"Assalamualaikum, Ramadhan. Wah, tak lama lagi orang beragama Islam di Malaysia akan menyambutmu, dah bersedia ke belum?" Rejab menegur saudaranya, Ramadhan.
Ramadhan tersengih.
"Waalaikumussalam, Rejab. InsyaAllah, saya memang bersedia," jawabnya ringkas.
"Saya tinggal beberapa hari lagi sebelum menghulurkan baton ini kepadamu, wahai Ramadhan. Seronok saya melihat orang-orang Muslim di negara ini berpusu-pusu ke pasar raya membuat pelbagai persiapan untuk menyambut kedatanganmu," kata Syaaban pula.
"Begitu? Alhamdulillah, suka saya mendengarnya," Ramadhan berkata dengan tenang. "Tapi saya harap mereka tidak terlalu leka dengan membeli-belah sehingga terlebih belanja."
"Betul tu, Ramadhan. Setiap tahun saya perhatikan, ramai kaum Muslimin dan Muslimat yang berpuasa di sini suka berbelanja berlebihan semasa mereka berpuasa wajib. Mereka memberi alasan bahawa mereka lapar sebab berpuasa pada siang hari, maka mestilah makan lebih pada waktu berbuka puasa pula... ganti balik tenaga yang hilang," kata Syaaban.
"Hahahaa.. itu alasan nak makan lebih la tu," ketawa Syawal terbahak-bahak. "Padahal yang sunat sebenarnya adalah makan secara sederhana semasa berbuka puasa, sebab maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbut fajar sehingga terbenam matahari serTa perkara-perkara yang membatalkan puasa. Jikalau makan berlebihan sehingga senak perut, itu sudah melampaui batas."
"Setuju, tujuan berpuasa pun sebab mematuhi perintah Allah SWT. Saya bersyukur sebab ketika saya bertugas, umat Islam hanya berpuasa sunat sahaja. Mereka jarang dilihat makan berlebihan semasa berbuka puasa, tak seperti amalan mereka semasa bulan Ramadhan."
"Aduh, memang saya susah hati setiap kali tiba giliran saya bertugas, saudara-saudara. Saya lihat ramai manusia yang berbuka puasa dengan pelbagai jenis lauk dan makanan sehingga ada makanan yang tidak dapat habis dimakan. Lepas tu, dibuangnya pula makanan berlebihan tersebut sebab sudah basi. Itu satu pembaziran dan Allah marah pada orang yang membazirkan makanan."
"Betul tu. Malah ada juga manusia yang suka memberi alasan mereka berpuasa untuk menjadi malas semasa bulan Ramadhan al-mubarak ini. Sepatutnya mereka yang berpuasa menjadi lebih rajin, lebih berusaha dan bersemangat sebab mahu mengejar pahala bekerja dengan baik semasa berpuasa. Ini sebaliknya pula; beri alasan letih sebab berpuasa untuk curi-curi tidur dan membuat kerja lambat-lambat," komen Syaaban lagi.
"Saya serba salah setiap kali saya bertugas sebab saya sendiri tak dapat tegur mereka yang menjadi lalai. Mereka yang berpuasa tetapi bersikap malas itu sepatutnnya tahu bahawa perbuatan mereka itu salah dan mengundang dosa. Tambahan lagi, bila umat Islam yang berpuasa sengaja menjadi malas dan kurang bersemangat atas alasan mereka berpuasa, apa tanggapan yang mereka berikan kepada kawan-kawan dan rakan sekerja mereka yang bukan beragama Islam? Tentu sekali gambaran negatif bahawa berpuasa itu meletihkan, puasa tu satu masa untuk membuat kerja dengan ala kadar dan bulan Ramadhan juga mesti balik awal untuk membeli-belah juadah berbuka di bazaar Ramadhan. Rosak nama baik saya pula sebab orang bukan Islam akan kaitkan saya dengan bulan umat Islam di sini menjadi malas dan kurang produktif," terang Ramadhan dengan nada sedih.
