Tuesday, May 7

SAYA CINA MUSLIM, APA MASALAH AWAK?

"Babi!" kata itu keluar dari mulut seorang pelajar lelaki Tingkatan 2.
"Babi tak salah apa-apa..Babi binatang kejadian Allah juga," saya tegur dia dengan lembut.
Dia memandang saya satu macam tapi tidak bersuara lagi.
"Mengapa orang Melayu suka marah orang dengan gelaran babi?" saya tanya pelajar-pelajar Melayu lain. "Itu ajaran Islamkah, menggelar manusia lain dengan nama binatang? Ibu bapa kamu kurang ajar kamu atau kamu sendiri yang seronok gelar orang macam itu?"
Mereka tiada jawapan.
"Cikgu, jangan kata ibubapa saya kurang ajar!" jawab seorang pelajar yang kelihatan agak marah.
"Saya tak tuduh ibubapa kamu kurang ajar, saya tanya adakah kamu suka panggil orang lain itu 'babi sebab ibubapa kamu kurang meng-ajar kamu untuk guna bahasa yang lebih baik?"
Semua diam tak menjawab. Tapi saya dan mereka tahu, 'babi' itulah perkataan paling 'teruk' yang mereka tahu untuk memanggil orang yang dibenci.
Apa salah babi sehingga binatang yang Allah jadikan itu dianggap begitu hina oleh orang Melayu amnya? Begitu juga dengan anjing; menggelar seseorang itu babi dan anjing merupakan penghinaan paling teruk boleh diberikan pada orang lain.
Itukah ajaran Islam untuk gelar orang lain 'babi' atau 'anjing'?
Tentu bukan, tapi mengapa ada orang Melayu Islam yang suka guna istilah itu bila marah orang?

Saya dah lama tak baca akhbar bahasa Melayu. Bosan dengan pelbagai isu yang cuba diketengahkan. Lebih-lebih lagi yang berkenaan dengan isu bangsa dan agama.
Hello saudara seagamaku.
Tanahair kita dah berapa tahun merdeka? 5 tahun? 55 tahun?
Mengapakah masih ada orang yang menganggap semua orang bangsa Melayu = Islam= dapat masuk syurga, semua orang bangsa Cina dan India = kafir = masuk neraka?
Sudah berpuluh ribu rakyat Malaysia berketurunan Cina Muslim tapi masih ada yang beranggapan semua orang Cina itu kafir dan makan babi. Alangkah kasihannya dia itu sebab masih tak sedar perkembangan semasa!

Bila ada orang Islam Melayu yang menggelar dengan kesat seperti 'Cina babi, Cina bangsat', apakah perasaan saudara saudari sekiranya anda sememangnya berbangsa Cina seperti saya? Saya, begitu juga saudara Islam bukan berbangsa Melayu di Malaysia, tidak minta untuk dilahirkan dalam keluarga bukan Islam. Allah yang tentukan begitu, dan syukur alhamdulillah kami yang kini seagama dengan orang Melayu lain di bumi bertuah ini mendapat hidayahNya untuk memeluk Islam.

Tak sedarkah media massa dan sebilangan warganegara ini akan kewujudan kumpulan rakyat yang beragama Islam tetapi bukan berbangsa Melayu, dan berstatus bukan bumiputera? Kami golongan saudara baru yang tidak mahu me-melayukan diri kami dan mahu kekal sebagai orang India muslim, cina mslim, kadazan muslim, bidayuh muslim dan sebagainya. Kami bersyukur diberi hidayah olehNya dengan memeluk Islam sebagai agama kami. Tapi setiap kali ada pihak tertentu melaungkan, 'demi bangsa dan agama' saya geleng kepala. Bukan cemburu, oh bukan cemburu. Cuma saya tahu slogan itu bukan untuk diri saya dan saudara mualaf saya yang lain. Saya juga sedih sebab di zaman ini, masih wujud assabiyah di kalangan muslim di negara ini. Kasihan sebab itu juga yang cuba dihapuskan oleh Rasulullah saw.

Maka, bila ada pihak tertentu mendakwa orang Cina itu dan ini, saya terasa hati juga terutama bila saya tahu bukan semua dakwaan itu benar. Ingatlah, mahu atau tak mahu, segala perbuatan dan percakapan kita sebagai orang Islam akan dinilai oleh orang bukan Islam. Kita adalah cermin agama kita iaitu Islam. Jikalau kita berbahasa teruk, berkelakuan buruk, orang bukan sahaja akan kutuk diri dan keluarga kita, bahkan agama kita juga. Islam juga yang akan mendapat nama buruk. Maka dengan ini jugalah, alQuran mmberi garis panduan kepada umat Islam supaya kita tidak mengutuk agama lain dan cara sembahan mereka.

