"Baik memang baik tapi tengok suami yang asyik pi sana sini sebab usrah dan aktiviti mereka, saya rasa saya tak larat. Tambah lagi anak-anak masih kecil.. takkan saya nak bawa anak 6 bulan dan 2 tahun bersama?"
"Mintalah tolong suami jaga masa awak pi usrah, bukankah dia yang suruh pi?"
"Huh, dia suruh pi, tapi dia tak dapat jaga anak sebab dia sibuk aktiviti lain pada waktu tu."
"Kalau camtu, memang susahlah.." angguk Fatiah.
"Aku tak faham, mengapa perlu sangat ke hulu ke hilir semata-mata kerana usrah dan aktiviti mereka tu. Sampai kita ajak keluar jalan-jalan hujung minggu pun dia kata tak boleh, sibuk. Ada qiammulail la, ada sesi ceramah la.. tak ada masa untuk keluarga sendiri. Bila aku komplen, dia kata aku takkan faham sampai aku pi usrah 2-3 tahun."
"Isshhh, takkan sampai begitu sekali? Aku pun pi usrah gak, tapi setakat di surau aku je.. sekali setiap minggu. Dapatlah kenal orang-orang lain yang turut hadir."
" Ni aku nak tau la... usrah tu wajib kena hadir ker? Kata suami aku, wajib.. sampai dia yang kadang-kadang letih sakit pun pi jugak malam-malam bawa kereta sorang-sorang.. balik pula lepas tengah malam. Aku cukup tak faham tapi sebagai isteri , aku terpaksalah redha kerana agama."
"Entah la.. aku tak gak pi usrah tiap-tiap minggu walaupun ustazah galakkan.. ada urusan lain yang penting, aku tak pi la usrah di surau. Bagi aku biarlah berpada-pada, jangan paksa diri."
" Tu la... aku nasihatkan gak suami aku tu, kalau dah demam sakit, banyak kerja lain yang kena buat, tak payahlah pi usrah.. tapi dia tak nak dengar.. dia kata wajib.. malah aku pula yang kena marah, katanya aku tak faham sebab aku tak pi usrah wanita."
"Suami awak tu dah lama ker pi usrah?""Lama.. dah berpuluh tahun sebelum aku kahwin dengan dia lagi. Tu yang masalahnya sebab katanya dia dah masuk group kategori lain, aku baru nak mula. Jadi tak boleh sama-sama."
"Suami awak tak bawa awak pi usrah dengan dia ker?"
"Depa tu usrah lelaki, mana aku boleh turut serta? Usrah wanita hari lain, waktu lain, ketuanya orang lain. Waktu usrah gabungan pula, dia tak ajak pun, dia pi sorang dia..alasan anak takde orang jaga kalau aku pi sama."
"Dulu belum ada anak lagi, awak pi usrah kat mana?"
" Usrah wanita yang suami suruh pi tu jauh, kena drive 30 minit baru sampai.. tu yang aku tak larat...aku pi tiga kali ajer sebelum mengandung anak sulung.. tambah sekarang ni takde orang nak jaga anak-anak yang tengah buas tu. Kalau dia tolong drive, jaga anak-anak masa aku pi usrah, takpe jugak. Ni yang aku tensen, tak pi usrah dia tegur, pi usrah aku yang terpaksa uruskan anak-anak sorang diri..mana masa nak jaga anak, mana masa nak dengar."
"Awat tak minta usrah dekat rumah? Takkan tak ada group yang lebih dekat?"
"Pernah aku tanya masa mula-mula kahwin dulu, tapi banyak pula masalah yang timbul... respon dingin jer.. masa tak sesuai la, takde group yang sesuai untuk aku ikut la... Lama-lama aku naik malas nak tanya dah.. Depa pun senyap terus."
"Siannya.."
"Aku tengok orang lain tak pi usrah pun ok jer, tak kurang juga ilmu agamanya. Malah ada yang lebih mesra dan baik hati dengan aku berbanding mereka yang kononnya pandai agama dan pi usrah bertahun-tahun. Cuma aku akui, belajar dengan guru agama lebih baik la.. belajar agama secara sistematik lebih baik..tambah kawan-kawan seagama..nak harapkan suami bimbing, dia pun tak lekat di rumah.""Ha.. dapatkanlah guru agama untuk ajar awak.. tak payah pi usrah.. tentu suami ok."
