Saya minta maaf sebab lama tidak update blog ini. Maaf juga kepada mereka yang hantar emel tetapi belum saya jawab. Bukan tak mahu tetapi tak sempat. Maklum saja di sekolah tiada pembantu, di rumah tiada bibik. Perlu bijak membahagikan masa 24 jam sehari.
Komitmen kerja termasuklah pengisian data pbs pelajar 3 kelas yang masih terus dilakukan dan data NILAM juga memerlukan masa lama. Bukannya saya tak boleh pilih jalan mudah sebagaimana yang dilakukan oleh segolongan guru yang sudah berhenti daripada melakukan pentaksiran tapi saya tak mahu. Jika boleh mahu agar pelajar capai prestasi yang sebaik mungkin. Biarlah saya susah sikit tetapi puas hati sebab bila diri sendiri yang key in data tersebut, tak gusar dengan sebarang kesilapan yang mungkin berlaku jika meminta bantuan orang lain.

Mak dan mak suami pula memerlukan perhatian perubatan. Ada masalah kesihatan yang memerlukan perhatian doktor pakar. Alhamdulillah setelah 3 minggu di hospital, mak akhirnya berjaya menjalani pembedahan dan sudahpun kembali ke rumah. Saya lega, sekurang-kurangnya dia sudah melepasi tempoh kritikal. Alhamdulillah diagnosis doktor pakar terhadap penyakit mak mertua juga agak memberangsangkan. Semoga kedua-dua wanita tabah dalam hidupku ini sembuh dan panjang umur dalam rahmatNya.
Kini hanya pengisian data pbs yang masih dijalankan.. sepatutnya dah selesai tetapi sistem online pula mula merangkak.. Gerak gempur SPM sibuk dijalankan di sekolah. Penat tetapi itulah rutin guru yang mengajar kelas peperiksaan.
Syukur, saya dah siap pun soalan Peperiksaan akhir tahun untuk tingkatan 2. Hanya menanti masa menyemak jawapan dan memasukkan data dalam sistem.
Syukur, saya dah siap pun soalan Peperiksaan akhir tahun untuk tingkatan 2. Hanya menanti masa menyemak jawapan dan memasukkan data dalam sistem.
Kini giliran Ikram pula untuk diberi perhatian agar prestasinya dalam peperiksaan akhir tahun kekal cemerlang. Ya, anak baru 3 tahun tapi sudah 3 kali diuji secara academik. Ibu kiasu ini yang semakin risau padahal si anak relaks saja..haha.
InsyaAllah saya akan sambung dengan cerita baru nanti... banyak yang nak dikongsi
Nota: tulis ni dengan hanfon baru samsung s4 sebab tengah asuh anak yang sedang "bersolat" beberapa rukuk atas tikar sembahyang.. hehe
Salam Aliya,
ReplyDeleteKerjaya guru memang cukup mencabar sekarang ya. Jauh berbeza daripada zaman dulu-dulu. Mak Aji bukanlah guru tetapi pernah berkhidmat dalam badan berkanun di kementerian yang sama, pun sebab keluarga ramai yang menjadi guru. Hanya Allah sahajalah mampu membalas pengorbanan guru untuk mencerdikkan anak bangsa!