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (al-An'am [6:10]).

Maaf sekiranya tulisan saya ini menyinggung mana-mana pihak tapi saya tidak boleh mendiamkan diri dan menganggap ini masalah politik semata-mata. Apabila ada pihak yang membuat 'general perception' bahawa orang Cina = makan babi [ tahukah ramai Cina adalah vegetarian?] = menyembah tokong [ ada Cina beragama kristian] = kaya [ jika semua Cina kaya, along takde bisnes] = kafir [ ramai kenalan saya di Selangior dan K.Lumpur adalah Cina Muslim] = tidak bersyukur sebab tinggal di Malaysia dan menolak parti politik tertentu, saya sebagai rakyat berbangsa Cina dan beragama Islam perlu membetulkan kesilapan itu.

Apa Cina mahu? Apa India mahu? Apa Melayu mahu? Apa semua rakyat negara ini mahu?
Kami semua mahukan keamanan. Kami inginkan kemakmuran yang boleh dikongsi bersama. Kami idamkan penghapusan korupsi sebab sejarah lama di tanah besar China mengajar kami bahawa korupsi di peringkat pentadbiran boleh menghancurkan negara. Kami mahu dilayan sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat, dan bukan disuruh 'balik Cina! Balik India!' hanya sebab menyuarakan pendapat yang tidak popular di kalangan bangsa tertentu. Kami tidak mahu dilayan seolah-olah tidak boleh berfikir sendiri dengan disuakan lambakan poster yang berat sebelah.Sebab itulah survival parti politik yang tertentu kini tenat sebab ditolak oleh mereka yang bencikan rasism. Marahkan orang Cina amnya bukannya jalan penyelesaian untuk krisis tertentu. Itu hanyalah 'excuse' yang dicipta untuk mengelak daripada mengakui kelemahan sendiri.Menuduh orang Cina amnya sebagai bangsa yang tidak tahu membalas budi hanyalah mencerminkan kecetekan mindanya.

Apa kena mengena hal ini dengan saya, seorang Cina Muslim?
Sudah tentu ada. Sebab saya masi berbangsa Cina walaupun kini saya menyembah Allah dengan arah kiblat yang sama dengan orang Melayu yang lahir Islam. Keistimewaannya, saya dapat menyelami perasaan dan sentimen bangsa saya lebih baik daripada mereka yang hanya melihat dari tepi, dan membuat kesimpulan yang tak tentu betul itu.
Ada yang tanya saya - adakah artikel itu pendapat orang Melayu umumnya? Orang Melayu semua fikir macam itukah, bila beri minta balas; bila tak undi pihak tertentu dituduh rasis?
Hmmm, bukankah negara kita Malaysia ini asyik dijulang sebagai negara demokrasi? Rakyat bebas membuat pilihan dan mengundi siapa sahaja yang menjadi calon pilihanraya? Mengapa pula sekarang bila ada pihak yang kurang kerusi empuknya, dituduhnya pula hanya bangsa tertentu sahaja sebagai rasis?

'Itukah ajaran Islam?' tanya seorang kawan bukan Islam. 'Bila pilihanraya nak diadakan, disuruh orang undi calon tertentu supaya selamat bangsa dan agama, siap dengan manifestonya tersendiri untuk hanya bangsa tertentu sahaja diberi 75% tempat di ipta. Itu bukan rasis kan? kan? kan? ' soalnya yang mahir berbahasa Melayu.
'Itukah ajaran Islam? Bila tamat pilihanraya, ada satu bangsa yang dijadikan kambing hitam sebab menolak parti tertentu. Siap dituduh rasis pula.'
Saya hanya mampu memberi ayat-ayat tertentu dalam alQuran yang menyatakan perlu berlaku adil pada semua orang. Dakwah kepada keluarga dan rakan nonMuslim menjadi semakin mencabar apabila orang Islam sendiri menyulitkannya dengan tuduhan rasis begitu rupa.

