Friday, September 30

BAPA O BAPA

Sedih bila membaca kisah tentang seorang atuk dalam blog Ustaz Amin, yang akhirnya meninggal dunia tanpa dipedulikan oleh ahli-ahli keluarganya.
Itu bukan kisah pertama yang saya dengar dan baca tentang bapa-bapa yang ditinggalkan oleh anak-anak pada usia emas mereka di rumah orang tua. Kasihan betul tapi apa nak buat, dah begitu nasib mereka. Hanya anak-anak mereka dan ahli keluarga terdekat yang bertanggungjawab menjaga mereka.
Rata-rata orang ramai mengutuk perbuatan mereka yang tinggalkan ibu bapa di rumah orang tua. Bertahun-tahun tak menziarahi mereka. Kebiasaannya yang sering dibaca dalam akhbar adalah si bapa yang ditinggalkan, walaupun sekali-sekala ada juga kisah si ibu.

"Betul tak nak ambil tahu langsung?"
"Buat apa? Masa kami kecil, dia pun tak ambil berat tentang kami, Ibu yang bersusah payah membesarkan kami lima adik-beradik," ujar si anak. "Bila dah tua dan tak berdaya, baru nak datang cari kita, minta duit."
"Dia tetap bapa awak, tanpa dia, awak takkan berada di dunia ni."
"Kami di dunia ni sebab dah ditentukan Allah. Lagipun semua masalah berpunca dari dia sendiri; dia yang tak bertanggungjawab, dulu ada duit berfoya-foya, satu sen pun tak pernah beri pada kami sekeluarga. Bila Ibu minta duit belanja, dipukulnya Ibu depan mata kami, lalu Ibu ditinggalkan gantung tak bertali. Sekarang lepas 20 tahun baru dia nak datang jenguk kami? Maaflah, kami tak kenal dia lagi."
"Tak kesiankah, dia bapa awak? Takkan nak biarkan dia menagih simpati orang ramai, masuk surat khabar?"
"Jika dia muka tebal, dipersilakan. Kami pun boleh dedahkan cerita sebenar. Lagipun kami adik-beradik dah sepakat tak mau ambil peduli hal dia lagi. Jika 20 tahun lalu dia datang jenguk kami masa kami susah, keadaan dia takkan teruk begini. Sekarang dah terlambat. Ibu sendiri dah tawar hati, tak izinkan bapa pulang ke rumah. "

Perbualan yng bukan lagi asing bagi saya sendiri.
Perbuatan si bapa yang lampau, walaupun sedikit, boleh meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa anak-anak. Bila kita baca dalam akhbar tentang orang tua yang ditinggalkan di rumah kebajikan atau di kaki lima, timbul rasa pilu dan kasihan pada orang tua itu, yang kebanyakannya golongan lelaki. Ramai yang ada anak kandung, ada isteri tetapi mereka dilayan begitu rupa. Bila diselidik latar belakang mereka, rupa-rupanya ada kisah di sebalik perbuatan ahli keluarga mereka itu.

"Bapa saya dulu selalu pukul kami bila dia balik rumah dalam keadaan mabuk."
"Kami pilih Mak bila Bapa menceraikan Mak untuk kahwin lain. Sejak itu Bapa tak pedulikan kami lagi, tak berikan nafkah untuk kami adik-beradik. Mak yang buat kerja cuci rumah orang untuk sara kami enam adik-beradik. Jadi buat apa kami nak tolong dia sekarang?"
"Bapa sendiri tuduh saya anak haram dan bahawa Mak berzina, jadi kenapa sekarang anak haram ni yang mesti jaga dia? Sekarang baru nak mengaku anak kandung?"
"Masa Ibu mengandungkan adik, Ayah ugut nak buang kami sekeluarga kalau tak turuti segala kemahuannya. Ayah selalu ugut Ibu sehingga Ibu sedih dan menangis. Saya kesian tengok Ibu, lalu saya berjanji takkan pedulikan Ayah lagi selepas dia benar-benar buang kami dari hidupnya lima tahun lalu. Mengapa sekarang baru dia nak ambil kami balik? Dia ingat kami ini apa? Barang mainan, boleh buang dan ambil sesuka hati?"

