Friday, August 30

BILA SAYA DISANGKA BIBIK INDON...

Satu pagi di Hospital Sultan Abdul Halim...
"Awak siapa? Maid kah?" tanya seorang jururawat Melayu yang bertugas apabila melihat buku temujanji rawatan kepunyaan mak yang saya hulurkan itu tertera nama Cina.
"Saya anaknya," jawab ringkas.
"Ohhh,' dia merenung wajah saya dan mak seketika sebelum menekan butang nombor giliran.

Semenjak keadaan kesihatan Mak semakin kurang memuaskan kebelakangan ini, saya terpaksa mengambil cuti untuk menemaninya mendapatkan rawatan di hospital. Temujanji dengan doktor pakar untuk beberapa klinik di hospital ini juga mengambil masa beberapa jam.
Jikalau dulu kami kurang diberi perhatian. Mungkin orang ramai akan anggap saya adalah rakan atau saudara yang menemani Mak ke hospital.
Namun kini apabila saya terpaksa menolak Mak di atas kerusi roda, soalan 'siapa awak?' sering ditujukan kepada saya. Nampaknya ada orang yang masih hairan melihat seorang wanita tua Cina ditolak oleh seorang wanita yang menutup aurat serta bercakap dalam bahasa Cina.

"Mana ****? " tanya ahli farmasi apabila saya tampil ke kaunter ubat apabila nama Mak dipanggil.
"Sini," saya jawab.
"Ini kad orang Cina," kata ahli farmasi berbangsa Cina berumur 20-an itu sebelum memanggil nama Mak sekali lagi.
"I'm her daughter! She's over there, in the wheelchair," " saya jawab dengan lantang dalam Bahasa Inggeris sambil mengerling ke arah Mak yang duduk tidak jauh dari situ. Segala ketegasan sebagai seorang guru B.Inggeris kelas nakal diketengahkan sepenuhnya. Geram. Kadang-kadang apabila kita ni speaking, barulah orang akan beri perhatian serius.
Ahli farmasi itu tergamam. Mungkin teringat bekas teachernya yang garang di sekolah lama. Dipandangnya saya seketika sebelum menghulurkan ubat.
Segala pertanyaan saya seterusnya tentang ubat Mak dibuat dalam Bahasa Inggeris. Bukan sebab tak hormat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi geram apabila ada orang anggap kita ini bukan saudara pesakit yang berkenaan sebab kita bertudung menutup aurat dan bercakap dengannya dalam Bahasa Melayu. Saya sengaja tak mahu bertutur bahasa Cina sebab orang muda berbangsa Cina sekarang ni rumit; ada yang tak faham loghat Cina tempatan dan ada yang hanya tahu bertutur Mandarin sahaja.

Oh, mengapalah apabila saya ni memakai tudung dan menolak kerusi roda wanita Cina, harus saya dianggap orang gaji? Begitu rendahnya pandangan orang kebanyakan terhadap wanita Islam yang bertudung? Hanya layak berstatus orang gaji Indonesia?
Mengapa tidak cuba bersangka baik dan tanya dengan soalan yang lebih mesra, " Awak saudara dia kah? Awak anak dia kah? Awak menantu dia kah?"
Mengapakah harus dianggap wanita bertudung yang menolak kerusi roda seorang bukan Islam itu semestinya orang gaji Indonesia? Saya tak kisah sangat jika yang tanya itu mereka yang bukan Muslim tetapi apabila soalan sama datangnya daripada umat Islam sendiri, sedikit sebanyak marah juga. Masih tak sedarkah ada wanita Cina beragama Islam di bumi Malaysia ni? Atau menantu berbangsa Melayu yang beribu mertuakan orang Cina bukan Islam?
Seingat saya, pakaian saya taklah seteruk mereka yang biasanya bekerja sebagai orang gaji untuk keluarga Cina. Berblaus lengan panjang dan berseluar panjang labuh serta bertudung labuh, bukanlah pakaian yang sering dikaitkan dengan bibik Indonesia yang bekerja dengan keluarga Cina. Mungkin silapnya, saya tidak bersolek pada hari itu.