Saya benci dan menolak rasism. Saya cintakan keadilan.
Saya ada anak murid pelbagai bangsa dan agama - Melayu, Cina, India, Chindian,Kadazan, dan lain-lain. InsyaAllah, saya tak pernah amalkan prejudis terhadap mereka walaupun mereka anak orang Islam, misalnya memberi markah lebih hanya berdasarkan bangsa pelajar itu [saya tahu ada yang lakukannya, mereka jawablah depan Allah nanti]
Tapi untuk seketika ini, menjadi seorang warganegara Malaysia berbangsa Cina dan beragama Islam bukanlah satu gabungan yang mudah dipikul.

Surah al-maaidah ayat 8 bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

59 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu.

    Saya faham luahan emosi Cikgu berdasarkan sentimen semasa tetapi ingin memperbetulkan ayat Cikgu tentang 'menyembah KAABAH yang sama'.

    Kita sembah ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala Cikgu!

    Bukan nya Kaabah. Ia cuma arah kiblat bagi umat Islam sedunia menghadap satu kiblat yang sama.

    Saya yakin Cikgu tidak bermaksud untuk berkata bahawa Cikgu menyembah Kaabah dan cuma terbawa bawa dengan gejolak emosi.

    Bawa bertenang Cikgu.

    Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sifu,
      Tersilap taip ayat tu sebab 'the mind works faster than the hand' :)sudah dibetulkan, terima kasih kepada mereka yang tolong komen.
      Saya tulis post atas ni dalam keadaan tenang, bukan marah.Ramai orang yang lupa tentang kami saudara baru Islam yang bukan melayu.. bila ada yang melaungkan 'untuk bangsa melayu dan agama Islam' maaflah saya antara yang hanya akan diam senyum kambing :)

      Delete
  2. Syukurlah Cikgu dah betulkan ayat tersebut.

    ReplyDelete
  3. Saya dah rasa diri saya lebih balanced sekarang selepas membaca rencana cikgu!

    Harap rencana cikgu dapat membalancekan saudara-saudara Islam lain yang tidak balance, yang condong atau senget sebelah!

    Islam anjurkan umatnya menjadi Umat Wasatiah, iaitu umat yang berada di tengah-tengah, adil, tidak senget ke kiri atau kanan, ke timur atau ke barat, ke Cina atau ke India!

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMMATAUNWASOTO,
      Alhamdulillah.. semoga Allah berkati, bimbing dan memelihara kita ke jalan yang lurus :)

      Delete
  4. Satu tulisan yang menarik, cikgu..

    Cuma saya masih tertanya2 kenapa orang Islam yang bukan Melayu tidak menonjolkan diri? Tidak turut serta sebagai penganjur program-program keagamaan.. Tidak bersuara jika ada isu pertembungan agama dan bangsa...Kalau ada yang menonjolkan diri pun, penampilan pun dah macam Melayu..





    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, segala pujian kepada Allah swt.
      Sebenarnya ada orang Islam bukan keturunan Melayu yang sudah bergelar ustz bertauliah pun di Malaysia, seperti ustaz Kamarudin Abdullah, ustaz Hussein Yee, Ustaz Nicholas Sylvester dan Ustaz Shah Kirit. Mereka juga selalu menganjurkan program keagamaan seperti program Dakwah dalam Masyarakat Majmuk dan sebagainya yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam di seluruh negara. Cubalah sertai program yang dianjurkan oleh Hidayah Centre, Perkim, Macma dan IPSI untuk mengetahui perkembangan terbaru orang Islam yang bukan Melayu.
      Perlukah Muslim bukan Melayu bersuara jika setiap kali ada pertembungan agama dan bangsa? Ada ketikanya pendapat dan kehadiran kami kurang disenangi oleh pihak tertentu, wallahualam.

      Delete
  5. setuju...~ islam patut diutamakan...
    jgn racist..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom amalkan sunnah Nabi - tolak semangat assabiyah

      Delete
  6. Tahniah cikgu kerana berani menyatakan kebenaran. Tak semua dari kita yang berani. Benar cikgu, Allah tidak melihat rupa paras kita, asal keturunan kita, harta kekayaan kita, dan sebagainya TETAPI Allah melihat ketaqwaan kita kepadaNya.

    Semoga kita semua tsabat di jalanNya dan dikurniakan jannah apabila kita tiada lagi di dunia yang fana ini. Amin!

