].
Ada yang mengaku sudah khatam al-Quran tetapi tidak faham kandungan kitab suci itu, kerana semua dalam bahasa Arab.
"Tak baca terjemahan dalam Bahasa Melayukah?" saya tanya.
Mereka senyum sambil menggeleng kepala. Rupa-rupanya di rumah tiada terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu. Yang ada hanya kitab lama.
Mungkin ada di antara mereka yang lancar membaca surah tetapi masih belum tahu maksud surah tersebut.
Bukan salah mereka pun.
Cuba belek buku teks Pendidikan Islam sekolah menengah. Adakah maksud ayat-ayat surah yang ditulis dalam rumi? [ ramai pelajar Melayu yang buta jawi dewasa ini]
Aduh.. banyak lagi yang perlu dilakukan untuk generasi pelapis kita.
Jikalau mereka tidak membaca, bagaimana mereka hendak tahu, hendak faham, dan hendak amal?
illustrasi: http://clipart.peirceinternet.com/png/reading-child.png
hikmah jadi guru.
ReplyDeletedapat mencorak generasi masa depan.
namun berapa ramai yg benar2 mentarbiyah, bukan hanya sekadar mengajar?
hope that more teachers are willing to strife and give their best to mold students into becoming better muslims..
nak promosi.. (^_^)
jom ke konsert lifeline 4 Gaza pd 26.3 (Jumaat) di masjid wilayah. detail lanjut di blog saya..
may Allah bless!
Salam,
ReplyDeleteBenar seperti yang dicatatkan, memang pelajar luar bandar kalau mahu menambah ilmu dengan membaca akhbar tidak kira bahasa kenalah berusaha keras, jarang sekali ada yang sanggup memberikan biaya (sponsor). Ini pengalaman sendiri. Syukurlah guru B.I di sekolah dulu panjang akal, dimohonnya kepada NSTP agar memberikan potongan harga. Ya, kami beli dengan harga 50 sen (memotong sendiri belanja kantin dari seringgit untuk sepinggan mee goreng kepada sebuku roti). hasilnya? saya dapat A2 dalam B.I semasa spm. Sangat mengejutkan bagi anak luar bandar terutama budak felda dari pedalaman negeri!
Salam,
ReplyDeletetersentak saya dari lamunan seorang muslim yang memang banyak kekurangan.
ilmu Al-Quran memang tak habis untuk dipelajari, bukan setakat membaca dan khatam sahaja.
Terima kasih puan.
Waalaikumussalam Humayra'
ReplyDeleteSatu tanggungjawab yang berat untuk guru mendidik para pelajarnya, tetapi malangnya buan semua yang mampu/hendak berbuat demikian.
Maaf nampaknya saya dah terlewat untuk promosi konsert itu. Ada apa=apa berita tentang konsert itukah?
Waalaikumussalam aliff muhammad,
ReplyDeleteTahniah atas kejayaan saudara. Pengorbanan ikhlas membuahkan hasil yang baik. Bukan mudah untuk pelajar mahu berkorban demi ilmu, kadang-kadang beri alasan tiada wang beli buku & suratkhabar tetapi boleh bayar topup handfon berpuluh-puluh ringgit.
Saya sendiri sudah letih nak kempen, minta pelajar beli akhbar B.Inggeris 70 sen senaskhah seminggu pun liat. Nak minta sponsor, siapa mahu, sekolah luar bandar.
Waalaikumussalam jo,
ReplyDeleteSegala pujian bagi Allah swt.
Sama-sama.
perbezaan taraf hidup merupakan salah satu faktor menyebabkan perbezaan dari sudut gaya hidup... kasihan pelajar zaman sekarang yg secara tidak langsung menjadi mangsa kepada kelemahan iman umat akhir zaman yg banyak memilih dunia lebih dari 'negeri di akhirat'. kita....umat islam patut lebih memahami dan menghayati islam dengan ilmu yg telah jelas sumbernya disertai dgn doa. Allah Maha Mengetahui..
ReplyDelete