Aduh. Kanak-kanak itu telah mengambil telefon bimbit pengasuhnya, lalu dimarahi. Biasa la, kanak-kanak generasi Y ni memang tak boleh lihat handfon, mesti dibelek. Ikram yang berusia 16 bulan sekarang, pun pantang lihat telefon, maka bagi saya yang mendengar tanpa rela di ruang dapur rumah, tak perlulah begitu garang terhadap kanak-kanak tersebut. Ambil balik saja handfon itu; yang salah pengasuhnya juga sebab cuai letakkan handfon di tempat yang boleh dicapai kanak-kanak.
Bayangkanlah jikalau kanak-kanak itu asyik kena marah oleh pengasuhnya. Tentu emosinya akan terjejas.
Itu sebabnya saya beritahu suami, "Itulah taska terakhir pilihan saya untuk anak-anak kita, walaupun hanya di belakang rumah."
Tip ~ Tanyalah jiran-jiran yang rumahnya sebelah dengan taska jika nak hantar anak ke situ.
Taman asuhan kanak-kanak. Pengasuh. Dua perkataan yang begitu sinonim dengan ibu-ibu yang bekerja di luar rumah. Mahu tak mahu, terpaksa memilih sama ada teruskan kerja ataupun hntar anak kepada pengasuh untuk dijaga.
Saya pilih opsyen kedua. Pada mulanya suami tanya juga sama ada pengasuh/bibik Indonesia masih diperlukan untuk menjaga anak kedua kami di rumah bila saya balik bekerja. Saya geleng kepala. Setelah episod buruk dengan bibik yang hanya bekerja 7 hari di rumah semasa saya berpantang, saya lebih suka hantar anak ke taska. Sekurang-kurangnya ramai orang yang mengasuh anak di sana, dan jika seorang pengasuh sakit, ada lagi yang boleh menggantikannya. Masing-masing boleh saling pantau anak-anak di bawah jagaan masing-masing.
Itu pendapat peribadi saya. Bukan memandang rendah pengasuh rumah. Cuma bagi saya, jikalau hantar anak ke rumah orang, saya lebih khuatir kerana seorang pengasuh perlu jaga 3-4 anak serta buat kerja rumah. Tambahan dengan begitu banyak kes kecuaian dan penderaan oleh pengasuh sdn bhd yang jarang berdaftar dengan jabatan kebajikan masyarakat, takut saya tak dapat fokus pada kerja nanti kerana risaukan keselamatan anak.
Alhamdulillah, hari ini hari ke4 Ihsan dihantar ke taska. Bukan taska yang sama dengan Ikram sebab di sana sudah penuh, dah sampai had bilangan baby yang dibenarkan di taska itu. Saya terpaksa masukkan Ihsan ke taska berdekatan dengan taska Ikram. Saya pilih untuk hantarnya 2 minggu lebih awal sebelum saya kembali bekerja [dijangka balik kerja awal bulan Okt] supaya semua pihak dapat menyesuaikan diri, baik saya, anak dan juga pengasuh di taska.
Pada hari pertama, ada sedikit kekeliruan. Mungkin dah biasa dengan sistem di taska yang dihadiri Ikram. Lalu saya sendiri berjumpa dengan penyelia taska untuk berbincang dan mendapat feedback terus. Alhamdulillah, selesai dengan cara baik. Hari ke3, timbul pula masalah baru yang tidak boleh dipandang ringan. Saya jumpa penyelianya sekali lagi, dan hasilnya Ihsan kini mendapat perhatian istimewa, huhu. Bukan disengajakan tetapi demi kebaikan semua pihak, dan keselamatan anak-anak lain saya terpaksa bersuara. Syukur pihak taska itu menyambut baik teguran saya.
Saya pun malas nak pergi ke taska selalu sebab ia mengganggu urusan lain. Nanti takut pihak taska anggap saya cerewet tetapi apa nak buat, jika mendiamkan diri saja, risau nanti keadaan akan lebih serius. Pengasuh Ihsan pun nampaknya menyambut baik feedback saya, yang sengaja saya berikan positif di samping masalah yang timbul. Setakat ini, dari pemerhatian saya, keadaan di taska menjadi lebih baik, alhamdulilah.
Batu-batu besar yang menghalang jalan sudah diangkut lori MPSP tetapi batu baru dilonggokkan semula |
Semoga Allah swt segera menyekat rezeki mereka yang terlibat serta mereka yang bersubahat,sebagaimana dan selama mana mereka menyekat jalan LORONG PAUH INDAH 1, PERAI itu, dan semoga Allah memberi pengajaran yang setimpal dengan kezaliman mereka menghalang orang ramai daripada menggunakan jalan tersebut demi kepentingan peribadi mereka sendiri. Hanya Allah yang berkuasa menyedarkan mereka yang telah lupa akan hak orang lain menggunakan jalan awam itu. Hanya pada Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Adil, kami memohon pertolongan. Ameen ya rabbi a la min.
musykil..jalan tu hak peribadi ke?
ReplyDeleteIbu Muda,
ReplyDeleteBukan, jalan tu sebenarnya jalan awam, sambungan dari jalan besar ke sebuah taman perumahan.
jalan tu melalui depan rumahnya ke?
ReplyDeleteBukan depan pun, tepi rumahnya jer tapi jiran-jiran kata dia memang tak suka orang lalu di situ, parkir tepi rumah dia pun tak suka.. bagi saya lebih baik orang kaya camni dok di atas bukit sorang-sorang jer, huhu
ReplyDeleteMoga Allah berikan pak janggut hidayah...satu hari pasti jalan itu akan digunakan untuk mengusung jenazahnya ke kuburan
ReplyDeletelama tak menyinggah di blog ini. rasa rindu...
ReplyDeleteSpekMan ~ ameen..
ReplyDeleteSnazzy Naz ~ singgahlah selalu.. takde yuran masuk, hehehe
assalammualaikum...
ReplyDeletegeram saya baca cerita ni.mudah-mudahan Allah berikan balasan setimpal dgn perbuatan dia tu.dah kaya tu pindah je la tempat elit sikit yg sunyi2.sesuai dgn citarasa dia.bukan tutup jalan yg bukan hak dia.kadang2 rasa sgt hairan dgn org2 macam ni.apa la ada dlm hati perut diorang sampai berani buat macam ni tanpa rasa malu dan bersalah.takpe puan,berdoa dan terus berdoa...Allah sentiasa mendengar doa2 hambanya yg teraniaya.cuma tunggu je bila balasan nak turun tu kalau dia masih jugak tak insaf2...