    ReplyDelete
  7. Saya 100% setuju dengan Cikgu. Setiap agama bertujuan mengajar ciri-ciri yang baik tentang kemanusian. Hanya penganut yang salah faham kan ajaran-ajaran baik dan menggunakan nama agama untuk kebaikan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka tu perlu jawab depan Allah swt nanti.. janganlah kita menjadi orang yang rugi

      Delete
  8. salam, izinkan saya post ni di facebook?

    ReplyDelete
  9. terima kasih...tahniah! satu luahan dari sisi lain yang ramai terlepas pandang even saya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala pujian kepada Allah swt.
      Ramai yang lupa pada golongan ini.

      Delete
    2. owh btw, cikgu.mohon maaf kerana saya telah share di facebook saya tanpa kebenaran. saya rasa point-point yang cikgu luahkan perlu diketengahkan agar ramai mereka diluar sana pun tahu.

      Delete
  10. salam.

    saya merasa seperti diketuk dikepala dengan kebenaran yang cikgu katakan. memang, kebenaran itu kadang2 pahit untuk diterima.

    semuga allah beri kesabaran dan ketabahan hidup dalam masyarakat yang begini.

    namun, teruskan usaha mendidik anak bangsa malaysia dan pembaca blog cikgu kearah kebenaran. Allah bersama cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah.
      Jikalau kita suka membuat generalisasi tentang satu-satu bangs, kita perlu muhasabah diri mulai sekarang. Tiada siapa pun yang sempurna tapi insyaAllah sekiranya kita saling ingat-mengingatkan, jalan ke syurga akan menjadi lebih mudah.
      Tegurlah saya jika saya membuat kesilapan, terima kasih.

      Delete
  11. Ramai melayu islam pada nama. Tidak pada syariat, tauhid dan akhlak.

    Negara ni selalu dibiarkan dengan perkara-perkara racist. Kepala lembu, babi la dll. Pemimpin pula membiarkan je tanpa tindakan.

    Usahalah dengan kemampuan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah menjadi kewajipan kita untuk menegur dan berusaha membaiki keadaan. Amar makruf nahi mungkar.
      Semoga Allah permudahkan segala urusan kita ke jalanNya.

      Delete
  12. as salam cigu..
    sentimen perkauman bgitu teruk ditiup2 o media arus perdana skg...kita yg bkn cina bkn myu juga turut terasa kecewa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam gloria abdullah,
      Saya dah lama tak beli akhbar harian sebab dah malas baca berita yang agak berat sebelah. Yang boleh kita lakukan sekarang adalah bersyukur dengan rahmatNya dan terus berkawan dengan orang lain, sambil sebarkan nur Islam dengan sebaiknya.

      Delete
  13. salam cikgu.. ni first time saya sampai ke laman cikgu..

    i feel you, cikgu. saya rasa sangat setuju dengn point2 cikgu. saya rasa luahan cikgu ni macam daripada diri saya, cumanya saya sbg orang melayu islam..

    sedikit perkongsian daripada saya.. :)

    saya orang melayu islam yang membesar dalam masyarakat yang rata2nya adalah bukan melayu dan non-muslim.. saya sayang kawan2 non-muslim saya.. malah saya juga bercita2 nk jadi seperti mereka yang rajin dan sentiasa menpunyai konfiden yang tinggi dalam diri.

    saya bergaul baik dengan mereka.. alhamdulillah..

    namun, sejak saya mula masuk ke zaman univ, saya agak terkejut kerana budaya semangat ke-melayuan agak kuat dalam kalangan mahasiswa disini (saya menuntut di luar negara)..

    pendapat saya, tidak salah jika menyayangi bangsa sendiri.. tapi tidak perlu sampai menzalimi dan tidak berlaku adil pada yang lain.

    saya kagum dengan rakan2 bukan melayu dan yang non-muslim yang lain,, bersungguh2 mereka belajar.. katanya utk masuk ke IPTS, kerana nasib nak masuk ke IPTA bukan senang.... malah mereka ni independant. bukan macam rata2 melayu, bljr tak tinggi pon tapi ipta pon boleh lepas.......

    saya agak terkilan dengan orang bangsa saya sendiri yang bersifat perkauman.. racist tak sudah...asyik2 menyebarkan cerita orang cina akan mendominasi dan menguasai malaysia satu hari nanti.. saya sangat sedih.. malu pon ada kadang2...

    saya serik dengar cerita2 macam ni... sudah2lah berjuang atas pemikiran skeptikal dan fakta yang tak berasas pon... bukti pon takda...dengan memperjuangkan bangsa dan mengambil hanya sebahagian agama Islam utk dipraktik, maka kita hanyalah akan semakin mundur kebelakang........

