Kenderaan yang banyak dan tempat parking yang sedikit.Jalan pula disempitkan kerana jalan ini ditutup dari kegunaan umum.
Siapa yang tutup jalan ini?
Alamak!
Sesak pula.
Brake. Henti. Reverse. Bagi signal ke kiri. Tunggu. Beri kereta hadapan reverse ke belakang dan lalu. Drive 3 meter ke hadapan. Henti. Rapat ke kiri jalan lagi. Beri kereta di hadapan lalu. Drive 5 meter ke hadapan. Beri signal ke kiri semula. Tunggu kereta yang di hadapan bergerak ke kanan, reverse dan lalu.
Selesai sahaja urusan saya di situ, bermula lagi masalah baru. Beri signal ke kanan. Bergerak 5 meter ke kanan, reverse dan berhenti. Kereta lain berhenti di hadapan lalu memblok jalan. Reverse lagi.Beri signal ke kiri pula dan baru bergerak ke hadapan.Syukurlah kereta saya compact, dan automatik. Itupun saya berpeluh juga kerana bimbangkan keadaan Ikram yang sedang duduk berseorangan dalam car seatnya di belakang.
Semuanya gara-gara segelintir orang yang bertindak mementingkan diri sendiri.
Mereka menutup sebatang jalan yang menghubungkan sebuah taman perumahan dengan jalan utama.
Saya sempat berbual dengan beberapa orang penduduk di situ.
"Teruklah, mengapa tutup jalan ni," komen saya yang jahil.
"Huh, baru semalam MPSP buka jalan ni, hari ni tutup semula," komen seorang bapa.
"Semua kerja orang yang dok di rumah tu," kata seorang wanita sambil menjeling ke rumah besar yang bersebelahan dengan jalan tersebut.
Penduduk sekitar mendakwa tuanpunya rumah besar di sebelah kanan inilah yang menjadi dalang, menutup jalan kerana tidak suka kenderaan lain lalu di tepi rumahnya."Dia tu taukeh sebuah syarikat, jalan ni dia yang tutup. Kami penduduk di sini dah bertahun-tahun buat aduan tetapi tak berhasil. Semalam MPSP buka semula jalan ni, hari ni dia angkut batu-batu tu, tutup semula."
"Kalau kebakaran, susahlah. Bagaimana bomba nak masuk, jalan yang ada sempit!" komen saya yang melihat kereta-kereta berderet di kiri kanan jalan yang baru diturap semula itu.
"Biar bakar rumah dia [orang yang tutup jalan tu], baru dia tau! Ingat jalan ni bapa dia yang punyakah? Menyusahkan orang!" dengus si bapa dengan muka merah.
"Rumah orang Cinakah?" tanya seorang wanita lain.
"Bukan... orang kita jugak [orang Melayu]," jawab penduduk lain.
Jalan kecil yang menghubungkan jalan besar Permatang Pauh-Bukit Mertajam dengan Taman Pauh Indah itu merupakan jalan yang agak sibuk. Ia bertentangan dengan Politaknik Seberang Perai. Terdapat sebuah medan selera dengan gerai-gerai yang 100% diusahakan oleh orang Melayu. Di hadapan medan selera tersebut terdapat sederet gerai kecil. Tempat letak kereta di hadapan medan selera pula hanya sederet panjangnya.
Terdapat 2 buah tadika berdaftar dan sebuah pusat asuhan kanak-kanak di situ. Bayangkan betapa sesaknya jalan itu ketika waktu tengah hari apabila para penuntut kolej singgah untuk makan di medan selera, dan ibu bapa berhenti untuk menghantar anak-anak kecil kepada pengasuh.
Sememangnya kawasan itu dibina dengan kedua-dua jalan terbuka untuk memudahkan orang ramai berulang alik dari taman perumahan itu ke medan selera, seterusnya ke jalan utama. Itu merupakan pelan asal yang diluluskan oleh majlis perbandaran.
Dan malangnya hari ini jalan yang bersebelahan dengan medan selera itu ditutup dengan batu konkrit!
Ini menyebabkan semua kenderaan terpaksa menggunakan jalan yang sebelah lagi itu sahaja untuk keluar masuk kawasan berkenaan. Risiko berlakunya kemalangan bertambah.
Ketika saya meninjau-ninjau keadaan dan mengambil foto dengan handfon saya, datang beberapa orang penduduk sekitar.
"Kak nak buat aduankah?" tanya seorang wanita muda.
"Ya, insyaAllah.. mengapa?" saya hairan.
"Bagus, bagus... nama tuan rumah tu Hj Ridhuan. Ini Lintang Pauh Indah 1. Bukan semua penduduk sini sokong tindakan dia tutup jalan ni, menyusahkan nak keluar masuk, kena pusing satu round. Dah lama kami aduan, baru-baru ni MPSP dah buka jalan ni tapi esok hari dia tutup semula. Dia dan kroni-kroni dia," jelas wanita tersebut.
"Dia ada contact dengan MPSP kah?" saya minta kepastian.