"Bukankah dalam Islam, kita wajib menjaga ibu bapa kita bila mereka dah tua dan uzur? Tanpa ibu bapa, kita takkan sihat dan sejahtera seperti sekarang."
"Tapi bukankah dalam hadis, Rasulullah saw sendiri suruh kita utamakan Ibu? Berbuat baik kepada Ibu itu  lebih utamakan berbanding kepada Bapa? Saya ikut sunnah Nabi la."

“Siapakah yang lebih berhak menerima perkhidmatanku? Lalu Rasulullah menjawab, ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya lagi, ‘Kemudian siapa’? Rasulullah menjawab, ‘Kemudian ibumu’. ‘Kemudian siapakah lagi?’ Soal lelaki itu lagi. Jawab Rasulullah saw, ‘Ibumu’. ‘Kemudian siapakah lagi?’ Soal lelaki itu. Rasulullah menjawab: ‘Bapamu’.(Muttafaq Alaihi)

"Tapi Bapa awak, takkan nak biarkan dia merempat? Awak tak nak jagakah?"
"Saya utamakan Ibu sebab Ibu yang lebih banyak bersusah payah membesarkan saya. Bapa cuma ada di rumah sekali sebulan sebab kerja di tempat lain. Dia tak pernah ambil tahu kehidupan senang susah kami. Masa kami sakit, Ibu yang jaga. Bila jiran fitnah Ibu ada kekasih gelap, Bapa terus mengamuk dan tak balik langsung selama 10 tahun. Ibu merendam air mata sehingga meninggal dunia kerana rindukan Bapa. Awak nak saya terima Bapa balik semudah ini, setelah apa yang dia lakukan terhadap kami semua?"
"Bukankah memberi maaf itu lebih baik daripada berdendam? Lagipun dia tetap bapa kandung awak."
"Saya maafkan dia tapi saya tak nak tengok muka dia lagi."

Bagi kita yang memandang dari jauh, memang mudah untuk menunding jari dan menyatakan,"Tak patut si anak layan bapa atau ibu kandungnya dengan tinggalkannya di rumah orang tua. Berdosa derhaka pada ibu bapa." Mudah bagi kita orang biasa menunding jari dan mengutuk si anak.
Namun mereka yang telah mengalami pengalaman pahit ditinggalkan atau didera oleh orang yang sepatutnya menjaga dan menyayangi mereka semasa kecil, bukan mudah untuk mereka memaafkan perbuatan lalu dan menerima orang tua mereka semula. Ia mengambil masa, dan memerlukan pengetahuan agama dan kekuatan jiwa untuk memaafkan segala perbuatan lampau si bapa atau ibu.Lebih-lebih lagi anak-anak yang ibu bapanya bercerai dan dibesarkan oleh ibu tunggal.

Memang, Islam menuntut anak-anak untuk berbuat baik kepada ibu bapa.

“Redha Allah itu berada dalam redha kedua orang tua dan murka Allah itu berada dalam murka kedua orang tua”.(Riwayat Abdullah bin ‘Amr).
 
Bukan sedikit ayat dalam hadis dan alQuran yang menyentuh bab ini. Saya percaya mereka yang mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa juga tahu tentang ini tetapi hati dan perasaan mereka tetap mengahalang daripada memaafkan dan menerima semula orang tua itu. Benar sekali pernyataan bahawa meminta maaf dan memberi maaf dua perbuatan yang sukar sekali bagi manusia biasa. Sebaik-baiknya bila kita baca atau dengar kisah sebegini, doakanlah agar terbuka hati anak-anak tersebut untuk memaafkan orang tua mereka dan menerima/jaga mereka semula di hari tua. Bukan sekadar mengutuk perbuatannya kemudian lupakan sahaja kisah itu.