    Islam ini adalah rahmatan lil 'alameen.. rahmat untuk sekalian alam.. bukan untuk melayu sahaja.. cina sahaja.. arab sahaja... malah untuk semua sekalian makhluk Tuhan di alam semesta! termasuk haiwan, air, semua sekali.... alangkah indahnya jika khilafah islam kembali semula..... inshaAllah.....


    maaf cikgu,, hanya luahan perasaan,... terima kasih cikgu... saya teringin nak berkawan dengan saudara seislam yang daripada bangsa pelbagai..... :)

    salam perkenalan cikgu.. assalamualaikum.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah,
      Maaf sebab lama menyepi dan baru membalas komen. Banyak hal yang memerlukan perhatian baru-baru ini.
      Di peringkat sekolah, kami usahakan agar berlaku percampuran pelajar pelbagai kaum dalam semua peringkat aktiviti tetapi ia bukan mudah. Mereka lebih selesa bergaul sesama bangsa sendiri sahaja, mungkin terikut-ikut dengan pengaruh kawan. Pantang dibiarkan, pasti akan berkumpul mengikut bangsa.
      Tak perlu berasa malu sebab anda melayu tetapi tarbiyahkan agar ahli keluarga kita (ya, anak-anak saya juga akan dilabel melayu bila masuk sekolah nanti)tidak berfikiran sempit lagi dan hanya memperjuangkan bangsa. Sepatutnya kita sebagai umat Islam meletakkan Muslim sebagai identiti kita, bangsa hanyalah untuk tujuan dokumentasi.

      Delete
  14. media dan masyarakat secara amnya perlu berperanan untuk merungkai dan menyelesaikan masalah perkauman ni..sayang sekali ada pihak memilih untuk menyiram minyak tanah ke dalam api demi kepentingan sendiri..

    orang Malaysia sanggup bentang karpet merah untuk orang luar masuk (apalagi kalau yang datang tu artis2 luar negara dengan hiburan yang melalaikan)..tapi sesama warganegara sendiri pun mo gaduh-gaduh ka? Dah takda keja lain ko nak buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putra Kembara,
      Memang mereka tu takde kerja lain... tambah dosa gak.

      Delete
  15. You have been very frank. Keep it that way. You may get a mail shortly.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Manar,
      Thanks for your mail.I've written a reply but curious Ikram accidentally deleted it. Will write another later, insyaAllah,

      Delete
  16. Assalamuaalaikum cikgu.
    saya baru sahaja mengikuti tulisan cikgu apabila saya cuba untuk menyelami lebih dekat bagaimana perasaan dan kehidupan mereka yang bergelar saudara baru dan saya sangat bersetuju dengan apa yg cikgu nukilkan di sini.Teruskan menulis.Salam perkenalan dari saya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah,
      Bintang Timur,
      Terima kasih sebab tinggalkan komen. Salam perkenalan :)

      Delete
  17. Semoga Allah SWT senantiasa memberkati kehidupan cikgu sekeluarga. Dan semoga Allah SWT membuka hati semua umat Islam berbangsa Melayu supaya memahami Islam bukan sahaja untuk Melayu. Harap saudara kita dari UMNO, Perkasa dan ISMA faham realiti ini dan berjuang Islam untuk semua, bukan untuk Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa yang diberi. Ameen.
      Islam takkan hilang dari muka bumi ini, insyaAllah. Yang dikhuatiri adalah kemungkinan tersimpangnya kia dari ajaran Islam yang betul, semoga Allah terus berikan hidayah kepada kita semua.

      Delete
  18. we faham n terasa sebolehnya bagi pihak yg menelannya cuma,sbagai umat islam i hairan ya hidayah itu sukar menembusi masyarakat non muslim.
    umpamanya di kg ku walau telah berkumandang azan slama 25 tahun namun hanya seorang dua muallaf china yg diberi hidayah itupun mungkin kerna jodoh,bolehkah cikgu ulas apakah puncanya,selain anggapan orang islam tak kayapun walau cinta Allah..saya hanya mampu kesian pd yg tanpa hidayahni ,saya tau saya juga tak layak utk syurga Allah akibat kurangnya amalan ini,namun masih ada harapan utk kami terima syafaat rasullulah saw....di mana kita sebagai khalifah,ya tuhan kami tak mampu...utk meluruskan tauhid mereka walau mereka hanya sejengkal dari cahayamu

