Sunday, September 11

SINERGI

Steven Covey kata, 1+1= 3.
Bagi saya Syawal ni pula, 1 + 1 = 4.  Seorang Abah, Seorang Ummi dan 2 orang anak kecil, hehehee.
Penat tak habis lagi sempena musim Raya Aidilfitri.
Yang paling seronok tentunya si Ikram yang sedang belajar bercakap.
Syukur tahun ni kami masih belum adakan rumah terbuka, dengan alasan saya baru habis pantang bersalin.
Jikalau tidak, lagi letihlah agaknya.
Namun seronoknya juga ada, terutama bila berkumpul beramai-ramai dengan anak-anak.
Hari ini, kami ziarah Tok saya di SP.

Bawa si Ihsan untuk dipertemukan dengan ChoCho[Mak kpada bapa saya] dan GongGong [ bapa saya] nya buat kali pertama. Selepas saya bersalin, mereka bercuti melancong ke Beijing maka hari ini baru mereka melihat Ihsan. Banyaklah komen positif yang diterima.
Tersenyum riang dua orang tua itu melihat telatah anak-anak kecil itu.

Alhamdulillah, Tok yang sudah biasa dengan amalan orang Islam turut sediakan pinggan baru untuk mengisi lauk dan nasi yang kami beli di kedai, walaupun saya tak pernah meminta. Kami selesa di rumah Tok.

Ikram sangat aktif sejak mula berjalan

Ihsan tersenyum sebab ada orang mendukungnya.
Ikram pula sibuk explore dan mengambil barang-barang menarik yang GongGongnya tinggalkan di atas meja. [kelamkabut saya ambil dan sorok].
Betullah kata orang. Mudah nak pujuk orang tua apabila dibawa cucu-cucu mereka menziarah ke rumah, hehehee...
Masuk saja ke dalam kereta selepas 2 jam di rumah Tok, tidurlah dua anak kecil kami itu kerana keletihan :)
Terima kasih suamiku sebab meluangkan masa menemani kami ke rumah Tok. Nampaknya dia dah berjaya menawan hati Tok sebab Tok dilihat tersenyum sambil menepuk-nepuk bahunya petang tadi.

nota: Foto pada hari raya 1, di rumah.

2 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Garang2 tok dan wan pd anak menantu bila kena tang cucu cair gak depa.
    Teruskan berdakwah. Moga Allah beri hidayah kpd mrk berdua. Amin...

    ReplyDelete
  2. Agaknya kalau org Cina masuk kristian, pun dpt diterima baik spt ini jugak, kan?

    Jadi, sepatutnya apabila anak masuk Islam, toleransi yg sama patut diberikan, hehehe...

    -insyaAllah

    ReplyDelete