"Jangan begitu, Ramadhan. Bukan salah awak. Salah manusia beragama Islam yang masih kurang kesedaran tentang amalan semasa bulan mulia ini. Sebenarnya umat Islam ketika zaman Rasulullah tetap kuat semasa bulan Ramadhan; mereka berpuasa tetapi masih boleh menang Perang Uhud. Sekarang umat Islam negara ini pula suka mengaitkan bulan puasa dengan amalan berterawih pada waktu malam, amalan berbuka puasa beramai-ramai tetapi tak ramai pula yang kaitkan puasa dengan amalan rajin dan produktif. Sayang sekali, sebab sekiranya mereka sedar dan melakukan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan baik walaupun semasa berpuasa, insyaAllah pahala yang mereka terima tentu berganda."
"Ya, benar tu. Bagi pelajar, mestilah rajin belajar seperti selalu. Jangan pula lupa bersahur dengan alasan bangun lewat sebab bersahur adalah wajib bagi umat Islam yang berpuasa. Ramai remaja yang boleh main game sehingga awal pagi tapi bila disuruh bangun bersahur, ada pula alasan tak larat. Teruklah cam tu! Ada pula pelajar yang enggan membuat latihan bertulis yang diberi guru dalam kelas dengan berkata mereka letih berpuasa. Semua itu alasan yang tidak sepatutnya digunakan semasa berpuasa," Syawal menyampuk.
"Kasihan sungguh Ramadhan melihat umat Islam di sini. Ketika awal bulan, masjid masih penuh dengan Muslim yang mahu menunaikan solat terawih tetapi menjelang akhir bulan, semakin susut pula bilangan mereka. Ke mana mereka pergi? Rupa-rupanya banyak yang berada di pasar raya selepas berbuka untuk membeli belah barang persiapan Aidilfitri.Siang mereka tak mahu pergi membeli-belah sebab letih dan mahu tidur, lepas berbuka puasa barulah mereka bertolak keluar rumah. Padahal ketika akhir-akhir bulan barulah mereka boleh menyambut Lailatuqadar."
"Betul. Sebaik-baiknya mereka bersedia mulai bulan Syaaban lagi untuk sambutan Aidilfitri. Tak perlulah bersusah payah membeli-belah sehingga terlepas solat terawih terutama bagi lelaki Islam."
"Saya amat berharap biarlah tahun ini ada semakin ramai umat Islam di sini yang berubah sikap dan pemikiran mereka. Sambutlah saya dengan baik dan lakukan segala amalan yang boleh menambah pahala, jauhilah segala yang boleh mengundang dosa dan fitnah."
***************************************************************************
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.
bagus entry ni. mmg selalunya masalah bila bulan ramadan ialah membazir dan kurang produktiviti kecuali peniaga2 bazaar ramadan.
ReplyDelete=p
*kalau boleh edit bagi ada jarak antara perenggan supaya mudah dibaca*
noted.. terima kasih atas teguran anda :)
Deletesalam ramadhan ye ;)
ReplyDeletesmoga ramadhan kali ini lebih baik dr tahun2 sblumnya
Waalaikumussalam, selamat menyambut bulan Ramadhan :)
DeleteInsyaAllah, ameen
astagfirullah halazim..
ReplyDeleteterima kasih atas ingatan
semoga ramadhan thn ni lebih baik dari thn2 terdahulu
salam ramahdan =)
Selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak :)
Deleteselamat berpuasa ^_^
ReplyDeleteterima kasih singgah blog saya
terima kasih, ini tahun ke7 bagi saya.
DeleteBiarlah kita bersendirian memikirkan apa itu hikmat dan tuntutan Tuhan yang patut kita belajar dari puasa dan hari raya. Pendapat dan kesedaran bersendirian ada kalanya lebih berkesan dari apa yang ditazkirah - apatak lagi oleh mereka yang sekarang ramai manampilkan diri berceramah, sebenarnya tak lain satu sumbar pencarian yang lumayan - setidak tidak pun menunjukkan kebolehan dalam bidang ugama.
ReplyDeletePakcik Hassan @ Al-Manar,
DeleteSaya setuju dengan pendapat ini, terutama daripada pakcik yang lebih berpengalaman dan berilmu. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui isi hati seseorang :) Selamat Menunaikan Ibadat Puasa, salam kepada makcik.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSeronok baca entry akk ni. Akk kalo ada masa menulis, tulislah pandangan org bukan islam (cth:family akk @ rakan2) terhadap bulan ramadhan.Saya nak tahu sangat!...TQ kak!
DeleteNew Mama Mia,
DeleteInsyaAllah, akan saya usahakan.. satu cadangan yang baik. Kamsia TQ :)