    ReplyDelete
  19. doa adalah senjata orang mukmin

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah saya lihat banyak komen yang menyokong dan mendokong pendapat cikgu. tak seperti di blog-blog lain bersepah-sepah cacian dan makian dari yang kontra pendapat..Saya bersyukur kerana saya dilahirkan sebagai seorang yang bencikan racism dan saya teramat benci kepada orang yang mencetus racism.tuding-tuding jari telunjuk 3 jari menuding diri sendiri,dalam lipatan jari ada pisau belit yang sedia menghiris.

    ReplyDelete
  21. isu ni sangat panjang kalau nak dikupas.....sebab apa bila maki ja babi....sebab apa selain dari Melayu Islam disebut mualaf sampai bila bila....sebab apa ada sesetengah orang Melayu mana mana pihak atau parti berjuang Melayu dan Islam nampak racist sikit....mengapa masih ada suara nak jaga hak melayu nak jaga itu ini walaupun Malaysia dah 55 tahun merderka....dan dari tahun 1957 sampai 2013 dan walaupon semua Perdana Menteri adalah Melayu...dan kebanyakan Negeri Menteri Besarnya Melayu Islam....mengapa masih berbunyi pertahankan hak Melayu....isu apa lagi cina mahu padahal ekonomi cina yang pegang jutawan kat Malaysia banyak cina......panjang kalau nak cerita....Nanti saya cuba cerita sikit sekadar pengatahuan dari pengamatan pembacaan dan pengalaman...

    ReplyDelete
  22. Sayang sokong cikgu....pada pendapat saya melayu yang betul2 patuh dan taat pada ajaran islam akan senada dengan pendapat cikgu...cuma apa yang kita risaukan banyak orang kita tidak menyelami islam sedalamnya...cikgu jgn risau janji allah itu...islam akan berada di puncaknya...waktu itu tiada lagi perbezaan bangsa islam itu bersaudara....

    ReplyDelete
  23. Semoga Allah merahmati cikgu

    ReplyDelete
  24. ah itu masale dunia, kagak ape-ape, bole lah ati panas tapi kepale tetep sedingin es lah, kite dunia ini khan cume sebentor, entar kita matilah, ee bawa ape kita di liang lahat.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum...

    Sebenarnya memaki orang dengan perkataan babi adalah lumrah manusia cikgu. Bukan hanya Melayu, tetapi cina dan juga orang putih.
    Saya tahu Cina memanggil Melayu, babi. Mereka tak makan babi, tetapi mereka di label babi. Kawan cina saya yang beritahu saya. Pernah dengar mat salih bercakap 'You pig!!'? Apabila mereka memaki? Ya babi haiwan ciptaan Allah yang memakan bahan buangan mereka sendiri. Babi itu hanya satu perumpamaan. Saya hanya ingin menjelaskan bukan bermaksud saya mengagungkan. Kesimpulannya jangan lah kita terlalu senang untuk generalize kan 'orang melayu' atau 'orang cina' suka cakap itu atau ini. Anggap sahaja perkataan perkataan tersebut datang dari insan insan tersebut sendiri. Dan bukan mewakili bangsanya. Lebih mudah begini.
    Saya mempunyai ramai kawan dari berbagai bangsa. Bukan ini yang saya banggakan, yang saya banggakan ialah, saya mempunyai rakan rakan yang baik budi pekerti dan yang saya sayang. Ini adalah asas untuk kita berkawan.
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  26. perihal bangsa tiada syariat untuk menentukan pemimpin dan keadilan jgn lupa pada dasarnya dalam menentukan warisan kita

    ReplyDelete
  27. saya suka dengan tulisan cikgu nie. In my opinion, tidak semua orang melayu anti kepada bangsa cina. Saya rasa mungkin di belah Pantai Barat jer kot. For your imformation, cuba kita lihat di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan terengganu. Saya tumpukan di Kelantan sebab saya anak Kelantan.Di Kelantan, kami orang melayu tidak memingirkan bangsa Cina Kelantan malah kami anggap seperti adik-beradik. Keharmonian kaum di Kelantan walupun cina di sana sekitar bawah 10% di terasa mereka umpama asing. masyarakat cina. Cikgu datanglah ke Kelantan untuk melihat sendiri keharmonian kaum di sini. Ketika 16 Mei 1969, seluruh negara berbunuhan antara cina dan melayu, tetapi di kelantan tidak kena tempias perintiwa berdarah. untuk dapat imformasi lebih lanjut kalau di kelantan cikgu boleh kirim mesej di https://www.facebook.com/anakkelantanperantauan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah dengar cerita cina kelantan dari kawan saya ketika perucapan awam dulu. walaupun agama lain tapi mereka ikut budaya tempatan seperti memakai kain pelekat/batik malah mereka fasih berbahasa melayu dan loghat kelantan.