Oleh itu, wahai mereka yang bergelar si bapa, laksanakanlah segala tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga dengan baik dan adil. Pada waktu anda kuat dan gagah mungkin anda akan berkata dengan megah,"Saya bapa kamu, kamu mesi patuh dan ikut suruhan saya." tetapi bila anda dah tua dan uzur, hanya kasih sayang dan didikan baik kepada anak-anak yang bakal membolehkan mereka mengambil tugas menjaga anda pula. Lapanglah masa untuk bermesra dengan isteri serta anak-anak, dan bina kefahaman mereka membentuk jati diri Muslim yang sejati. Di samping itu, layanlah isteri anda juga ibu mereka dengan penuh kasih sayang dan perhatian di hadapan anak-anak kerana pengaruh isteri anda terhadap anak-anak jangan dipandang ringan. Jika kasih sayang isteri yang mendidik dan membesarkan anak-anak itu bertukar menjadi benci, kemungkinan besar itu juga perasaan yang akan dirasai oleh anak-anak, tak kiralah betapa sayangnya anda pada mereka.

Ibu-ibu juga, jagalah hubungan anda dengan suami yakni bapa kepada anak-anak anda. Mereka mungkin tidak menyuarakan tetapi mereka lihat dan dengar segala yang kita lakukan serta nyatakan. Andalah model kekeluargaan bagi mereka. Jadilah muslimah yang baik, isteri yang solehah dan ibu yang membesarkan serta mendidik anak-anak dalam bentuk Islam. Jikalau kasih sayang dan saling hormat-menghormati yang mereka lihat dalam hubungan ibu-bapa mereka, itulah jua yang bakal mereka bawa ke gerbang perkahwinan mereka sendiri kelak, insyaAllah.

Pendek kata, sama-sama kita berusaha membentuk keluarga Muslim yang utuh, yang rohnya adalah Islam. Jagalah hati dan perasaan sesama ahli keluarga, tunaikan dan hak tanggungjawab masing-masing dengan sebaiknya. Semoga semua ahli keluarga kita itu bakal bertemu semula di syurga Firdaus kelak, insyaAllah.

Thursday, September 22

PENGASUH

Saya terdiam. Suara wanita menjerit memarahi kanak-kanak jelas kedengaran dari taska. Lantang. Keras. Disusuli dengan tangisan kuat seorang kanak-kanak. Lama juga dia marah.
Aduh. Kanak-kanak itu telah mengambil telefon bimbit pengasuhnya, lalu dimarahi. Biasa la, kanak-kanak generasi Y ni memang tak boleh lihat handfon, mesti dibelek. Ikram yang berusia 16 bulan sekarang, pun pantang lihat telefon, maka bagi saya yang mendengar tanpa rela di ruang dapur rumah, tak perlulah begitu garang terhadap kanak-kanak tersebut. Ambil balik saja handfon itu; yang salah pengasuhnya juga sebab cuai letakkan handfon di tempat yang boleh dicapai kanak-kanak.
Bayangkanlah jikalau kanak-kanak itu asyik kena marah oleh pengasuhnya. Tentu emosinya akan terjejas.
Itu sebabnya saya beritahu suami, "Itulah taska terakhir pilihan saya untuk anak-anak kita, walaupun hanya di belakang rumah."
Tip ~ Tanyalah jiran-jiran yang rumahnya sebelah dengan taska jika nak hantar anak ke situ.

Taman asuhan kanak-kanak. Pengasuh. Dua perkataan yang begitu sinonim dengan ibu-ibu yang bekerja di luar rumah. Mahu tak mahu, terpaksa memilih sama ada teruskan kerja ataupun hntar anak kepada pengasuh untuk dijaga.
Saya pilih opsyen kedua. Pada mulanya suami tanya juga sama ada pengasuh/bibik Indonesia masih diperlukan untuk menjaga anak kedua kami di rumah bila saya balik bekerja. Saya geleng kepala. Setelah episod buruk dengan bibik yang hanya bekerja 7 hari di rumah semasa saya berpantang, saya lebih suka hantar anak ke taska. Sekurang-kurangnya ramai orang yang mengasuh anak di sana, dan jika seorang pengasuh sakit, ada lagi yang boleh menggantikannya. Masing-masing boleh saling pantau anak-anak di bawah jagaan masing-masing.
Itu pendapat peribadi saya. Bukan memandang rendah pengasuh rumah. Cuma bagi saya, jikalau hantar anak ke rumah orang, saya lebih khuatir kerana seorang pengasuh perlu jaga 3-4 anak serta buat kerja rumah. Tambahan dengan begitu banyak kes kecuaian dan penderaan oleh pengasuh sdn bhd yang jarang berdaftar dengan jabatan kebajikan masyarakat, takut saya tak dapat fokus pada kerja nanti kerana risaukan keselamatan anak.