"Awak pun tau kan.. suami pembimbing isteri, suami yang kena ajar isteri selok-belok agama selepas berkahwin.. aku tak dapat jumpa ustazah, dah puas aku tanya tapi tak ramai yang nak ajar orang dewasa cam aku ni. Suami pula suruh aku cari sendiri, bayar sendiri.. ni gak buat aku tensen sebab aku rasa tugas dia untuk cari dan bayar upah ustazah tu kalau dia sendiri tak boleh ajar aku. Bab-bab agama ni aku tau la serba sikit cuma tak berguru sepenuh masa.. belajar tak ada sistem seperti dalam usrah suami aku tu."
"Cubalah awak pujuk suami awak tu.. tolong carikan ustazah untuk bimbing awak.. takkan dalam usrah dia takde isteri kawan yang boleh."
"Entahlah Fatiah... awak tau apa dia kata? Senang-senang dia suruh aku minta tolong staf pejabat aku untuk ajar aku mengaji pada waktu rehat.. manalah orang senang? Awak pun tau kan kita orang kerja pejabat, waktu rehat tu la nak rehat kejap, nak makan, nak solat.. rehat pun bukannya lama.. waktu balik, semua berebut nak punch-out, nak ambik anak di rumah pengasuh, nak balik masak.. aku dah tanya, tapi semua minta maaf jer.."
"Hmm...aku nak tolong awak pun tak boleh, aku pun dua kali lima dengan awak.. mengaji tak pandai lagi, sebab tu aku pi usrah di surau..untungnya anak-anak aku dah besar-besar, tak perlu usung sana sini macam awak."
" Masalahnya aku takde bibik untuk tolong jaga anak di rumah.. tak berani pun nak ambik bibik, takut jadi hal lain pula nanti..pusat asuhan pula tutup pada hujung minggu.. waktu kita kerja depa buka, waktu kita cuti depa pun cuti sama."
"Sabarlah Nisa.. tentu ada jalan penyelesaiannya nanti.. Allah Maha Mengetahui."
"Dok tengah sabarlah ni..."
"Awak pun tau kan.. suami pembimbing isteri, suami yang kena ajar isteri selok-belok agama selepas berkahwin.. aku tak dapat jumpa ustazah, dah puas aku tanya tapi tak ramai yang nak ajar orang dewasa cam aku ni. Suami pula suruh aku cari sendiri, bayar sendiri.. ni gak buat aku tensen sebab aku rasa tugas dia untuk cari dan bayar upah ustazah tu kalau dia sendiri tak boleh ajar aku. Bab-bab agama ni aku tau la serba sikit cuma tak berguru sepenuh masa.. belajar tak ada sistem seperti dalam usrah suami aku tu."
ReplyDelete~~~~~
Maaf sis, tapi saya merasakan yang suami dia jenis yang kurang bertanggungjawab. Bukankah para suami perlu beri keutamaan pada keluarga sebelum yang lain? Suami dia sepatutnya sedar dia sudah berumahtangga maka seharusnya luangkan masa untuk mengajar isteri, sama2 uruskan anak2, bukannya membiarkan isteri seorang terhegeh2 mencari pengajar, dan yang sedihnya dia tak mahu tolong bayarkan?? Suami jenis apakah ini? Maaf saya memang sangat jelek dengan sikap lelaki yang sebegini tak kira dia jenis yang 'alim' /warak tapi sikap dan peribadinya kepada keluarga langsung tidak melambangkan ciri seorang muslim yang baik.
"Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan Tirmizi, hadis no: 1082.
"Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami yang mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 1442.
usrah itu perlu dan bole jadi sangat perlu... tetapi xla sampai wajib... tanggungjawab kpd kluarga, ITU WAJIB
ReplyDeleteboleh tahu ending cerita macam mana?
ReplyDeleteusrah mencanai jiwa agar lentur pada agama....
