Friday, May 31

PAPERWORK DAN ONLINEWORK

"Senanglah kerja cikgu, boleh balik 1.30 petang."
Hah?! Siapa yang kerja sampai jam 1.30 petang sekarang ni melainkan cikgu-cikgu yang mengajar di sekolah dua sesi? Itupun belum tentu tepat 1.30ptg mereka boleh balik ke rumah sebab mungkin ada mesyuarat yang melibatkan mereka, aktiviti kokurikulum yang mereka perlu hadir semula ke sekolah 2 jam kemudian.
Masyarakat amnya masih menganggap para guru bekerja hanya separuh hari. Oh mungkin itu hakikatnya 20 tahun lalu (masa saya mula masuk perkhidmatan, memang punch-out 1.30 ptg) tapi sekarang itu tinggal kenangan. Tambah jika mengajar di sekolah menengah. Waktu balik 2.40 petang. Jikalau sekolah tersebut ada kelas khas seperti vokasional, tamat kelas jam 3.10 petang.

Saya cukup marah bila ada pihak yang menyamakan kerja guru zaman dulu dengan sekarang. Contohnya,
" Dulu orang kerja cikgu gak, anak 6 orang tapi boleh buat part-time lagi. Sekarang ada pelbagai kemudahan untuk cikgu tapi banyak kerja cikgu tak beres-beres pula."
Itu dulu. Semua buat manual. Nak tipu pun tak ada orang tahu, tak buat pun ada orang tak kisah langsung. Janji bila guru besar minta, paperwork itu dah ada. Cikgu pergi lewat pun hanya pengetua yang marah sebab belum ada punch-card di sekolah. Kertas ujian buat sehari sebelum periksa pun orang tak marah asalkan semua pelajar dapat diuji mengikut jadual peperiksaan ( cikgu gelek kerta soalan sendiri secara manual).
Zaman serba canggih ni tak mungkin lagi cikgu begitu boleh terlepas. Kena ada di sekolah sebelum 7.25 pagi, lebih awal lebih bagus sebab perlu berbaris depan mesin punch-card ( tak kiralah cikgu tinggal di mana). Semua soalan peperiksaan perlu disiap sebulan lebih awal sebelum dihantar ke bilik cetakan untuk dicetak dengan mesin. Semua dokumen bertulis mesti ada fail sendiri dan disimpan di bilik-bilik khas untuk semakan berkala.
Dulu tak ada sistem data markah peperiksaan dalam internet. Sekarang ada. Cikgu-cikgu wajib key-in secara online, siap kena ingat password masing-masing. Jika setahun 3 kali periksa, masuklah ke laman web itu sekurang-kurangnya 3 kali juga.
Dulu semua rekod peribadi pelajar isi dalam kad biru. Sekarang perlu masukkan secara online juga. Cikgu kelas juga yang kena key-in. Siap kena marah lagi jika lupa masukkan data pelajar baru sebab semua data online itu ada link ke unit lain.
Dulu ajar PJ senang. Suruh lari dan main bola saja. Sekarang perlu jalankan ujian kecergasan 2 kali setahun. Lepas tu isi borang bagi setiap pelajar tingkatan 1 dan 2, beri kepada guru kelas untuk diisi secara online bagi PBS. Kerja guru kelas lagi.

Dulu ajar ikut sillibus sahaja, bebas buat pengayaan dan pemulihan untuk kelas masing-masing, asalkan pelajar boleh jawab soalan peperiksaan dengan baik semasa peperiksaan. Sekarang ada pula PBS dengan deskriptor subjek masing-masing. Wajib jalankan PBS untuk semua evidens, tak kiralah pelajar itu boleh lulus atau tidak. Cikgu juga yang kena rancang dan siapkan bahan untuk PBS sebab tak boleh ambil terus daripada buku di pasaran. Cikgu juga kena beri amaran kepada pelajar kaki ponteng untuk hadir semasa PBS dijalankan dalam kelas sebab semua pelajar perlu diuji dalam PBS. Jika tak hadir, dia perlu disuruh buat juga pada hari lain (tambah pening kepala cikgu sebab kena luangkan masa P&P untuk uji dia pula).
Syukur untuk Bahasa Inggeris hanya 24 evidens yang perlu diuji. Untuk subjek lain? Fulamak, ada sampai 100 evidens... memang fening.
Dulu dikatakan akan kurang beban paperwork di sekolah. Hahahaaa..lawak benar ni. Dengan bermulanya PBS, makin banyak kertas yang digunakan. Nak uji lisan pun kena ada evidens bertulis daripada cikgunya menyatakan si Suparman bin Autaman sudah diuji B1 DL1 E1 dan lulus. Jikalau satu tingkatan ada 200 pelajar, sudah berapa keping kertas digunakan untuk satu evidens?
Alamak! Mana pelajar si Ana ni? Semak punya semak, rupa-rupanya namanya belum dikemaskini dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang ada link dengan SPPBS. Sudah maklumkan kepada guru kelasnya sebab hanya guru kelas yang boleh betulkan kesilapan dalam APDM tetapi sehingga hari ini namanya masih belum ada dalam senarai kelasnya. Takde namanya, tak boleh key-in evidens yang dia lulus.. adoiii satu masalah pula!