      Delete
  28. Satu entry yang membuka pemikiran.Teruskan menulis cikgu ya.

    ReplyDelete
  29. Semasa di uni dulu saya berkawan dengan bangsa cina.Kawan rapat juga.Kagum dengan perancangan masa depannya.Saat kami baru nak mula kehidupan di uni dengan pinjaman kerajaan,tajaan kerajaan...semua dibantu...kawan saya ni sudah pun trade saham.Bukan baru belajar tapi sudah trade sendiri dan ambil untung.Memang hebat.Beliau beli kereta sendiri,bayar yuran uni sendiri dan siap boleh simpan duit lagi.Inilah sesuatu yang saya rasa sangat perlu diterapkan kepada Melayu Islam macam saya.Berdikari dari awal.

    Salam perkenalan cikgu!

    ReplyDelete
  30. salam.....org melayu mmg terlalu kolot.....maaf....sy juga melayu....melayu kolot kerana telalu pentingkan bangsa dari agama.....masa kami kecik2 dulu kami ni mcm dipulaukan....my mum indian dlm surat beranak.....dalam ic melayu.....muka sedara mara mcm mamak la.... kecik2 kami kawan ngn india jerr..... melayu sombong....

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum, saya nak cerita ringkas jer, mana-mana manusia yang telah bersyahadah maka ia Islam.....tinggal lagi diMlaysia ini terdiri pelbagai kaum, jadi tidak ada masalah....cuma perlu di ingatkan bersatunya Islam itu tidak mengira apa warna kulit, bangsa, dan darjat....sebab semua kite beriman adalah pada benda yang sama...saya ingin sangat lihat Islam itu bersatu Dimalaysia ini, saya sangat terharu dengan Dr ridhuan tee yang bersungguh2 dalam menyatukan Umat Islam di Malaysia ini...malu pada diri sendiri yang belum lagi dpat pahala dengan mengIslamkan orang lain, sedangkan orang-orang ini xtaulah brpa ramai dah mereka mengIslamkan bangsa mereka sendiri......

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum wahai saudara semua yg terlibat...saya Lan..dari apa yang saya dapat penerangan dalam ni ialah,fasal hal ehwal perkauman yang tak akan habis..dan yang saya amat sedih ialah,bangsa yang beragama islam di malaysia,majoriti adalah orang melayu srmestinya,terlalu ramai tidak tahu wahyu yang Allah turunkan..wal hal mereka mengaku islam.pada Aliya..bersabarlah..Berpeganglah dgn tali Allah,iaitu Al-Quran..nescaya kamu akan selamat..dalam Al-Quran ada di tulis ayat yang mengatakan,ahli keluarga sendiri pun akan jadi musuh kamu sendiri..apa lagi orang lain..carilah dalam Al-Quran...pasti terjawab..itu sahaja dari saya...segala pujian hanya untuk Allah..

    ReplyDelete
  33. Kalau di penang cari ustaz halim hassan..ustaz sunnah..

    ReplyDelete
  34. aku melayu yg malu terhadap pengurusan jabatan yg dipertanggungjawabkn utk mengurus hal2 mualaf ni... mase aku bwk isteri mengucap syahadah di perkim selangor/kl... lupe status tmpt tu... sorang ustaz bekas pastor yg mengislam kan isteri aku.. aku msih igt lg cerita beliau... bertapa "rasis nya mata melayu islam dlm jabatan tu." ini pandangan aku. kata2 beliau yg aku ingt..semasa beliau nk "bertanya/kritik bab pengurusan".. inilah jwpan yg beliau dpt "ko baru peluk islam...jgn nak ajar org hal pengurusan": itu jawapan yg beliau dpt bila bertanya "knp x ada program susulan utk kg kaum iban" .. lupa apa nama kampung tu (yg dah masuk islam) di negeri serawak..(beliau berasal dr serawak.)
    kemudian dia bercerita pulak pasal satu kg di serawak yg dh diislamkan kemudian dimurtadkan sbb.. tiada tindakan susulan drpd pihak jabatan.. "umpama hnya melepaskn batuk di tangga"...(mgkin nk cukupkan target)...
    kata beliau... kristian,buddhism or whtever agama lain... bila dia menyerang sesuatu kawasan.. mereka akn memberikn benda yg secukupnya... duit..pakaian.tmpt tggal. kerja.dn akan membuat pemantauan sebaik2nya agar diorg x dimurtadkan oleh org islam.