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteBacalah tentang Usrah di sini:
http://www.muslimdiary.com/downloads/usrah_dan_dawah-Hasan%20al-Banna.pdf
Ada perbezaan antara 'Usrah' dan perbuatan 'Pergi Usrah'. Kalau setakat pergi dengar ceramah agama itu bukan usrah namanya.
Mungkin juga pandangan saya berbeza.
Al faqirah illahh(faqir miskin di sisi Allah). Pendapat saya.
ReplyDeleteJika berkelapangan/mampu pergilah.Antara kelebihan usrah
- memotivasikan kita untuk membuat kerja2
- ahli usrah yg lain dpt menasihat/membetulkan kita jika nampak kita tersasar
- berkongsi masalah. Mencadangkan penyelesaian.
carilah peluang meningkatkan ilmu agama. Bukan utk org lain tetapi diri sendiri. Sertai mana-mana majlis ilmu di surau/masjid, an nahdhoh inn/kelas-kelas paksi atau mana-mana usrah abim,jim/ikram, haraki/pas atau usrah umum. Pilihlah mana yang rasa sesuai.
Memang susah nak istiqamah mula-mulanya. Allah kan permudahkan, Insya Allah
"Islam tertegak dengan jemaah. Jemaah tertegak dengan istiqamah"
Wallahua'lam/ Allah jua Maha Mengetahui
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteYa, memang tanggungjawab suami mendidik isteri agama.
Saya rasa banyak sahaja kelas-kelas agama di masjid, untuk kaum hawa, dan sebagainya.
sngt stuju dgn natashiwa.
ReplyDeleteWaalaikumussalam semua,
ReplyDeleteMaaf banyak hal dalam seminggu ini.
Terima kasih atas komen-komen anda. Seperti biasa, saya berkongsi kisah benar, cuba ditulis dalam bentuk yang saya rasa paling sesuai untuk sesuatu isu tanpa mengkritik mana-mana pihak.
Ya saya setuju, pendapat saya tanggungjawab suami pada keluarga itu WAJIB, malah perlu lebih diutamakan keperluan keluarga daripada menghadiri usrah. Lagipun apabila suami sakit, siapa lagi yang akan menjaganya melainkan ahli keluarganya juga.. nak harapkan rakan-rakan usrah untuk semua urusan penjagaan pesakit, tentulah mustahil.
Ummu Auni, ceritanya belum ending :) Apakah agakya ending yang paling sesuai?
joe penang & masri, setuju dengan pendapat anda. Hmm, kalaulah semua suami faham dan memberi sokongan , membantu jaga anak ketika isteri ke majlis ilmu, kan baik :)
sis aliya, penceritaan ini membuatkan saya tertanya-tanya kerana saya kira cerita ini pasti ada kesudahannya. Saya berharap ada kesimpulan menarik/ pengajaran dari kisah ini. Insya Allah, saya menanti :)
ReplyDeleteUmmu Auni,
ReplyDeletecerita ini satu perkongsian, kesudahan bergantung pada diri pembaca itu sendiri dan keputusan yang dirasakan solusi kepada kekalutan itu.
Ada pihak yang menuduh saya tidak faham apa itu usrah,kerana menulis post ini. Tak mengapa, tak marah pun, itu pendapat mereka. Saya tak perlu dedahkan sumber siapa/mana kisah ini, itu rahsia. Seperti saya katakan, ini cerita.
Saya bercerita dari satu perspektif, sudut pendangan seorang isteri yang tidak lagi ke usrah kerana masalah tertentu, malah pendiriannya mungkin kurang disenangi/disedari mereka yang sudah lama aktif dalam usrah.
Bagi saya pula, saya lebih suka bebas dari usrah ngo yang terlalu mengikat, kerana tidak mahu terasa terpaksa hadir semata-mata kerana 'wajib'. Saya lebih seronok ke majlis ilmu di mana-mana saja yang saya dapat hadir, tanpa ikatan kepada mana-mana pihak. Mungkin saya akan dituduh pula pendirian tidak seperti pendakwah.. tak apa. Saya bukan manusia sempurna, ilmu Islam pun tak seberapa. Saya hanya seorang mualaf, saudara baru Islam dan ini pendapat saya :)