Alhamdulillah, hari ini hari ke4 Ihsan dihantar ke taska. Bukan taska yang sama dengan Ikram sebab di sana sudah penuh, dah sampai had bilangan baby yang dibenarkan di taska itu. Saya terpaksa masukkan Ihsan ke taska berdekatan dengan taska Ikram. Saya pilih untuk hantarnya 2 minggu lebih awal sebelum saya kembali bekerja [dijangka balik kerja awal bulan Okt] supaya semua pihak dapat menyesuaikan diri, baik saya, anak dan juga pengasuh di taska.

Pada hari pertama, ada sedikit kekeliruan. Mungkin dah biasa dengan sistem di taska yang dihadiri Ikram. Lalu saya sendiri berjumpa dengan penyelia taska untuk berbincang dan mendapat feedback terus. Alhamdulillah, selesai dengan cara baik. Hari ke3, timbul pula masalah baru yang tidak boleh dipandang ringan. Saya jumpa penyelianya sekali lagi, dan hasilnya Ihsan kini mendapat perhatian istimewa, huhu. Bukan disengajakan tetapi demi kebaikan semua pihak, dan keselamatan anak-anak lain saya terpaksa bersuara. Syukur pihak taska itu menyambut baik teguran saya.

Saya pun malas nak pergi ke taska selalu sebab ia mengganggu urusan lain. Nanti takut pihak taska anggap saya cerewet tetapi apa nak buat, jika mendiamkan diri saja, risau nanti keadaan akan lebih serius. Pengasuh Ihsan pun nampaknya menyambut baik feedback saya, yang sengaja saya berikan positif di samping masalah yang timbul. Setakat ini, dari pemerhatian saya, keadaan di taska menjadi lebih baik, alhamdulilah.

Batu-batu besar yang menghalang jalan sudah diangkut lori MPSP tetapi batu baru dilonggokkan semula
Cuma para ibubapa mengeluh kerana jalan yang biasa digunakan disekat semula oleh Pak Janggut yang rumahnya di sebelah jalan [gelaran yang diberi untuknya]. Ada yang sampai sumpah seranah sebab jalan yang digunakan menjadi sempit dan sesak sebab kenderaan dihalang daripada terus ke jalan utama - terpaksa buat satu u-turn pula. Cerita ini pernah saya tulis di sini. Sudah bertahun-tahun isu yang sama timbul - jalan dibuka oleh MPSP, jalan tetap ditutup semula beberapa hari kemudian. Baru 2 hari lalu, pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai datang ke situ bersama-sama lori dan jentolak untuk mengangkat batu-batu besar yang menghalang jalan. Pukul 9 pagi jalan itu dibuka semula, jam 5 petang hari yang sama ditutup pula oleh Pk Janggut dan kroninya. Mentang-mentang dia orang kaya kerja kontraktor, mudahnya menindas kami yang kurang berkemampuan menentangnya. Tak apa, Allah swt Maha Melihat dan Maha Berkuasa.Kami dah puas menasihati dan menegur, pihak MPSP sudah banyak kali mengangkut papan-papan dan batu-batu yang digunakan untuk menyekat jalan. Selama ini mereka menjadi kaya raya dengan berkat rezeki yang Allah berikan, sehingga mereka menjadi sombong dan bongkak lalu berani menindas serta menyusahkan orang ramai.

Semoga Allah swt segera menyekat rezeki mereka yang terlibat serta mereka yang bersubahat,sebagaimana dan selama mana mereka menyekat jalan LORONG PAUH INDAH 1, PERAI itu, dan semoga Allah  memberi pengajaran yang setimpal dengan kezaliman mereka menghalang orang ramai daripada menggunakan jalan tersebut demi kepentingan peribadi mereka sendiri. Hanya Allah yang berkuasa menyedarkan mereka yang telah lupa akan hak orang lain menggunakan jalan awam itu. Hanya pada Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Adil, kami memohon pertolongan. Ameen ya rabbi a la min.