Kerja secara online tetap perlu dilakukan walaupun menggunakan line internet rumah. Ha, dah pening sungguh ni. PBS, SAPS, APDM, NILAM - semua ada website tersendiri dan ada password masing-masing untuk seorang cikgu. Hari tu harddisk lama saya mengamuk, terus mati.. habis semua password saya hilang bersama-samanya. Susah juga untuk saya cari semula semua password tu, kemudian baru nak key-in setiap satu evidens bagi PBS, semak data pelajar dalam kelas dan ibubapa mereka, keyin data bilangan buku yang dibaca oleh setiap pelajar dan sebagainya. Ni pun baru kerja online melibatkan pelajar. Belum masuk lagi website yang perlu diisi oleh setiap warga bergelar cikgu : e-pangkat, e-operasi, splg, dll.

Bukankah mereka dah hantar guru pembantu ke sekolah?
Hah? Guru pembantu? Siapa? Mana? Betulkah untuk membantu cikgu atau membantu di pejabat sekolah saja? Sedangkan ada sekolah masih belum cukup lagi bilangan guru terlatih dan memerlukan khidmat guru GSTT yang kadangkala ibarat chipsmore (sedang menunggu posting, ada pula berhenti selepas 2 bulan kontrak), saya berpendapat khidmat guru pembantu mungkin hanya wujud di sekolah-sekolh elit tertentu sahaja :P


"Sudahlah tu. Kan cikgu sekarang dapat gaji tinggi?"
Ya, benar. Jikalau dibandingkan dengan gaji saya mula-mula kerja dulu, memang gaji cikgu sekarang boleh 'tahan la'. Namun, beban kerja juga bertambah. Harga barangan, dan bil harian pun dah melambung naik, tak rasa pun gaji tu.
Gaji kakitangan kerajaan lain pun naik tapi samakah beban kerja mereka dengan kerja cikgu?

Ada cikgu yang terpaksa berulang-alik sejauh 30 km atau lebih, dari rumah ke sekolah setiap hari sebab tak berjaya dapat bertukar ke sekolah yang lebih dekat. Tak boleh claim perjalanan pula tu.
Cikgu tak dapat pun sebarang diskaun daripada TM walaupun semua cikgu perlukan perkhidmatan internet sepanjang masa, termasuk di rumh masing-masing sebab sewaktu di sekolah, cikgu sedang sibuk mengajar dan menyemak buku latihan pelajar.
Cikgu sekarang juga, macam di sekolah saya, terpaksa guna printer sendiri untuk semua kerja printing kertas ujian dan bahan P&P sebab "kerajaan sudah berikan elaun untuk kamu, belilah printer dan cartridge sendiri."
Cikgu sekarang kerja dari 7.30pagi hingga 2.45 petang setiap hari, tak termasuk hari yang ada mesyuarat yang tamat jam 4 atau 5 petang. Tak termasuk hari ada latihan sukan, kelab, permainan dan sebagainya yang tamat 6 petang.
Cikgu terpaksa jadi pemeriksa kertas PMR, SPM dan STPM atau dipaksa menjadi invigilator di dewan peperiksaan SPM dan STPM semasa cuti sekolah dan hanya dapat bercuti seminggu bersama keluarga sebelum perlu balik ke sekolah untuk tugas rasmi selepas cuti krismas (siapa kata semua cikgu dapat cuti panjang akhir tahun?).


Komplen?
Ya, mengapa tidak? Komplen sebab mahukan perubahan yang lebih positif, supaya pelajar dalam kelas mendapat cikgu-cikgu yang lebih sihat, kurang stres dan boleh merancang P&P dengan lebih baik (sebab ada lebih masa).
Komplen bukan semestinya buruk. Bayangkan jikalau tidak komplen kita sakit dan di mana, bolehlah kita sembuh dengan baik, dan doktor berikan ubat yang sesuai?
1 Aspirasi, 1 Agenda... memang aspirasi semua guru adalah untuk melihat kejayaan semua pelajar, dan agar mereka mendapat pembelajaran yang seimbang.
Nak tambah juga, satu harapan - kurangkan paperwork.
Selamat Hari Guru untuk semua - setiap hari adalah hari guru.

