Friday, October 4

RODA DUA

Bila pelajar semuda 13 tahun menunggang motosikal.. ya, menunggang bukan membonceng, patutkah ibu bapa risau? Patutkah mereka membenarkan anak-anak yang belum mempunyai lesen motosikal dan menjalani kursus pemanduan berhemah menunggang motosikal ke sana ke sini termasuklah untuk ke sekolah?
Saya tak tahulah sana ada ini gejala di kawasan tempat tinggal saya saja tetapi pelajar muda termasuk di sekolah rendah sudahpun berani menunggang motosikal. Lebih-lebih lagi pelajar bangsa Melayu- cukup sinonim dengan motosikal. Saya lihat yang berbangsa India dan Cina tak begitu ramai yang berani berbuat demikian, menunggang moto di bawah umur yang dibenarkan.
Mungkinkah ini disebabkan budaya orang Melayu itu sendiri yang lebih suka membawa anak bersiar-siar pada waktu petang menunggang motosikal? Saya lihat jiran saya sendiri buat begitu, cucu kecil berumur setahun diletakkan di atas riba sedangkan dia sendiri menunggang dengan sebelah tangan. Bayangkan betapa bahayanya jika mereka terjatuh. Bila kecil-kecil lagi dah biasa dibawa meronda dengan motosikal, dah besar sedikit beranilah minta nak tunggang sendiri.
Ada juga pelajar beritahu " bukan jantan jika tak boleh tunggang motosikal". Itu kenyataan yang tak masuk akal tetapi disebabkan cabaran begitulah ada anaj irang yang kini putus kaki tangan atau ditanam di kubur. Nak jadi jantan sejati kenalah berani di pentas silat bukannya mempertaruhkan nyawa di atas jakn eaya tanpa lesen memandu.
Sudah ada pelajar yang hampir maut sebab nak tunjuk kejantanan. Sudah ramai yang menyesal sebab tidak mendengar nasihat agar tidak merempit.
Hairan juga. Bagaimanakah mereka boleh menunggang motosikal sekiranya ibubapa bersikap tegas tidak berikan kunci motosikal kepada mereka? Mengapa tidak hadkan mereka daripada menunggang kenderaan utu sehingga mereka berjaya men dapatkan lesen yang sah? Mengapa tak jalan kaki atau menaiki bas saja? Mengapa mesti naik motosikal sedangkan diri sebenarnya tidak layak atau bawah umur?
Anak dara pula menunggang broooom brooom di sana sini diligan oleh kawan-kawan lelaki... ada pula bonceng sambil memeluk penunggang yang bukan mahram. Oooo, sakit mata bila melihat mereka itu 'sepatutnya' menjaga aurat.
Hmmm... berdosakah ibu bapa tang berikan kunci motosikal kepada anak mereka yang tidak layak menunggang motosikal di jalan raya, seterusnya membahayakan diri sendiri dan pengguna lain?

3 comments:

  1. Alah bisa kerana biasa. What seems difficult or dangerous to us ids simply joy to these people. I think the picture is very much worse in rural environments. It sickens me to notice girl rempits riding and shouting merrily in mixed boy-girl groups. And
    I am getting used to it, blaming their parents, not them.

    ReplyDelete
  2. Pakcik, it's the same in my housing estate. The girls ride dangerously without hijab and helmet. I don't understand why their parents allow them to ride motorcycles in the first place. We survived without it during our school days, and now even primary students laugh if teachers ask them to cycle to school. The motorcycle has become a symbol of bravery among malay teens but for me breaking the law and putting others in danger is sheer stupidity.

    ReplyDelete
  3. Salam Aliya,

    Mak Aji setuju sangat apa yang Aliya sebut, ibu-bapa patut dipertanggungjawabkan sebab mereka mengizinkan hal ini berlaku. Budak2 tu apalagilah. Menantu Mak Aji baru2 ni kena langgar keretanya dengan budak sekolah yang menunggang motor. Dia langgar lampu merah, sudah tu dimakinya menantu (perempuan) Mak Aji tu! Entah apa nak jadi dah sekarang ni.

    ReplyDelete