Saturday, September 17

REPLY TO JAMILAH

Dear sis Jamilah,
Assalamualaikum. First of all, thank you for writing to me. I'm sorry for the delay in the reply to your email. Things had been rather hectic at home, with Ikram recovering from flu and Ihsan having growth spurt and demanding milk every 2 hours. Anyway I hope you have been reading the comments by other readers of this blog, which I pray that would help to answer your doubts about Islam.
.
Believe me, I understand how you feel. It's easy to say 'you should do this, your husband should do that' but only the person who undergoes the same situation will be able to emphatize. I'm sorry that things are not working as smoothly for you as you had hoped for. But hold on there, be patient for a little longer, and insyaAllah I'm sure that things will be better soon. It's always darkest before dawn, remember.

You didnt mention how old your children are nor what your job is. I guess they must be between 1 to 4 years old. I can imagine how busy you must be at home with the 3 children around.

I'm also a mother of 2 young children. Ikram is only 14 months old when Ihsan was born, and I'm not exaggerating when I say that it's been very hard for me these 2 months. I dont have a maid too. My mother and in-laws are busy with their own agenda and live quite far away to help.Coping with a crying baby and an active toddler alone at home is no fun. My own husband, though loving and religious, is seldom at home. Even on weekends when other husbands are at home with the family, my husband can be found at a ceramah, kursus or somewhere out of town. As a wife, I cant force him to stay at home with me during weekends, just like I'm sure you cant ask yours to do the same too.I'm not ashamed to say that sometimes I cry in frustration when both the children are being difficult and their father is miles away. But then I remember that Fatimah, the daughter of prophet Muhammad had a more difficult life. So many Muslim wives and mothers I read about in the newspapers had more difficult lives than I do, so I'm thankful my burden is not so heavy compared to theirs.

Well, when we become a Muslim, there is never a guarantee from Allah that our lives would be better and happier here on earth. Reciting the syahadah means we profess that we believe in Allah as God and prophet Muhammad as His messenger, and that we will live as Muslims by following the teachings of Muhammad. Nothing about being rich, happier, prettier, etc. In fact, the Quran even says that as Muslims, we will be tested for our faith. And that TEST is something that each and everyone of us gets, in small or big doses. It's up to Allah how much difficulty He will give us. All these, I'm sure, you've been told and that you've been coping with ever since.

If you are a follower of my blog, I'm sure you've read about my earlier life after becoming a Muslimah and before my present marriage. I had to stay in the hostel for a year because I had no home to go to during semester breaks. I discovered who my true friends are. Sadly not many are my Muslim sisters. Then I got married and I thought my problems would be over, but I was wrong. I had severe health problems which forced me to go for surgery to remove fibroids. Then I had a tough pregnancy due to high blood pressure, was warded twice and until the day I delivered my baby, I had nobody to look after me in confinement. Alhamdulillah a kind family offered to take me and my baby into their home. Then I was scolded for failing to breastfeed my baby, and I got depression for a few months. Things were bad at home but I held on and alhamdulillah it got better soon. Just when I thought I'd get some rest, I got pregnant again and once again, had a tough pregnancy. I was glad at first when husband found me a partime Indonesian maid, but she lasted for 7 days only. I had to beg my husband to send her back because I ended up having to look after her as well during my confinement- she refused to follow orders and was sick with cough and fever. Of course, these are only a small part of my hectic life I'm telling you, and only a small portion of the daily challenges I face.

In short, Jamilah, our lives here on earth will always be full of problems, big or small. It's a problem if we look at it as a problem. But if we look at it as a chance to grow spiritually and emotionally, then insyaAllah that problem will stop being a problem. Instead it'd be a chance for us to be a better person.
Like I once told a sister, Allah will always test us. Not because we are weak but because He wants to make us stronger. Like a piece of black coal, if it doesnt undergo pressures, it'd never become a sparkling diamond.

I have stopped thinking about my problems and tests from Allah. I live one day at a time, taking in each test as a challenge and be patient with it. Trust me, it gets easier when we stop thinking everything as a test from Allah. Never stop praying and be close to Allah by reading the Quran. Allah is very close to us, closer than you'd think.

I'll forward some emails that other readers of this blog have asked me to pass to you. Be free to contact me or to write to me again. We care about you and your wellbeing. Take care and May Allah swt bless you and your family, ameen.

