Tuesday, December 2

TERASA HATI


Ya Allah
Bersihkan hatiku
Daripada sifat mazmumah.
Tanamkan sifat mahmudah pada diriku.
Ampunilah dosa-dosaku
Aku hambamu
Yang lemah lagi kerdil
Yang mengharapkan bimbinganMu
Dan kasih sayangMu.

Ya Allah
Jauhilah aku
Daripada mereka yang berniat buruk terhadapku.
Lindungi aku
Daripada terikut-ikut dengan sikap buruk mereka terhadapku.
Aku ingin menjadi Mukminah yang sejati
yang berani, yang berbakti.

Berilah aku taufik dan hidayah
bantulah aku memaafkan mereka
yang bertindak di luar jangkaan,
yang mementingkan diri,
yang bersikap dengki,
yang belum terbuka hati
menerima ketentuan illahi.

Kau Yang Maha Berkuasa ke atas kami
Kau Yang Maha Mengetahui isi hati kami
KepadaMu jua kami kembali
Bantulah hambamu ini,
Tabahkanlah hati ini,
Bantulah diri ini untuk bersabar
Dengan karenah mereka
Yang zahirnya sudah beriman
Yang zahirnya sudah bertaqwa
Yang zahirnya sudah berkhatam Quran
Namun batinnya hanya Kau yang tahu
Hanya Kau yang mampu mengubah
pendirian mereka.

Ku bersyukur dengan apa yang ada
Ku turut panjangkan doa
Bagi mereka yang menjadi mangsa
Pandangan sempit masyarakat
Pegangan yang taksub adat
Pendirian yang bakal memakan diri sendiri.

Ku idamkan syurga jannah
Keredhaan suami
Keredhaan Allah
Kasih sayang suci sesama manusia
Dari seorang hamba Allah kepada saudaranya
InsyaAllah.

Ya Allah
Ampunilah mereka
Bimbinglah mereka
Yang masih jahil
Yang masih tidak mahu berubah
Yang masih tunduk melayan emosi
Yang masih mengamalkan semangat assabiyah.

8 comments:

  1. Assalamualaikum, pertama kali membaca blog ini, seolah-olah membaca buku Kisah Saya Saudara Baru oleh Nur Aishah Chua, semoga terus dipermudahkan Allah menjalani hidup sebagai Muslimah Mukminah

    ReplyDelete
  2. My dear Aliya,

    To keep you strong in your journey back to Allah, here's something you might know already: Bala yang paling berat akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian orang yang paling mulia (selepas nabi), kemudian yang paling mulia selepas itu. Seseorang itu diuji mengikut pegangan agamanya. Jika kuat agamanya beratlah ujiannya. Jika lemah agamanya, maka diuji mengikut agamanya.” (Riwayat At Tirmizi)

    Take care.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Aliya.

    Membaca doa ini seolah-olah dapat merasai apa yang Kak Aliya sedang lalui.

    Semoga Kak Aliya semakin sihat dan sejahtera demi mengharungi ujian hidup yang telah Allah tentukan. Dan semoga Akak berjaya menempuhnya.

    ReplyDelete
  4. Salam ismifatina,
    Selamat berkunjung ke sini. Pengalaman Nur Aishah Chua agak berlainan daripada pengalaman saya, sebelum dan selepas memeluk Islam.

    ReplyDelete
  5. Pencil,
    Alhamdulllah, thanks for the reminder. I suppose to truly be 'The Exalted Light'needs one to have plenty of courage, patience and strength. I hope to have enough of those. Kalau Allah swt menghendaki saya lebih mendekatinya melalui ujian-ujian ini, saya redha.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam Kakchik,
    Agak moody hari ini tetapi tidak mahu tunduk melayan emosi, huhuhu. Ragam manusia kadang-kadang menyakitkan hati. Oleh itu, artikel/doa hari ini keluar sebiji-sebiji tanpa dirangka.. begitulah selalunya kalau mood menulis timbul. Saya bersyukur dengan segala ujian yang ditempuhi, kerana ia hanya lebih mendekatkan saya padaNya. Terima kasih atas doa kakchik untuk saya, ameen.

    ReplyDelete
  7. Al Baqarah:186.

    "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"

    mungkin doa kita tak makbul sebab ada perkara yang Allah perintahkan tidak kita laksanakan lagi..... hehehehe

    ReplyDelete
  8. Entah Pendekar,
    Doa belum makbul mungkin ada sebab-sebab lain..mungkin belum masanya lagi atau mungkin ada perkara lebih afdhal yang Allah khaskan untuk hambaNya yang sabar..wallahu'alam

    ReplyDelete