"Itu saya tak tau, tapi kroni-kroni dia orang-orang kaya di kawasan sini juga. Hari tu bila MPSP alihkan halangan, dia berkumpul dengan kroni-kroni dia.. tengah malam mereka bawa lori, angkut batu bata yang akak nampak tu tutup semula jalan ni.."
"Hah? Tengah malam... macam pencuri?"
"Tu la, kalau kak nak buat aduan, baguslah.. ajar dia betul-betul."
Fuhhh, marah betul nampaknya mereka tu. Tahun lalu ketika saya mula-mula berpindah ke kawasan itu, saya sangkakan persatuan penduduk situ yang meletakkan batu konkrit penghalang jalan itu. Rupa-rupanya itu bukan kerja para penduduk tetapi hanya beberapa orang yang berkepentingan peribadi.
Mereka sanggup bersusah payah membawa lori mengangkut batu batu konkrit untuk disusun menjadi penghalang jalan supaya tiada kereta yang dapat diletakkan di tepi jalan, sebelah rumah orang kaya itu.
Mereka tidak hiraukan kesusahan orang ramai yang menggunakan jalan tersebut, yang perlu membuat pusingan semula di jalan yang sempit itu semata-mata untuk ke gerai membeli makanan atau menghantar anak ke tadika.
Meeka terang-terangan melanggar undang-undang tetapi adakah mereka kisah? Tidak! Mereka tidak kisah kerana mereka orang kaya, ada konco-konco yang menyokong, ada pekerja untuk mengangkut batu konkrit. Pedulikan orang ramai yang marah dan yang terpaksa melangkah batu setiap hari untuk menghantar anak ke tadika serta ke politeknik.
Siapa mereka? Mereka sebangsa denganmu, seagama denganmu. Melayu Islam. Melayu Islam yang kaya-raya dan bongkak. Mereka yang sepatutnya menggunakan wang sumber rezeki yang dianugerahkan Allh untuk membantu hambaNya yang lebih malang, tetapi sebaliknya mereka gunakan kuasa dan wang untuk menzalimi orang lain yang lebih lemah. Sehingga sanggup menutup jalan umum untuk kepentingan peribadi.
Kalau dah tak suka orang lain parking kereta dan lalu lalang di tepi rumah besar anda itu, pindah sahajalah ke tempat lain. Jangan ganggu orang lain dan halang daripada menggunakan kemudahan yang sedia ada.
En.Ridhuan, jalan itu hak orang ramai, bukan bapa kamu yang punya!
Majlis Perbandaran Seberang Perai, syabas kerana telah membuka jalan yang sudah lama ditutup.
Buatlah lagi, bukalah semula jalan tersebut yang hanya bertahan sehari dibuka sebelum ditutup semula dengan batu konkrit oleh mereka yang tidak berkesedaran sivik.
Datanglah tinjau keadaan di situ pada waktu malam ketika mereka secara sembunyi-sembunyi meletakkan batu konkrit lain untuk menutup semula jalan yang anda telah buka. Catch them red-handed.
Bagilah saman beratus ribu ringgit kepada mereka yang menutup jalan penting itu agar mereka takut.
Jangan tunggu sehingga berlakunya kehilangan jiwa akibat kebakaran atau kemalangan dan ambulan/bomba tidak dapat menyalurkan bantuan semata-mata kerana jalan ditutup.
Mengambil hak orang lain dengan cara paksa dan aniaya dilaknat Allah.
Firman Allah SWT :
“Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil.” (Al-Baqarah: 188)
Ya Allah, Kau Yang Maha Melihat dan Maha Mendengar
Kau Yang Maha Berkuasa dan Maha Adil
Sekiranya benar ada manusia yang sengaja menutup jalan dan menyebabkan kezaliman kepada hamba-hambaMu yang lain, Kau sedarkanlah mereka akan kesilapan dan dosa mereka itu.
Kau berikanlah pengajaran yang setimpal kepada mereka yang telah menjadi sombong, bongkak dan mementingkan diri sendiri itu, dengan kadar segera supaya mereka tidak lagi terus menganiayai hamba-hambaMu yang lemah.
Permudahkanlah segala urusan kami yang mahu menegakkan keadilan.
Bantulah kami agar hak pengguna jalanraya yang sengaja ditutup itu dikembalikan dan agar orang ramai dapat menggunakan semula jalan tersebut dengan selamat sepertimana yang diwartakan dalam pelan kawasan tersebut.
Bantulah kami Ya Allah
Amin Ya Rabbil al-ameen
Ya Allah, Kau Yang Maha Melihat dan Maha Mendengar
Kau Yang Maha Berkuasa dan Maha Adil
Sekiranya benar ada manusia yang sengaja menutup jalan dan menyebabkan kezaliman kepada hamba-hambaMu yang lain, Kau sedarkanlah mereka akan kesilapan dan dosa mereka itu.
Kau berikanlah pengajaran yang setimpal kepada mereka yang telah menjadi sombong, bongkak dan mementingkan diri sendiri itu, dengan kadar segera supaya mereka tidak lagi terus menganiayai hamba-hambaMu yang lemah.
Permudahkanlah segala urusan kami yang mahu menegakkan keadilan.