9 comments:

  1. Memang setuju dengan cikgu. Ibu saya cikgu juga, setiap kali sampai masanya untuk key-in semua benda tu bolehlah rasa 'kepeningan' tu, sebab saya yang tolong key-inkan juga.
    Tambah lagi dengan server yang teruk tu, nak refresh tak taulah berapa kali baru dapat jalan. Hairan juga semua perbelanjaan untuk server ni dah pergi ke mana?

    ReplyDelete
  2. ChanHJ,
    Beruntung ibu anda sebab ada pembantu peribadi untuk tolong key-in, haha..
    Dimaklumkan bahawa SPPBS akan ditutup sementara kepada SEMUA PENGGUNA mulai jam 12 tengahari Jumaat 31 Mei 2013 sehingga 9 Jun 2013 untuk kerja-kerja teknikal migrasi dan pengujian aplikasi SPPBS di hosting baharu. Sebarang kesulitan amat dikesali.- Bahagian Pengurusan Maklumat

    ReplyDelete
  3. Membacanya pun dah rasa lelah. Saya tabik hormat pada guru-guru sekelian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huda Ahsin 2,
      Cikgu-cikgu terutama sezaman dengan saya tak kisah sangat jika setakat PBS yang perlu diuruskan. Itu kerja rutin.Namun, kami lebih suka lagi jika diberi pembantu khas di sekolah untuk membantu kami key-in data evidens yang telah dicapai supaya lebih masa dapat ditumpukan kepada perkara lain. Sekiranya cikgu wajib bermesyuarat sehingga berjam-jam hampir setiap minggu, diikuti dengan aktiviti kokurikulum di sekolah dan urusan key-in data setiap pelajar secara online [sistem internet pula sering lambat dan tersangkut-sangkut]ia memakan masa yang sepatutnya boleh digunakan untuk merancang pengajaran yang lebih baik untuk pelajar. Kasihan pelajar zaman sekarang.

      Delete
  4. Assalamualaikum cikgu,

    Lelahnya hanya yang mengalaminya yang tahu.Banyak masa yang sepatutnya untuk diri sendiri diguna untuk mengadap komputer. Kerja sekolah dibawa balik ke rumah hingga lewat malam. Kesian
    juga pada guru-guru yang ramai anak atau yang ada anak kecil.

    Setuju sangat dengan cadangan tu 'kurangkan paperwork'
    Nak tambah satu lagi, 'juga clerical work"..:D

    Harap-harap ada yang prihatin.
    Semuga kita dikasihani...",)

    SELAMAT HARI GURU CIKGU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Eyda,
      Beruntung mereka yang ada setiausaha peribadi untuk tolong key-in data evidens dalam komputer - suami, anak yang dah dewasa dan bibik yang bijak.
      Sepatutnya semua guru menganggotai kesatuan guru seperti KPPK supaya suara guru menjadi lebih kuat dan maslaah rungutan guru lebih dipandang berat.
      Syukur ramai guru yang masih bersabar dengan segala cabaran ini, demi amanah yang diberi.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Komen ke emel saya:

    In 1955 I sat for my Cambridge Senior School Certificate examination when all question papers were sent from UK. There was no pressure to participate in co-curricular activities which were completely optional nor were there extra classes even during the final years. Teachers and pupils returned home merrily at mid-day. with time to go for afternoon religious classes, and returning to school to participate in sporting activities with interested teachers.
    There was no pressure for a school to out perform another school in the final examination results.Nonetheless, my class of 42 boys and girls in all, produced engineers, lawyers, doctors, teachers etc. mostly trained in UK and Australia, where children from Malaya excelled. I know because I was one of them.
    I often ask myself what have the 'gods' of education up beyond the clouds above done to our teachers and students? I know for sure school book industry has a booming time, updating and revising fresh contents and formats. We had no ‘workbooks’ and our text books lasted from the eldest in a family to the youngest. I still have some old text books but see nothing lacking in contents. We were given the cane for not putting memory multiplication tables up to 12 during our primary school years. Today I have seen Form 5 pupils who need a calculator to work out how much 100 sheets of photostated copies cost at 5 cents per sheet.
    I feel sorry for teachers and pupils for the extra work and activities they all can do without.
    www.almanar-nuri.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Pakcik,
    I too had enjoyed my school days in the 80s,when they started to enforce the cocuricular activities. Nevertheless,there was a lack of enforcement,so I only participated in activities that I was interested in :)
    Today, most students are not as creative as we once were, due to too much spoon-feeding and electronic devices.

    ReplyDelete