Tuesday, July 2

BILA BEKERJA SEBAGAI MUSLIMAH, INILAH DIKATAKAN CABARAN...

Dulu sebelum masuk Islam saya tak kisah sangat, janji hati senang, kerja jalan.
Namun tahun ini, di tempat kerjaku kini, semakin terasa cabaran bekerja sebagai seorang Muslimah. Sebagai seorang wanita pekerja beragama Islam.
Apa hal ni, Aliya?
Ya lah, tatkala orang lain masih sibuk bersembang tentang itu dan ini, saya dah sibuk angkat beg untuk ke kelas. Takut pelajar buat hal dalam kelas tanpa pengawasan guru. Takut pada hari saya terlewat, pengetua masuk dulu untuk memantau [alhamdulillah, tak pernah berlaku]. Yang utama, takut duit gaji masuk untuk bulan itu kurang halalnya sebab saya sengaja lewat masuk mengajar. Aduh, bukan senang nak jadi pekerja Muslimah.

Semasa orang lain seronok bersembang macam-macam hal di meja lain, kepala saya belum angkat dari tugas menyemak buku latihan, menulis rekod mengajar, mencari bahan mengajar, menyelak fail untuk data pelajar, dan sebagainya. Siapa yang duduk dekat saya di bilik guru jangan marah ya jika saya tak bersembang dengan anda sepanjang hari. Bukan tak mahu tapi ada masanya sibuk sangat-sangat.

Jangan marah ya jikalau saya memilih jalan yang paling kurang disukai untuk proses kerja harian. Maksudnya jika saya buat kerja mengikut SOP yang telah disenaraikan itu, jangan marah, ok. Sebab saya tahu ia menyusahkan, banyak karenahnya dan ramai yang tidak suka. Ramai lagi yang suka ambil jalan mudah.

Jangan marah juga ya, jikalau saya pilih untuk lakukan sesuatu yang anda sendiri tidak mahu dan tidak sanggup buat walaupun itu sebenarnya dalam senarai tugas anda. Alasan anda bahawa tiada siapa yang akan ambil peduli bukanlah alasan yang baik bagi saya. Mungkin manusia biasa tak ambil peduli tapi Allah Maha Mengetahui. Saya mahu semua yang saya lakukan dalam pekerjaan saya itu diberkati Allah.Jikalau itu disenaraikan dalam tugas yang telah diamanahkan kepada saya, insyaAllah saya akan lakukan dengan sebaik mungkin sebab saya mahu setiap sen yang saya terima sebagai gaji itu halal. Jikalau terpaksa menghampakan anda atau membuat anda terkena 'tempias' yang selama ini anda terlepas, anggaplah itu juga satu proses kerja. Maaf ya.

Jikalau saya telah melakukan perkara-perkara yang selama ini tiada orang lain yang juga bergelar Muslimin dan Muslimat lakukan demi menjaga silaturahim dan semangat setiakawan, harap terimalah ia dengan hati yang terbuka. Nak marah pun marahlah tapi tolong jangan cakap di belakang saja, mengata-ngata kepada orang lain padahal saya sebenarnya telah membantu anda melakukan kerja yang sepatutnya anda sendiri lakukan. Saya buat semua sebab saya mahu ada perubahan demi kebaikan anak murid dan nama baik tempat kerja kita. Saya lakukan juga atas arahan. Nak marah marahlah depan saya; berdosa mengumpat di belakang tau. Ingat tu.

Saya bekerja bukan untuk mendapat kawan baik. Bukan untuk menjadi orang yang paling popular di tempat kerja. Saya kerja sebab memang itu tugas saya. Amanah yang diberikan wajib dipikul dengan penuh tanggungjawab. Bukan dengan mencuri tulang. Bukan dengan menggaji pula orang-orang kecil tertentu untuk melakukan kerja saya, sebagaimana yang anda suka lakukan dengan alasan terlalu banyak kerja -padahal anda sebenarnya sibuk bersembang.

Jikalau dah 'meluat' melihat muka saya, tak apa. Saya tak marah pun; saya tetap senyum manis.
Jikalau terasa hati dengan teguran saya yang tidak berlapis, anggaplah ia teguran tajam tapi benar.
MasyaAllah, jikalau saya perlu menjaga hati anda-anda semua setiap masa, tak berani melakukan perubahan sbab anda adalah orang lama di tempat kerja... mungkin makin mundurlah anak bangsa dan generasi pelapis kita.
Saya masih sedar, saya dan anda semua adalah hamba Allah.
Wang gaji, rezeki kita terima Dia yang bagi.
Silap-silap nanti, Dia berikan kita dalam bentuk gaji, Dia jua tarik balik duit itu dalam bentuk lain sebab kita tak melakukan kerja dengan amanah. Nauzu'billah.
Marilah berubah sekarang, sebelum terlambat.




9 comments:

  1. Salam Aliya,

    Syabas, memang itulah yang sepatutnya di hati setiap muslimah yang bekerja! Mak Aji setuju 200 peratus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ummu Madihah,
      Terima kasih atas sokongan Mak Aji :)

      Delete
  2. salute dgn akak, semoga naz pn begitu dlm mencari rezeki yg halal. naz bakal bekerja di tempat baru...for sure cabaran sebagai pekerja muslimah agak berat, sebab naz kena berdepan dengan ramai orang. doakan naz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, permudahkan segala urusan Naz di tempat kerja barunya, berikanlah kekuatan dan kesabaran kepadanya dan terimalah kerja yang dilakukannya sbagai ibadah kepadaMu, ameen

      Delete
  3. Syabas Cikgu Aliya. Alhamdulilah bersikap begitu. Dulu saya bekerja di Kem Pendidikan dan dah bersara 10 tahun. Dulu saya berurusan dengan Union Guru2 kerana saya bekerja di Bahagian Sumber Manusia.Inilah yang saya sarankan, Jangan hanya menuntut hak sendiri tetapi hak pelajar dan hak ibu-bapa kita abaikan.

    Semoga contoh diikuti.
    Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam ngasobahseliman,
      Penat dan stres juga apabila tak ramai yang sekepala dengan saya dalam hal ini di tempat kerja tapi insyaAllah tetap diteruskan. Yang penting, saya lakukan yang sepatutnya.

      Delete
  4. Cikgu Aliya,

    Saya selalu mengalami situasi yang hampir sama dengan cikgu. Tambahan pula saya masih junior di pejabat. Bila kita yang muda cuba membawa perubahan yang lebih baik, yang veteran sukar menerima. Kita dikata macam-macam, terlalu vokal, terlalu tegas. Tapi Allah itu Maha Kuasa. Yang sukar menerima perubahan itu akur, tak mampu melawan arus. Terpulanglah pada diri mereka. Setiap gaji yang dibayar itu perlu ada halal & sucinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruru,
      Kita semua hamba Allah, termasuk boss kita. Oleh itu, tiada apa yang perlu ditakuti, sebab semua di bawah kuasaNya, bukan. Jika mereka berubah dan menerima, alhamdulillah, Jika masih sukar menerima, terpulanglah kepada mereka tapi jangan kita berlagak pula dengan mereka, k.

      Delete
  5. Betul tu aliyah..setuju benar.

    ReplyDelete