Bantulah kami agar hak pengguna jalanraya yang sengaja ditutup itu dikembalikan dan agar orang ramai dapat menggunakan semula jalan tersebut dengan selamat sepertimana yang diwartakan dalam pelan kawasan tersebut.
Bantulah kami Ya Allah
Amin Ya Rabbil al-ameen
nota: nak buat aduan kepada MPSP


Salam Sis Aliya
ReplyDeleteI feel your frustrations when I read your post.
I am also wondering kenapa yer...orang Melayu kaya berlagak begitu yer? Ramai saudara saya yg kaya jugak perangai begitu...suka memandang rendah pada org dan saudara mara sendiri yg sesusahan. Kalau mereka bantu saudara mara yg miskin pun, mereka mengungkit/beritahu pada org lain. Sigh!!!
Salam Sis..
ReplyDeleteSaya doakan yang teraniaya akan mendapat pembelaan dan yang menganiaya akan mendapat kesedaran. Moga Allah bukakan pintu hati mereka untuk menyedari apa yang mereka lakukan itu adalah zalim buat orang lain dan diri mereka sendiri.
salam ziarah & salam perkenalan...
ReplyDeletegeram pula saya baca cerita ni. kalau saya, mungkin saya akan confront dgn org yg takde kesedaran sivik ni (tapi takut pula kena label sbg 'kaki gaduh' nanti, hehehe...). tapi lagi bagus kalau dapat kumpul semua penduduk yg tak berpuas hati dgn tindakan dia tutup jalan tu, lepas tu confront dia ramai2, tapi kena juga buat laporan kpd pihak berwajib juga.
salam puan..
ReplyDeleteorang macam ni layak dok dalam hutan saja kerana tak mahu mementingkan orang awam lain..yang paling memalukan umat islam..tak mau mengaji macam ni lah jadinya..tak kira pangkat apa sekalipun...
Waalaikumussalam Noraini,
ReplyDeleteThose who are rich but proud will have to answer before Allah later.. mungkin mereka tak ingat bahwa harta adalah pinjaman dunia semata-mata?
Waalaikumussalam Epalhijau, al-qamar, nazim,
ReplyDeleteEpalhijau: ameen...
al-qamar: saya dah buat aduan kepada MPSP
nazim: Begitulah jadinya apabila orang dah terlalu kaya, dah mula lupa tanggungjawabnya kepada masyarakat.
Saya menulis aduan kepada MPSP dan Ketua Menteri PPinang mengenai masalah ini.
Ini balasan dari wakil beliau:
Dear Aliya,
Thank you for your mail.
Your feedback has been forwarded to YB Lim Hock Seng and MPSP YDP for follow up.
Again, thank you and have a lovely evening.
Sincerely,
Yap Lee Ying
Communications Director
Penang Chief Minister's Office
Ini pula dari MPSP hari ini.. alhamdulillah. Semoga masalah ini selesai dengan segera.
ReplyDeleteRujukan: 1*****
Tuan / Puan ,
AKAUN PENERIMAAN ADUAN
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa aduan/permohonan Tuan / Puan telah diterima pada 25/07/2010 dan mendapat perhatian MPSP untuk tindakan sewajarnya.
Maklumat :
Lokasi :
Sila sebutkan nombor rujukan kami 1*******
dalam surat-menyurat berkenaan aduan/permohonan Tuan / Puan .
Sekian, terima kasih.
"CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
27 July 2010 22:05
Dah angkut blum batu tu?
ReplyDeletebiarkan...esok dia mati..suruh dia buat batu tu jadi nisan dia...btw...sama-sama kita berdoa agar hamba allah tu di beri hidayah...Amin!!
ReplyDeleteAzhar Hashim
ReplyDeleteBatu belum diangkut buang.. semoga si peletak itu bahagia kerana dia akan dimarahi/dikutuk setiap kali orang lain menggunakan jalan itu kerana menyusahkan mereka nak parking/undur.
assalamualaikum wbt, sis aliya.... di satu pihak, kita sudah dengar... bagaimana pula d pihak hj ridzuan? mmg tindakan dier tuh x berperikemanusiaan.... tp kne pk juger, maybe org2 yg dok lalu lalang depan umah dier tuh x menghormati kwsn berdekatan umah dier, mcm parking depan umah dier ker etc... tp yer gakskan? kalo nk senyap2 pindah dlm hutanlah...
ReplyDeleteakuzle,
ReplyDeleteSaya diberitahu oleh rakan sepejabat saya yang kebetulan tinggal di kawasan perumahan itu, bahawa alasan yang diberikan kepada para penduduk adalah kerana sering berlaku kecurian di rumah-rumah orang kaya. Ya lah, hilang selipar, kasut dan pakaian yang diletakkan di halaman rumah sehingga terpaksa upah pak guard berkawal setiap petang hingga malam di satu-satunya jalan keluar masuk situ [selepas menutup jalan berdekatan medan selera].
Tapi bagi saya, itu bukan alasan yang bernas kerana menafikan hak orang lain menggunakan jalan yang ditutup itu.Jalan itu bukan jalan hakmilik penduduk taman perumahan/orang kaya di situ tetapi jalan awam.