    itu cerita 9 thun lepas... skang anak aku pn dh 6 rog... pekerja aku volunteer nk msuk islam.. aku urus kan semuanya... beliau org serawak... 01,01.2014... dh mengucap syahadah kt masjid... yg lain2 urusan kt jabatan ugama...aku dn beliau uruskan.. mlm td baru aku hantar beliau berkhatan 25/2/14.. 2-3 jam jugak la... mak oi... nk lapah belalai anak gajah ke ape... alhamdulillah selesai...
    bila crita bab pejabt yg DPTGGJWKN(dipertanggungjawabkan)
    bab pengurusan... masih jgk sme.. lmbat.. lemah...
    beliau masuk islam 1 1 2014.. jabatan agama kate akn call utk kelas... "tunggu punya tunggu.. bulan pn tak timbul2"<-- p.ramly style.... sib baik isteri aku linet mualaf gak.. dia dpt info kelas mualaf hr rabu ... so aku bg absane 29/01/2014.. kebetulan first calss yg beliau masuk dpt bantuan.. bila dia balik ..aku tanya..."ko tak tanya ustaz tu knp ko x dipanggil utk hadiri kelas?" dh tnye... tp nnt ustaz semak balik....
    dh bypass 2 kali.. dn aku pun da naik bengang... petang td dlm hmpir kul 7 jabatan agama call utk kelas...
    "sorry la non... dia baru berkhatan.... lepas pantang baru cerita"..

    ReplyDelete
  35. Saya fahami luahan cikgu. Sebenarnya sebahagian daripada Melayu Islam di Malaysia tidak mempamerkan akhlak Islam yang sebenar. Mereka menganggap bukan Islam itu musuh. Dengan sendirinya hilanglah peluang untuk menyampaikan dakwah kepada golongan ini. Percayalah ini bukan cara Islam yang sebenar.

    ReplyDelete
  36. Allah sebut dalam Al-Quran,syaitan itu musuh yg nyata bagi kamu..manakala orang kafir ialah pengancaman siksa yg berat pada mereka..sayangnya melayu islam tak faham-faham mana musuh mana tidak..dan mereka sering berkata orang tua-tua cerita..Quran dan hadith di mana letaknya..mereka sesat setelah..mendapat petunjuk...sebab petunjuk itu hanya sekadar hiasan dalam rumah...utk menandakan itu islam..mudah-mudahan akan berubah suatu hari nanti...

    ReplyDelete
  37. nenek saya cina,me sedara 2 org juga cina,nenek dari kecil di bela oleh melayu,,mak sedara ibunya cina,mak sedara sorang lagi cina juga dibela org melayu..org kampung juga ada cina mualaf kawin dgn melayu,di kg saya ada 4 ke 5 org cina mualaf dan di besarkan oleh melayu,,ramai juga yg sudah meninggal dunia..kini nenek saya sudah tua tetapi masih tidak mengenal siapa ayahnya ibunya abg2nya,,mungkin ada yg masih hidup..cina dan melayu sukar untuk dipisahkan,,melihat nenek saya yg semakin uzur sedih saja saya mengenangkan kisah hidupnya,,,tetapi mengenai org cina ini satu yg paling saya kagumi,mereka suka menyimpan duit untuk hari tua,dan rajin

    ReplyDelete
  38. setelah saya pahami tulisan cikgu. saya sebagai etnis melayu negeri tetangga(Indonesia), turut berduka atas diskriminasi yang terjadi di sana.
    bersyukurlah kepada bangsa malaysia, masih lebih akur antar etnis dari pada Indonesia..

    etnis tionghoa disini merasa sangat didiskriminasi oleh etnis pribumi lainnya.
    Mudah"an semua Etnis hidup rukun dan Damai.
    Amiin

    ReplyDelete