Mak diam sahaja. Letih dan masih menahan sakit.
Saya hadapi masalah sekali lagi apabila mahu memasukkan Mak semula ke dalam kereta saya. Maklumlah saya pergi berdua dengan Mak, dan tidak ditemani saudara lelaki. Mak pula tidak boleh berdiri tanpa bantuan.
Jururawat yang menjaga kaunter di pintu masuk juga kawan Mak pula tidak kelihatan. Mungkin dia sudah tamat shif. Kasihan juga nak minta dia tolong saya angkat Mak, sebab dia pun sudah hampir nak bersara. Saya pula tak mampu lakukan seorng diri sebab sudah menjalani 3 kali pembedahan termasuk ceasarean.
Saya segera pergi ke kaunter sekuriti di depan pintu hospital tetapi pak guard yang bertugas tidak mahu membantu. Makcik sekuriti juga buat bodoh apabila saya minta bantuan.
Naik angin dengan sikap pihak sekuriti hospital Sultan Abdul Halim itu, saya tinggalkan kereta dan Mak di lobi lalu berjalan ke kaunter pertanyaan utama.
"Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab untuk membantu pesakit yang berkerusi roda? Saya perlukan orang angkat ke dalam kereta tapi takde seorang pun yang mahu menolong di depan pintu hospital! Pak guard sana pun cakap dia tak larat. Apa standard prosedure hospital ini dalam memindahkan pesakit dari kerusi roda ke dalam kereta? Tanggungjawab siapa - sekuriti, jururawat atau HA? " aduan dibuat dengan suara kuat dan lantang di meja kaunter.
Pekerja wanita pertengahan tahun yang menjaga kaunter itu cuba mendapatkan bantuan pihak sekuriti tetapi sekumpulan mereka yang muda-muda itu juga buat tidak tahu.
Akhirnya dia sendiri yang keluar dari kaunter dan mengikut saya ke kereta. " Buang masa saja cakap dengan mereka tu, ' katanya.
Dengan susah payah, akhirnya kami berjaya mengangkat Mak daripada kerusi roda ke dalam kereta saya. Kerusi roda juga berjaya dilipat dan dimasukkan ke dalam kereta.

Setelah lima jam di HSAH, akhirnya saya dan Mak berjaya tinggalkan perkarangan hospital itu jam 3 petang.
Temujanji Mak di sana pada Isnin depan akan duruskan Ah-Beng Cina nonMuslim pula.

refleksi: Sudah tentu tiada yang akan bertanya 'siapa awak?' sekiranya saya hadir ke hospital tanpa menutup aurat, bukan? Ah, cabaran wanita berkeluargakan bukan Muslim...
Inilah antara sebab saya tak galakkan wanita nonMuslim berbangsa Cina yang bekerja di pejabat kerajaan mengekalkan nama asal mereka selepas memeluk Islam. Bayangkan kesilapan status bangsa/agama dalam dokumen anda kemudian hari dan diskriminasi yang mungkin dihadapi.


9 comments:

  1. Salam Che Gu,

    Allah Almighty says:

    "And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to As-Sabirun (the patient)". (Al-Baqarah, 2:155)

    "O You who believe! Endure and be more patient...” (Ali-`Imran, 3:200)

    "Only those who are patient shall receive their reward in full, without reckoning." (Az-Zumar, 39:10)

    "And verily, whosoever shows patience and forgives, that would truly be from the things recommended by Allah." (Ash-Shura, 42:43)

    "Seek help in patience and As-Solah. Truly, Allah is with As-Sabirun (the patient)." (Al-Baqarah, 2:153)

    "And surely, We shall try you till We test those who strive hard (for the Cause of Allah) and As-Sabirun (the patient)" (Muhammad, 47:31)

    There are numerous Verses of the Noble Qur'an inculcating patience and extolling it.Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Salam Cikgu,
    Dugaan juga ya...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,

    tak sangka Malaysia masih belu merdeka dari stereotype.
    katanya, sudah merdeka 56 tahun.

    ReplyDelete
  4. salam kak.
    alhamdulillah, masih dikurniakan sabar, i've been to a lot of hospitals, and mmg banyak mslh dgn pekerja dekat hospital yang buat-buat x tahu bila kita perlukan bantuan.
    yes, they have their own problems and sop to follow, tpi xkan la perikemanusiaan pun kena ikut sop?

    tapi xpe, selagi boleh menegur, kita tegur. :) selamat berjiwa merdeka.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam warahmatullah.. terima kasih atas komen komen saudara saudari. Perkongsian pengalaman di atas bukan untuk melepas geram mahupun menyalahkan mana-mana pihak tapi sekadar untuk difikirkan dan diambil iktibar. Dugaan seperti itu takkan mematahkan semangat saya.
    Thanks for the verses, Al-Hussaini.

    ReplyDelete
  6. When an attendant at a government hospital takes my IC, looks hard at the number and the colour picture, scrutinises my face,and asks me, " Ini betul kad Pakcik?" what goes in his mind? Is he admiring the handsome picture and I ought to have been six-foot under, or am I looking too young and handsome for my age and the picture is not doing justice?

    I prefer to accept what pleases me. Aliya, we grow older, learn to be slighted and forgive those who hurt the image of what we think we are. Then we are ready for HIM. You are a good teacher and I have been trying to be one. We both know there are individuals who should be be ashamed of beeing addressed as teachers, let alone as principals - and they earn money! That is why I write 'With a Sigh' series.

    ReplyDelete
  7. Cubaan...sy selalu dikatakan sbg org fillipina wlupun dh bhijab...ttamanya msa d brunei. Byk cabaran perlu dilalui sbg sedara bru ni.

    ReplyDelete
  8. perihal yang diulang ulang oleh putaran waktu. kisah bilal bin rabah ditukar watak. diolah skrip. tetapi mempunyai perjuangan yang sama hendaknya kuat dan sabar sampai akhirnyaa

    ReplyDelete
  9. Pakcik Hassan, thanks for your comment. True, must remember your advice.
    Muslimah, cabaran begini lah yang menjadi asam garam dalam kehidupan.. menjadikan menarik.
    Syafudin idris, insyaAllah. ..

    ReplyDelete