Tuesday, September 13

FED-UP

Aliya,
i am a follower of your blog. i am chinese muslim for 5 years, married with 3 children. in beginning i lived like good muslimah but now i begin to get fedup. i know it not right but i donno what to do oredi. my husband want me to be solehah wife and mother, but he doesnt teach me islam bcoz he busy with work and come back late. my husband good man but always busy. my 3 children are still small and need me to always care for them. i work in office and when i get home, i have no rest bcoz i have to care for the children pulak. i have no maid bcoz husband cannot pay. i look back and think my life before i become muslim better and more happy than now. of course i love my family but i cannot tahan everytime got problems. before i become muslim i am buddhist. i dont have many problems like now. now got money problem, children sick problem, husband not home problem, work problem. i very tired have to do all myself. i read that problem is test from allah to test i believe in allah or not. i know i am not very strong in islam. i look strong, people say i good muslimah bcoz i wear tudung, but i dont feel like a good muslimah. i tired of test from allah. i dont want anymore allah test. i oredi tired with so many problems, i donno what to do if i get new test from allah. i cannot talk to husband this problem bcoz he will scold me and tell me to zikir and pray more. how to pray and zikir more when i always tired and got new test? sometimes i feel like leaving and go back to old life bcoz old life no many problems. i stay bcoz i love my husband and children. please tell me what to do.i dont care if u put in your blog bcoz i want answers. i tired and dont want anymore test from allah. i dont want to murtad but i fedup with so many problems, non stop always got problems, no rest. i see other muslim not so difficult life compare to me. why must i be the one to get this tests and problems. how to ask allah not to give me any more test and problems? why other people dont get so many test from allah? why me, when i oredi cannot tahan anymore.

jamilah
 
=========================================================================
Assalamualaikum,
Ada siapa yang boleh bantu nasihat sister ini?
Saya ada hal lain, hanya sempat pos emel dia sekarang, untuk renungan semua. 
Terima kasih, wassalam.

Sunday, September 11

SINERGI

Steven Covey kata, 1+1= 3.
Bagi saya Syawal ni pula, 1 + 1 = 4.  Seorang Abah, Seorang Ummi dan 2 orang anak kecil, hehehee.
Penat tak habis lagi sempena musim Raya Aidilfitri.
Yang paling seronok tentunya si Ikram yang sedang belajar bercakap.
Syukur tahun ni kami masih belum adakan rumah terbuka, dengan alasan saya baru habis pantang bersalin.
Jikalau tidak, lagi letihlah agaknya.
Namun seronoknya juga ada, terutama bila berkumpul beramai-ramai dengan anak-anak.
Hari ini, kami ziarah Tok saya di SP.

Bawa si Ihsan untuk dipertemukan dengan ChoCho[Mak kpada bapa saya] dan GongGong [ bapa saya] nya buat kali pertama. Selepas saya bersalin, mereka bercuti melancong ke Beijing maka hari ini baru mereka melihat Ihsan. Banyaklah komen positif yang diterima.
Tersenyum riang dua orang tua itu melihat telatah anak-anak kecil itu.

Alhamdulillah, Tok yang sudah biasa dengan amalan orang Islam turut sediakan pinggan baru untuk mengisi lauk dan nasi yang kami beli di kedai, walaupun saya tak pernah meminta. Kami selesa di rumah Tok.

Ikram sangat aktif sejak mula berjalan

Ihsan tersenyum sebab ada orang mendukungnya.
Ikram pula sibuk explore dan mengambil barang-barang menarik yang GongGongnya tinggalkan di atas meja. [kelamkabut saya ambil dan sorok].
Betullah kata orang. Mudah nak pujuk orang tua apabila dibawa cucu-cucu mereka menziarah ke rumah, hehehee...
Masuk saja ke dalam kereta selepas 2 jam di rumah Tok, tidurlah dua anak kecil kami itu kerana keletihan :)
Terima kasih suamiku sebab meluangkan masa menemani kami ke rumah Tok. Nampaknya dia dah berjaya menawan hati Tok sebab Tok dilihat tersenyum sambil menepuk-nepuk bahunya petang tadi.

nota: Foto pada hari raya 1, di rumah.

