Sunday, December 7

SUJUD

Alhamdulillah, akhirnya setelah lebih 2 minggu bersolat duduk, saya dapat menikmati semula cara mendirikan solat seperti biasa. Sudah lama benar saya hanya mampu bersolat dengan duduk di kerusi. Berkali-kali saya cuba solat seperti biasa tetapi semasa hendak sujud, sakit di tempat luka menyebabkan saya terpaksa membatalkan hasrat. Risau luka semakin melarat pula.


Apabila pulang malam tadi, saya cuba sekali lagi dengan berhati-hati. Risau sakit di tempat luka seperti yang dirasai beberapa hari yang lalu. Syukur, saya mampu sujud dengan selesa walaupun masih perlu berhati-hati. Pergerakan dalam solat cukup berhati-hati. Sekurang-kurangnya saya tidak akan dituduh melakukan solat ekspres atau solat ala kadar, hehehe.

Seronok saya mendirikan solat maghrib dan solat isyak hari ini. Terasa puas sungguh bersolat dengan rukuk dan sujud seperti biasa. Betapa bahagianya hati ini. Syukur alhamdulillah Allah izinkan saya untuk mendirikan solat seperti biasa menjelang Aidil Adha.



Saya ucapkan Selamat Aidil Adha kepada semua rakan-rakan dan pembaca blog ini. Sama-samalah kita menghayati erti korban dari kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail. Semoga Allah swt ampuni dosa kita, terima ibadah kita dan berkati kita semua, ameen.

image: http://farm2.static.flickr.com/1307/905349198_05fbd26718.jpg?v=0

2 comments:

  1. salaam sister,

    ruku' dan adalah satu kenikmatan dalam ta'abbud seorang kepada Allah.

    Bila saya melihat seorang yang bersolat di atas kerusi dan hanya mampu membongkok untuk ruku' dan sujud, saya begitu rasa bersyukur kerana masih diberi peluang meletakkan dahi ini di hadapan Ilahi.

    Selamat Hari Raya Aidil Adha.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Anak Timur Laut,
    Setuju, sesungguhnya nikmat rukuk & sujud ketika solat tidak dirasai sehingga diri tidak mampu melakukannya. Saya beryukur sangat-sangat kerana diizinkanNya sihat untuk melakukannya semula menjelang Aidil Adha.
    Selamat Hari Raya Aidil Adha

    ReplyDelete