Monday, September 5

RAYA HALLOWEEN STESEN TV

remote yang menjadi rebutan
Dia menoleh ke arah Umminya meminta izin. Apabila saya sekadar mendiamkan diri, dia terus menarik pintu kamar lalu keluar ke ruang rehat. Segera dicapainya remote control TV lalu ditekan. Dua kali tekan, terpampanglah imej di skrin. Dia ketawa riang lalu duduk di atas kapet mengadap tv.
Ikram oh Ikram.... dah makin besar, makin sukakan gajet.

Selesai menyusukan adiknya Ihsan, saya menemani Ikram di depan skrin 32 inci itu.
Hmm, cerita entah-apa-apa.
Saya segera mencapai remote dari tangan Ikram. Tekan butang forward.
Alamak.. iklan sedutan filem Susuk pula, lagi teruk.
Tekan butang lagi.. nyanyian. Tekan butang lagi, kartun hantu Casper pula. Ish,ishh, ishhhh... raya apa ini?
Hampir semua stesen tv Malaysia pada musim raya Aidilfitri tahun ini menayangkan sama ada filem seram gila-gila, filem seram mengerikan, filem rempit, atau filem lawak bodoh.
Filem Susuk, Congkak, Jin Notti, Momok, 4 Madu, KL Drift dan lain-lain.[satu pun saya tak tonton tapi ingat dari iklan berulangan di tv]
Hanya beberapa filem yang boleh dikatakan ok saja seperti Nur Kasih dan Syurga Cinta. Yang lain menghampakan. [bagi yang terlepas tonton, jangan risau - tahun depan pasti ada ulang tayang, huhuhuuuu]
Raya apakah ini?

Takkan pada Aidilfitri stesen tv tak boleh tayangkan filem yang lebih baik sesuai dengan suasana gembira dan berkat ini? Takkan nak jimat bajet?
Jika Kong Hee Fatt Choy atau Deepavali, orang Cina dan India tak pernah tayangkan filem seram/hantu sebab dianggap 'soi' dan memalukan pihak penaja. Semua filem pada raya Cina sama ada yang menggembirakan, tak kiralah logik atau jenis slap-stick. Asalkan orang terhibur dan gembira pada akhir filem. Jarang ada unsur hantu dalam tayangan filem perayaan Cina dan India, tak seperti trend terkini sempena Raya.
Mereka yang nonMuslim juga berpakaian sesuai dengan musim perayaan mereka masing-masing, bukannya dengan baju tak cukup kain yang diperagakan oleh sesetangah pihak yang mendakwa diri orang Islam. Kadang-kadang rasa malu bila nonMuslim komen mengapa wanita Melayu Islam berpakaian lebih berani daripada wanita bangsa lain. 

Di samping itu,tak perlulah saya nyatakan lagi tentang lambakan tayangan nyanyian dan show ala-realiti yang memaparkan orang dewasa berlagak seperti kanak-kanak [lupa apa tajuk show, yang saya ingat, hanya syarifah siapa tu pakai baju ala bidadari barat]. Hodoh sungguh!
Mentang-mentanglah sudah tamat bulan puasa dan kewajipan menahan nafsu pelbagai, agaknya bermulalah sekali lagi adegan-adegan bermacam-macam yang boleh ditayangkan semula di skrin tv untuk tontonan ramai. 
Mungkin teruja dengan kebebasan syaitan dari pintu neraka sempena berakhirnya bulan Ramadhan, terikut-ikut pula sesetengah pihak manusia dengan pelbagai cara menyerupai mereka itu.
Ada hantu, ada orang menyerupai hantu, ada jin, ada benda puaka, dan sebagainya dalam filem yang dihidangkan kepada para penonton setia stesen tv.
Macam pesta Halloween di stesen-stesen tv.
Kenyanglah mereka-mereka yang leka menonton adegan hantu dan momok serta jin, sambil memakan ketupat rendang dan kuih raya.
Raya Halloween la di stesen tv ini sehingga berakhirnya 30 Syawal.

Saya terpaksa tutup tayangan tv walaupun Ikram meraung marah.
Tak mahu mindanya yang masih suci bersih tercemar dengan apa yang ditontonnya di skrin tv rumah.
Hmmm, nampaknya terpaksalah Ummi ini mencari di mana letaknya CD Barney serta CD Upin dan Ipin sebagai hiburan alternatif... aduh!!